Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Mar 19, 2014

Main masak-masak bila ada air je.

Musim tak ada air ni macam terfikir-fikir nak masak ke tak. Sebabnya paham-paham la masak kena guna banyak jugak air. Tapi kalau beli luar pun macam takut tak bersih. Kadang2 macam bahan dalam peti ais banyak, macam sayur kalau tak masak cepat layu, sia-sia je beli pun ke tong sampah perginya. 

Jadi tengok la mood Qery macam mana. Kalau ada air dah komfem-komfem kena masak. Kalau takde air, sekali Qery call kata lapar pun, terpaksa jugak la masak walaupun kena ulang alik dari tong air mengangkut ke sinki. *sambil lap air mata*


Qery pulak sekarang ni dah jarang makan kat kantin. Dia makan la jugak kalau lapar sangat. Aku ni kalau masak untuk diri sendiri memang cincai. Masak nasi, makan dengan kicap goreng telur pun boleh. Tapi aku belum tahap tu la, haha! Paling sedih pun aku masak bubur nasi pastu campak la apa yang patut.

Kalau my lovely husband *mata ke atas* dah telepon awal-awal kata lapar, memang biadap sangat masak goreng telur je, kecuali kadang2 dia request nak makan nasi, goreng ayam dengan nuget je. Itu aku buatla, kang tak buat derhaka pulak. Kuikuikui!

Semalam masak udang sambal, banyak kot udang aku masukkan, aku sempat makan 2 ketul je. Yang lain aku tengok tetiba dah takde. Laju gila okey mamat ni makan. Nasib la ada sayur, aku makan la sayur dengan sambal udang yang dah takde udang tu. Hahaha! Tetiba rasa macam sedap gila okey aku masak. Pftttt

Harini ingatkan nak buat sambal sotong atau masak lemak sotong, tengok ada air ke tak. Takde air tak kuasa ye. Aku masak ikan sardin je senang. Jangan banyak songeh *berkata kepada diri sendiri*

Yang tu aku masak ikan selar goreng sambal. Aku pun tak tau. Ini semua lauk hentam sajalah. Ikan tu kecik-kecik je. Tapi paling win adalah cencalok. Qery tak makan, aku je sorang-sorang feeling orang Melaka.. Huhu! 

Eh korang perasan tak yang ada kartun dorang lukis-lukis ada 3 orang tanya sorang ni, orang mana, kalau dia jawab orang Kelantan, nanti 3 orang tu bahan la 'hok oloh mu, kecek kelate mu, budu budu' camtu kan. Kalau orang Negeri Sembilan nanti 3 orang tu bahan 'Apa kono eh jang, ke jolobak ke jelobu, eden eden' Gitu kan. Semua negeri ada la bahan membahan masing-masing. Sampai turn orang Selangor je, 3 orang ni jawab 'ohhh' Itu je, haha! Lawak gila takde benda nak bahan.

Eh korang paham tak, ke aku je yang sorang-sorang gelak.  Haha! Lantak lah.

Ini makan sorang-sorang. Goreng ikan bilis dengan goreng telur. Aku bukan pencinta carrot tau. Tapi itu je ulam yang boleh bertahan lama dalam peti ais. Dan carrot baik untuk mata, so makan banyak-banyak dan berdoa anak tak rabun. Hihi!

 Ini pun makan sorang. Campak cendawan, kentang, tomato, carrot. Dah kenyang sambung tidur. kekeke!

 Ayam goreng sambal konon2 masak lebih sebab tau esok takde air, bajet esok panaskan je, takyah masak lagi. Sudahnya tak makan pun sebab aku dengan Qery jenis dua-dua tak makan lauk semalam. Haha!

 Sambal ikan bilis

 Telur dadar berlapikkan nugget yang penuh kasih sayang. 

 Bendi rebus. Hari sebelum tu aku masak bendi goreng. Esoknya Qery request nak makan bendi rebus. Dia suka makan macam tu je. Aku dapat makan satu je. Yang lain Qery laju-laju makan. Sobss


Ada banyak yang tak ambik gambar. Kalau hari yang malampau lapar, takde masa nak amik gambar, cepat-cepat duduk, cedok nasi, telan terus masuk perut. Kalau lambat sikit boleh mendatang amarah. Huhu!

Itu saja laporan kali ini. Bye bye

5 comments:

Cik Sal said...
This comment has been removed by the author.
Cik Sal said...

janji konyang..hehee

Sya Mimie said...

rajinnya dia masak.. kita nti dh duk ngan suami mau terkial2 nak masak..hehe

salwana nordin @ che'wa said...

lebih pd cukup dah ni rasanya..simple tp penuh kasih sayang utk suami katanya..

attyfir said...

rajin ana masak..
kty selalu kalo rajin masak masa pregnant anak lelaki..
kalo anak perempuan malas yg hamat.