Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Mar 25, 2014

Buat kad nikah dengan perasaan annoying

Ish, haritu masa sebulan baru kawin semangat nak buat kad nikah. Siap nasihat orang buat cepat-cepat, senang nanti nak pegi mana-mana kalau orang mintak kad nikah, takyah la nak bawak sijik besar bagak tu. 

Aku ni duduk ceras kl, tapi masjid area kawasan rumah aku tu daftar under selangor. Aku duduk dah memang sempadan kl selangor. Sekolah aku tu kalau selangor kuala lumpur cuti, sekolah aku pun cuti. Syorga rasanya, haha!

Masa aku buat sijil tu, tak silap aku buat kat kajang kot. Area sana la. Bajet nak terus buat kad nikah. Tetiba dorang buat renovation ke atau terus tak boleh buat kad nikah kat situ ke aku pun tak ingat la. Yang penting aku tak boleh buat kat situ la. Sijil nikah je boleh, kad nikah kau kena ke Shah Alam. haih leceh gila kot.

Kalau KL senang, satu tempat je, sijil sana, kad pun sana. Lepas tu dah malas nak ke Shah Alam. Lagi-lagi sifat pemalas memang menebal dalam diri, Qery pulak membizi. Sudahnya dah 7 bulan kawin baru hegeh-hegeh pegi buat kad nikah. Kat depan Masjid Shah Alam je pun, ada menara utara. So masuk situ. 

Aku memang dah siapkan gambar semua, tapi lupa nak fotostat sijil nikah. Sementara Qery gi cari mesin fotostat tu aku duduk la kat kerusi luar. Punyaaaaaaa la banyak gila kerusi kosong. Ada geng pakcik2 ni boleh duduk sebelah aku. Aku bukan la nak kata tak boleh duduk sebelah aku. Tapi jaga la sikit adab pun, situ kan area masuk kena tutup aurat. JAIS kan. Plus banyak kerusi lain. Eh dia siap duduk sebelah aku, lepas tu tangan letak kat belakang kerusi aku. Boleh??

Pakcik okey... Pakcik ramai-ramai pastu cerita bukan bukan. Aku ni taknak la ketara sangat terus bangun kan. Bila dia dah start letak lengan kat belakang aku amik telefon bangun and call Qery. Eh sakit hati la. Bukan apa, kalau darurat takde tempat duduk tu boleh terima akal. Ni tempat tu ada kosong berlambak2 kot. Pastu aku bangun dorang tengok2 aku. Eh aku smack down tau la. Harap2 nanti Qery dah tua jangan la perangai macam tu. 

Dalam tu semua orang nak buat kad nikah, ambik kad nikah, semua pakai kopiah songkok bagai kot. Jaga la perilaku tu. Tempat ni bukan kedai kopi kau nak cerita bukan-bukan. Nasib baik la kebetulan aku call Qery dah setel fotostat. Ish susah nak terima tau perangai orang macam tu pulak kat tempat yang tak kena. Huhu!

Tapi sekejap je pun buat kad nikah. Cuma kad dia dapat sebulan lagi. Katanya dah habis. Kalau tak boleh dapat dalam tempoh 5 hari je. Ha itu sajalah ketidakpuasan hati aku harini. Hihi! Kbyebye

*****************************************************

 
Aku memang hantu cili tau. Dari dulu lagi suka pedas. Boleh mkn nasi kicap dgn cili je. Korang pernah dgr sambal_hitam_pahang tak. Aku baru jugak dgr n dah rasa. Memang sedap pedas n ada rasa masam2 buah belimbing buluh tu. Bahan utama dia mmg cili bawang ikan bilis n belimbing. Mcm sambal belimbing dah. Haha. Makan dgn nasi putih mmg bertambah la. Harga pun murah. 100g rm6. 200g rm10. Postage rm6 ke rm9 ikut berat. Sapa2 duduk area putrajaya puchong bangi serdang boleh cod tau. Tp minimum 3 bekas la. Korang contact je nurul 0199676637. Nak makan dgn roti pun boleh. sambal_hitam_pahang sambal_hitam_pahang sambal_hitam_pahang 

Contact : 019-9676637
email nadiera.enterprise@yahoo.com

3 comments:

eira zafirah said...

Kad nikah mmg kne wat kt shah alam...pjbt agama cme kuar kn sijil je...aritu pon tkene mcm tu gak..penat hoi ulang alik bangi ke shah alam

eira zafirah said...

Kad nikah mmg kne wat kt shah alam...pjbt agama cme kuar kn sijil je...aritu pon tkene mcm tu gak..penat hoi ulang alik bangi ke shah alam

cindai pelangi said...

betul tu sepet....akak pun buat kad nikah kat pejabat agama petaling depan masjid negeri.....masa nak ambik kad tu tunggu nombor panggil, akak duduk lepas tu ada satu brader tu selamba je nak menyelit duduk kat situ jugak, akak pun bangkit la....macam tak reti je yang tu pejabat agama ingat boleh ke duduk menyelit lelaki perempuan.....tak jaga adab langsung....