Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Mar 6, 2014

Tolong la jangan pemalas sangat. *Entry untuk diri sendiri*

Sejak aku pregnant, memang menjadi-jadi pemalas tu. Dah terbiasa manja asik baring je kan. Mulalah kalau ada kerja sikit suka tangguh-tangguh *rasanya dari dulu pun suka bertangguh*, lepas tu Qery bising baru hegeh-hegeh nak buat, itupun buat sambil muka cebek-cebek. Haha!

Masa arwah abah ada, nurse yang selalu rawat abah tu tanya la aku kenapa tak kerja dah...aku cakap je aku malas. Lepas tu nurse tu cakap dia pun tiap kali pregnant memang malas menjadi-jadi. Dia cakap lagi, selalu kalau ibu mengandung malas masa pregnant, anak dia akan rajin. Yekeeee???? Haha! Aku cakap kat dia, aku mengandung ke, tak mengandung ke, memang pemalas. Takde beza. kahkahkah! Tapi untungla dapat anak rajin, makin pemalas lah mak kau ni. *duck face*

Ohhhh yeeeeee.. *jari telunjuk di pipi*, ramai jugaklah yang mintak aku iklankan barang, buat macam dulu tu, hujung entry pun takpe. Sebenarnya bukanlah aku tak nak buat, akan tetapi readers dah tak banyak macam dulu. Masa aku rajin update dulu lebih la 15k yang datang membaca. Dah tak update ni,  sehari ciput sangat, haritu aku tengok 6k macam tu je. Suam-suam kuku. Jadinya, aku tak nak lah iklankan barang korang di kala tak ramai readers yang baca. Macam tak fair bagi korang, dan aku pun rasa tak best. Tunggu la aku 'DAH RAJIN sikit' update hari-hari, baru aku bagitau pasal iklan semua tu ye. Buat masa ni, korang cari la blogger lain yang kedebabom ramai orang baca. 

Nak cerita pasal pemalas aku ni, memang tak yah cerita sangat sebab kebanyakkan rakan taulan saudara mara dah tau. Macam dah ada cop kat dahi aku ni tulis PEMALAS. Kongajo sangat cakap kat diri sendiri camtu. Haha! Tapi itulah hakikat kebenarannya. Orang yang tak kenal selisih sebelah pun boleh bau bau sifat malas aku ni. Jadi kerana itu, aku nak berlagak sikit, dalam kemalasan yang penuh didada, masih ada sekelumit rajin sebenarnya. Jangan gelak ye, saya akan mengemukakan bukti-bukti. *tetiba saya, haha*

 Nugget, ayam goreng, dengan kicap tu memang wajib sangat kan, haha! Qery la tu, aku memang tak berapa gemar sangat nugget hotdog bagai ni, kecualilah kalau tak ada apa nak makan, baru la aku sumbat je. Aku suka makan sayur dari segala-galanya. Ecewah... konon menjaga kesihatan. Poyo sangat. Bukan eh. Tak tau la. agaknya sebab dah terbiasa dari kecik, mak suka makan ulam, so aku pun ikut suka makan. Ko bagi je la ulam apa pun, insyaallah selamat dalam perut aku ni. Hihi! Sayur kalau tak ada, rasa tak best. Gitu.

 Cerita pasal petai, sebenarnya laki bini tak makan pun petai tu, haha! Aku suka je petai. Tapi petai yang dalam peti ais aku tu dah kecut keras-keras. Aku pun bukak lepas tu rendam dalam air, baru la petai tu kembang. Pepaham la petai yang dah kena rendam ni tak sesedap fresh. Ke tong sampah la peginya. Jangan buat pasal, air dah la 2 hari ada 2 hari takde kan. Pening kepala aku nak bau toilet nanti. Hihi!

 Ikan Patin masak lomak.

 Sayur campur hentam sajalah.

Ada yang tanya mana aku beli bekas love love semua kan, semua pinggan aku ni beli kat kedai KK. Kat sebelah kedai asam pedas Linda Onn, ada kedai KK yang jual barangan berkonsepkan vantage, bukan setakat pinggan mangkuk je, set bilik tidur, barangan dapur, perhiasan rumah. Harga pun berbaloi. Kalau korang nak beli, try la pergi, area ampang nun, sebelah tesco ampang.

 Ini lauk pemalas ye. Yang kecik kobis tu brussel sprout, sebelum korang tanya aku jawab dulu. Hihi! Ikan masin, carrot, baby tomato, nasi, kicap. Lauk ni terjadi apabila makan sorang. 

Qery jenis yang suka makan kat rumah. Jadi dia suka sangatla kalau aku masak untuk dia. Walaupun aku tak rajin masak, tapi masakan aku sedap gila. Dengar memang macam tak logik kan. Tapi korang percaya je la ye.  Haha!

Okeylah.

Nak buat kerja. Bye bye!

p/s : Dah genap seminggu arwah abah pegi, malam ni lepas isya ada kenduri tahlil. Rindu rasa kat abah. Al-fatihah.

14 comments:

Zee Suhaini said...

takziah untuk sepet sekeluarga..
al-fatihah..

Hidayah said...

:)

Irfa said...

okeylah tu, rajin2kan masak ye

yayang laling said...

cik sepet tunjuk la powot tu.. nak nengok

odix sebastian said...

bikin ngiler tu makanan .. :)

kunjungi aku yaa....

Muhammad Taufiq said...

Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

Naza Akmar said...

Takziah atas kehilangan ayahanda...selamat mengharungi ddetik preggie

Nak info menarik mcm mana nak atasi stretch mark jemput ke blog saya...

http://wp.me/p39qCI-7b

Naza Akmar said...

Takziah atas kehilangan ayahanda...selamat mengharungi ddetik preggie

Nak info menarik mcm mana nak atasi stretch mark jemput ke blog saya...

http://wp.me/p39qCI-7b

suri said...

FIL kite pun dh 3 minggu dh xada..dia meninggal 21.2 aritu..sakit buah pinggang

Dex Banner said...

Good writing and even a decent writer you are...great blog!

sharifah rosidah said...

Takziah, terkejut untie, nampak sangat dah lama tak baca blog kan. Semuga Cik Zu dan keluarga tabah dalam menghadapi dugaan ini.

lily lotus said...

Alhamdulillahkan rezeki dapat masak untuk husband. Simple pun nampak tempting tau hehe

Love Razila said...

Al-fatihah =(
meriahnyer lauk..yummy

fatihah salleh said...

Takziah kak sepet... Moga arwah abah kak sepet sentiasa dicucuri rahmat. Amin..

take care.