Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Mar 19, 2014

Berlagak tak hengat

Minggu lepas aku saja la tengok handfon Qery, walaupun dah kawin kan, handfon laki kena cek. Aku ni cek la sapa mesej, bukak email dia, tengok wasap dengan sapa. Aku memang macam tu ye, kat  facebook pun aku cek kat mesej segala. Aku ni jeles kurang sikit, bila kurang tu la kena jaga-jaga. Ada orang yang dia bizi kadang2 tak ambil kisah sangat benda-benda macam ni. Lebih baik mencegah dari merawat ken.. So laki sendiri, sendiri jaga ye. Haha!

Bila aku cek handfon dia, kemain slow gilaaaaaaaa rasa nak campak handfon tu ke dinding. Ini slow tahap goreng ayam pun boleh hangus la. Macam mana la Qery boleh bertahan dengan keadaan macam tu. Bila aku tanya dia nape tak beli fon baru, dia mula la buat muka sedih kata bulan ni kena bayar roadtax, insuran kereta, dengan roadtax motor semua. 

Alololoooo, aku tak boleh dengar kisah sedih ni. Takpe la. Biar aku je belikan. Lagipun dulu sepatutnya masa kawin aku bagi dia hantaran telefon, tapi masa tu Qery kata tak nak telefon, dia nak set bola. Set bola lagi win dari handphone, boleh? Haha!

 Jadi kelmarin ke kedai uncle la kita. Qery dah biasa deal dengan uncle tu, uncle memang baik gila kot. Bagi free screen protector la, free cover la,  lepas tu handfon pun dia bagi harga murah dari pasaran, trade in handfon lama pun uncle akan amik harga yang okey jugak. Itu yang Qery suka pegi sana.

Dulu Qery pakai Samsung S3. Aku tanya la kot dia nak Iphone ke. Sebab Iphone pun best kan. Tapi Qery tak nak, cintakan samsung sangat. Lantak la tak kisah la asalkan tolong la beli yang baru, susah aku nak cek handfon ko. Haha! Last-last dia pilih Samsung Note 3. 

Itu pun terkonfius nak pilih warna merah gold ke hitam gold. Aku cakap la hitam gold nampak classic, tapi Qery suka warna merah. Bila uncle pun kata hitam gold memang nampak exclusive, cecepat dia  setuju nak hitam gold. Cepat terpengaruh sungguh. Hehe! Dah la pilih warna hitam gold. Lepas tu uncle bagi free cover, dia pilih cover Hello Kitty warna merah. Pftttt.. Sudahnya nampak jugak handfon tu warna merah gold. Haha!


Qery ada dua handfon tau. Handfon satu lagu yang jenis adik beradik Nokia 3310 tu. Tapi kecik la, cuma function dia sama dengan Nokia 3310. Jenis yang boleh mesej sambil tutup mata tu kan. Dia kalau mesej kawan2 suka pakai fon tu, senang takyah pandang fon pun boleh taip. Tapi handfon tu pun dah ala-ala nak hidup pun malu. Kalau aku call baru helo helo dia dah ter off. Memang nazak sangat. So kita beli la yang baru. Tengok harga baru RM78. Murah gila kan handfon tu sekarang. Dulu zaman aku handfon Nokia 3310 tu pun dah seribu lebih, sekarang jual bawah seratus. Ketidakadilan sungguh. Huhu!

Kejadiannya kelmarin, dapat lah Qery dua handfon baru. Suka tak terhingga. Asik la ter sweet-sweet dengan aku, sengih sorang-sorang, sampai pukul 3 4 pagi tak boleh tidur. Fon tu kan kena cas 8 jam. Dia kang 30 minit jenguk fon,  aku marah baring balik, nanti buat-buat pegi toilet padahal nak tengok fon, kena marah baru baring balik. Over sungguh. Huhu.

Itu takpe lagi, semalam lagi membahan aku. Aku cek la ig semua, lepas tu dia buat tanya-tanya aku pakai Note 3 ke, aku cakap la tak, aku punya Note 2 je. Dia punya ayat 'Pakai Note 2 jeeeeeee?? Tak pakai Note 3 ke?' Aku bertabah je la dengan perangai laki sendiri. Dah la aku belikan, dia punya bahan tu memang menguji sungguh. Huhu! Semalam dia letak fon atas meja. Lepas tu dia baring kat sofa. Aku perli-perli la tanya tak belek handfon ke sebelum tidur, tak rindu ke kat handfon letak jauh-jauh. Ko tau jawapan dia. 'Takpe, handfon tu, kite tenung lama-lama, dia macam ada magnet, nanti terus sampai kat tangan kita, biasalah Note 3 je boleh macam tu'

Pengaruh kartun sangat laki aku ni.  Malas nak layan.

7 comments:

mrs.ecam said...

haha...klako la ko ni sepet..
eh sepet mcm banyakkk sngt entry arini kn...bgs2...ganti blk ms2 yg x update dl tu ye...terisi sket ms lapang aku ni...hahhahaha....

Sue Sopian said...

haha.. so funny..
eh, laki sue pun suka tau perli2 sue camtu jugak.. bezanya sue yg dpt fon baru.. haha..
tp dia punya perli x hengat.. berminggu2 kena bahan.. hahaha..hadoi..

Norma NML said...

Betul tu dik..if kita nak tengok henpon dia tak de dolak dalih bagai means dia ok la tu..bersih..hehe

Love Razila said...

Hahaha...aduhai sepet, sabau jelah yer. Weei yang gambo hello kitty casing warna merah tu Qery punya ker...alahai sumpah ingat sepet punya. HAHAHHA. kelakarnyer. Hemm boleh eh lelaki pakai casing macam tu. Sweet =P

Rina Ellisa said...

hahahaha..

syamimihaziqah said...

Hahahaha lawak abg Qery

Rosewina said...

ngahahaha!! yg ini lawakkkk =P