Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Mar 17, 2014

Perempuan Cantik

Aku selalu cakap aku cantik kat blog sendiri kan, haha. Perasan gila pompuan ni. Sebenarnya aku bergurau je tau. Hakikatnya sendiri tau tahap tu macam mana. Aku rasa semua orang patut rasa sedar diri, dan tau tahap cantik kita macam mana. Ni aku kata muka tau, bukan perangai atau hati ke yang cantik. Kita specific kat muka sendiri la. Yang mana aku tau seikhlas hati sendiri, aku tak cantik pun.

Mata aku sepet, kelopak mata tak sama, kiri lain kanan lain. bulu mata aku pendek. Hidung aku tak mancung, kalau aku gemok lagi terserlah kembang hidung aku tu. Bibir aku pun biasa je la. Gigi pun tak tersusun. Bentuk muka bulat. Cuba korang tak pernah tengok muka aku, lepas tu try lukis ikut point yang aku cakap ni, mesti jadi apa entah muka aku. Ada lagu PRamlee yang buat aku terasa, 'dalam rumah ada jembalang, mata sepet hidungnya kembang'. Memang feeling jembalang terus kan, haha! Ada certain part yang nampak okey, ada certain bila tak kena dengan posisi memang nampak pelik. So aku pun sedar  diri sebenarnya aku tak cantik, cuma selalu aku memang nak sedapkan hati sendiri, aku akan cakap aku cantik.

Qery pulak kat mata aku dia agak hensem. Tak tau la kot aku je nampak dia hensem, haha! Puji laki sendiri pun orang nyampah kan. Lantakkan. Kihkih! Macam Qery, aku tengok dia punya mata ke dalam, hidung mancung, bibir nipis, bentuk muka panjang, tengok dari atas bawah kiri kanan pun tetap hensem, dia buat rambut pacak, leper, kembang semua pun kena je dengan muka dia. Kadang2 bila dia buat kerja aku perhati je muka dia, lepas tu macam terfikir apasal la Qery ni boleh kawin dengan aku. Hahaha!

Bila aku tanya dia, dia kata dia pun tak tau kenapa dia suka. Kongajo sangat. Huhu! Baru-baru ni la aku macam nak sangat tau kenapa la dia pilih aku, macam mana la dia suka kat aku kan. Tak logik sangat pun ada. Sebab kita kenal sebagai kawan, pernah gaduh pernah maki, pernah lepak ramai-ramai, takde pun masa tu nak suka ke apa.

S : Kalau kita tau kita kawin dengan kamu, masa form 2 kita dah ngorat kamu.
Q : Taknak la, form 2 kamu ada hingus lagi. Pakai beg tali satu rambut ikat separuh, eiiii ngeri.
S : Habis tu kenapa kamu suka kita?
Q : Entahla *dia malas nak layan aku*
S : Kamu ni, reka je la cerita kalau malas nak jawab pun.
Q : Hihi, kamu ni macam budak-budak je suruh reka cerita.

Fioneeeee...tak kisah la kan, reka je la cerita bagi hati aku sedap, bagi aku takyah tertanya-tanya lagi kenapa dan sejak bila dia suka kan. Selalunya aku akan bagi Qery pilihan jawapan kalau dia tak boleh jawab.

'Kamu suka sebab kita terlalu cantik ke, terlalu comel, atau terlalu baik?'

Walaupun Qery angguk laju-laju semua pilihan jawapan, tetaplah aku tak percaya, hahaha!

Ada satu hari, kitorang berhenti kat Petronas. Aku nak beli air. So Qery tunggu aku dalam kereta je. Lepas beli tu aku pun jalan la sambil tengok Qery dari luar, tetiba nampak dari luar dia tergelak sorang-sorang. Aku pun dalam hati macam apakebenda la mamat ni tetiba gelak. Qery memang suka gelakkan aku, kadang2 aku jalan sorang-sorang, dia tengok aku jalan sambil muka kerut-kerut pun dia boleh gelak. Tak paham betul. Masuk-masuk kereta aku pun tanya la.

S : Kenapa kamu gelak?
Q : Tadi masa kamu beli air, ada sorang perempuan ni dia tengah bayar duit minyak, dia pakai seksi, nampak dari belakang lawa, kita pun tunggu la dia toleh, kita kan rabun, bila perempuan tu lalu dekat kereta kita ni baru nampak dia tak cantik pun, orang yang tak cantik suka pakai seksi kan. Hihi!
S : Itu pun nak gelak ke??
Q : Lepas tu kita cakap dalam hati, lepas ni perempuan yang keluar dari pintu tu mesti cantik, sekali nampak ada sorang perempuan, eh cantik jugak dia ni, sekali makin dekat dengan kereta tengok-tengok isteri sendiri. Itu yang kite gelak tu. haha!
S : Eiii, isteri sendiri pun tak kenal. *padahal berbunga-bunga hati*
Q : Allah tu nak tunjuk, jangan pandang orang lain, isteri sendiri yang terpaling cantik dalam dunia.

perempuan fefeeling ittew
Pfttttt... kadang2 memang konfius, bila kita tau kita memang tak cantik, dan bila suami puji sebab nak jaga hati kita, walaupun hakikatnya masing-massing tau, tetaplah rasa best sangat, hahaha!

6 comments:

Lyaa Suriany said...

yg penting kena confident. kadang kadang confident tu yg buat cantik
tp jgn over confident.

Rose Rakman said...

Yay!! da nmpk baby bump...Excited nok tgok baby plak pasnie,,msti comey,cantik mcm kak sepet selalu ^^

Cik Nadz said...

ololo..soooo sweet! as always.hee

Mass said...


Heheeee...funny la Sepet....xpa...yg penting cantik dimata suami,dia tau tu....:)

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

Tak cantik sepet cakap?
Awak tu dah cukup cantik dah sepet oii..

Kalau tak..takkan Qery bleh fall in love ekekeke :D

take care dik...
update la pasal baby pulak...
dah berapa bulan skrang?

Sya Mimie said...

pernah tnya kat suami soalan cmtu.. knapa pilih kta sbg isteri.. tp jwpn ttap tak memuaskan hati..hehe..
ehh, nmpk dh baby bump..comel je.. :)