Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Apr 2, 2014

Sensitif issue ke?

Aku dapat email teguran dari seorang pensyarah pasal entry aku yang ni 'Sedang Bercuti'. Spot kat ayat yang aku bagitau aku tak sambung belajar tinggi2 sebab mak ayah berat hati nak lepaskan, plus Qery kata tak payah sambung suruh jaga anak kat rumah, biar dia je belajar. Ok ada sapa-sapa rasa itu issue sensitif tak? Hihi!

Teguran tu kata yang aku tak patut cakap macam tu sebab ibu yang nak mendidik anak perlu berpelajaran.

Email tu aku dah delete ye, hihi! Ekceli aku tak perasan email masuk sebab segala email masuk akan dapat ke fon Qery dulu. So memang email aku semua dia boleh baca. Email tu dapat masa aku tengah bercuti dan masa tengah makan. So Qery baca dulu, then dia tunjuk kat aku.

Then aku bagi Qery baca termasuk kawan2 aku yang belajar tinggi2 pun baca. Belajar tinggi2 tu termasuklah yang ada degree and master. Ekceli bila baca ramai2 rasanya takde apa sensitif issue, tapi mungkin ada certain ibu yang sensitif bila aku cakap macam tu.

Sorry tapi bukan maksud aku belajar tinggi2 tak bagus. Bukan maksud aku Qery tak bagi aku sambung belajar sebab dia rasa perempuan mesti duduk rumah. Bukan bukan bukan bukan dan bukan. Semua orang tau kot ilmu perlu di cari.

Emak aku belajar sampai darjah 5, Abah belajar sampai darjah 6. Tapi macam mana pulak dia mampu mendidik 9 orang anak. Aku tak sambung belajar bukan sebab aku rasa last2 aku akan jadi suri rumah. Aku tak sambung sebab aku sedar mak abah dah tua, plus dorang bukan ada duit nak hantar aku belajar pergi Indon and India. Dan aku sedar yang dah tiba masanya aku berbakti untuk dorang.

Ini semua pilihan. Aku tak rasa ilmu farmasi aku tu aku boleh apply and ajar kat anak-anak. Aku tau bukan ilmu farmasi yang boleh besarkan anak-anak. Bukan semua ilmu yang kita belajar tinggi2 kita boleh apply kat anak-anak.

Ilmu mendidik anak tu aku rasa kita kena cari sendiri, sebab anak perangainya lain-lain, habitnya lain-lain, kehidupan mereka lain-lain. Kalau kita rasa bagus ajar anak kita macam tu, tak semestinya bagus untuk anak orang lain. But for sure, memang belajar tinggi tu bagus. Tapi rasanya tak perlu nak merendahkan orang yang tak belajar tinggi.

Tak semestinya orang tak belajar tinggi tak tau jaga anak. Dan tak semestinya orang belajar tinggi hebat jaga anak. Aku tak rasa entry aku tu sensitif issue pun, hihi! Tapi ofkos la rasa pelik bila dapat email macam tu.

Kadang2 kita tak boleh tegur orang yang lebih pandai. Sama macam kita tak boleh tegur orang yang lebih tua dari kita. Bukan sebab berdosa ke apa, tapi sebab kebanyakkan golongan ni tak boleh terima. Tapi insyaallah aku dapat terima teguran yang bagitau belajar tinggi tu bagus, cuma aku macam tak puas hati  bila orang merendah2 orang lain.

Kepada yang belajar tinggi tu aku ucapkan tahniah dan bersyukurlah korang diberi kesempatan dapat belajar sampai tahap tu. Sebab bukan semua orang nak belajar tapi dia dapat. Kepada yang tak dapat belajar tinggi sangat macam aku tu kita jangan sesekali berhenti cari ilmu. =)


Sebab tu sebelum ni aku pernah bagitau, kehidupan kita berbeza-beza. Jadi jangan melihat dunia dengan satu arah. =)

25 comments:

justme said...

Kehidupan ni pun satu pembelajaran...

Irfa said...

mak ayah akak pun x sekolah tinggi
sekolah rendah je pun
alhamdulillah berjaya didik anak jd orang ;)

attyfir said...

kalau ditanya semua org.. dari seratus org maybe 85% yg nak sambung bljr. yg lebih 5% mungkin mmg malas, tp lagi 10% mungkin ada masalah..
tak mampu, x nak menyusahkan makbapak..sbb makpak tak de duit.
kty dr golongan x nak susahkan makbapak..lg zaman kty mana ler ada pinjaman nie. semua byr sendiri.

QASEEH HATIKU QASEEH said...

sy dlu..ambik diploma d itm now uitm..lps abid diploma..kwn2 ramai yg g smbung degree..sy langsung x trpikir utk ambik borang nak smbung dgree..impian utk smbung dgree tym tu pn x trlintas...SEBAB sy kesian dgn urg tua sy..sy tau mereka x mmpu utk tanggung sy bljr lg..n sy ada adik2 yg ramai lg d bw sdg skola ..sy abis bln mei..bln nov konvo..bln disember sy dpt offer kerja govt..till now!!..rezeki kita brbeza..skrg da krja..pn sy x trlintas utk smbung dgree..SEBAB..sy brsyukur dgn apa yg ada..sy tak kaya tp tak juga susah..insyaallah anak2 sy akn smbung bljr smpi dgree...heee

Liyliz said...

liz setuju sngt kak sepet, liz ni takat dip je itupun usaha sndri gn duit ptptn je, mak liz blajar smpai darjah 3 je sbb dulu yuran mahal. Hati ni sgt smabung deg, tp sbb tggjawab tpaksalah korbankan cita2 tu dulu. Kena tgk keadaan sbnarnya, tk boleh main tegur je.

Nour Eyza said...

setiap manusia tu tak sama kehidupannya kan. jadi kita tak boleh tengok isu tu dri pandangan kita. betul tu. tak semestinya xsmbg study tu xbagus dan xpandai. mgkin ada maslah disebalik tu.

sy x rasa itu isi sensitif. tp terpulang pd individu. niat awk baik, nak jga org tua n xnak susahkan mereka kn. xpe. smeua tu ade hikmah klu hidup kita diretui org tua n suami. =D

Ina Hashim said...

x de sensitifnya dik....ilmu akademik dunia semata, ilmu akhirat hingga ke syurga :D

Ina Hashim said...

xde sensitifnya dik...ilmu akademik dunia semata, ilmu akhirat hingga ke syurga :D

RieNa said...

belajar utk ilmu, utk pengalaman. tp bkn dpt di universiti saja. sepanjang hayat kita adalah proses pembelajaran. terpulang pd diri. buat apa yg rasa terbaik utk diri.

Azziah Nawawi said...

kalau gitu semua kena ambik diploma pendidikan awal kanak2, pastu ambik ijazah pendidikan remaja, pastu master, ijazah semua tajuknya mendidik anak2. boleh cadang gitu? jgn tampar kokedai kat saya ehh.. hehehe
mak bapak kita dulu ada yg tak pandai membaca kut, tapi ada anak jadi vip kut.. ada mak bapak cikgu, pensyarah, tapi anak masuk lokap sebab dadah.. soooooooooooooo??
maybe sebab dia pensyarah, dia pikir mcm tu. kita yg setakat ada diploma ni, tak terpikir sampai mcm tu sebab ilmu mendidik anak ni tak ada di mana2 universiti kut..

Felis Domestica said...

hik..hik.... masing masing la sepet kan...

mcm family sayer, tak besar mana pun, mak, ayah, adik beradik 4 n menantu ada 2... dalam 8 org tu, 2 masih berjuang belajar. tinggal 6. tolak mak yg ambik nurse, tp masa prektikal tak sanggup tgok tangan kaki orang patah, tak sanggup tgok darah. tinggal 5. yang 5 ni semua ada degree... tp sorang jer yg kerja dengan kelulusan degree, tu pun bidang bukan yg dia belajar. yang 4 lagi... sijil dan gambar buat hiasan jer kan dinding.

so, tang mana belajar tu menjamin tak duk umah kan....

belajar untuk kepuasan pun ada
belajar untuk kerjaya pun ada...

yg pengting ikut hati dan persekitaran...

Felis Domestica said...

hik..hik.... masing masing la sepet kan...

mcm family sayer, tak besar mana pun, mak, ayah, adik beradik 4 n menantu ada 2... dalam 8 org tu, 2 masih berjuang belajar. tinggal 6. tolak mak yg ambik nurse, tp masa prektikal tak sanggup tgok tangan kaki orang patah, tak sanggup tgok darah. tinggal 5. yang 5 ni semua ada degree... tp sorang jer yg kerja dengan kelulusan degree, tu pun bidang bukan yg dia belajar. yang 4 lagi... sijil dan gambar buat hiasan jer kan dinding.

so, tang mana belajar tu menjamin tak duk umah kan....

belajar untuk kepuasan pun ada
belajar untuk kerjaya pun ada...

yg pengting ikut hati dan persekitaran...

eray ayang said...

berpelajaran atau tak
bukanlah bergantung atas kelulusan

bumi Allah luas
terokalah
apa saja yang kita nak tahu

mind set kita perlu ubah
tak belajar tinggi
bukan bermakna tak bagus

tapi tak pula bermakna
tak payah belajar
formal atau informal
yang penting kita terus belajar

Zarra Qaseh said...

setuju la ngan sepet...za pun study sampai Dip je..tu pun Accounting...ramai je classmate yang further study amik Degree...tapi za xterpikir pun nak sambung...kalau boleh mmg xnk susah kan family...Insyaallah kalau niat kita ikhlas,rezeki tu sentiasa cukup...^___^

Ndra Jamal said...

sensitif pada dia je kot.. lain orang, lain cara.. cara kita lain, tak semestinya kita berpendapat orang lain pun kena buat perkara yg sama...
take it secara positif, positif la jadinya... :)

farrah said...

Pandainya adik Sepet jawab dengan berhemah. You really are a matured person, despite looking so comel dan sweet dan seperti kanak-kanak riang :)

You can never satisfy everyone with one answer. It's okay Adik, I don't take it negatively too. Kadang-kadang betul, it's good that one dapat jaga anak sendiri di rumah. Who can deny that? Setiap perjalanan hidup kita berbeza, or course la cara kita berbeza. Some nak jaga dan didik anak sendiri, and some insist nak kerja, but both ways tidak bermaksud you're a bad or good mother!

Just my opinion. Semua orang entitled to their own. Takde yang salah yang betul sebenarnya as long as niat betul, cukup la. Tak salah nak belajar tinggi, tak salah jugak taknak belajar tinggi. The choice is entirely up to you. Ilmu boleh dicari, formally or not. Reading your blog pun can be one way of learning. Bila Adik Sepet share something yang beneficial, that's learning too!

Take care, Adik.

Nurul Aziz said...

lah sensitif ke isu tu? macam tak pun. hehehe..

sy dah ada anak sorang baru sibuk nak sambung degree ni ha.. terkejar2 kot mana nak anak, mana nak suami.. penat takyah cakap la ulang alik tanjung malim-kl. tapi tulah, siapa suruh dulu gedik nak kawen muda kononnya, taknak belajar, dah tua2 sikit ni baru terasa macam nak gak la merasa etlis degree..


lain orang lain pendapat. sekian.

Dayah said...

sy tak rasa pun isu tu sensitif, sy pun belajar sampai dip saja, dapat tawaran sambung degree tapi pikir mak ayah dah tua dah dekat 70 tahun, takkan nk biarkan diorang susah payah cari duit, niat nk sambung mmg ada, tapi ada pengorbanan yang perlu di buat, dah kawen rasa nk sambung tapi banyak benda pikir, last2 simpan jek lah hasrat tu, tapi tak rasa lansung ilmu yang dapat masa study dip dulu satu kerugian, boleh guna bila betul2 dah sedia nk buat busines sendiri hihiihi

Shazwani Ramly said...

Lain orang lain cara dan lain org lain pendapat. Takpe akak, mungkin bg org tu isu tu agak sensitif. Bg kita takde sensitif mana pun :)

Kita skrg pun tgh degree and tgh blaja banyak benda. Lecturer pun ada kata ilmu nak mendidik anak ni dtg dari diri parents tu jugak. Yang penting kita tahu apa kita buat. :D

Shazwani Ramly said...

Lain orang lain cara dan lain org lain pendapat. Takpe akak, mungkin bg org tu isu tu agak sensitif. Bg kita takde sensitif mana pun :)

Kita skrg pun tgh degree and tgh blaja banyak benda. Lecturer pun ada kata ilmu nak mendidik anak ni dtg dari diri parents tu jugak. Yang penting kita tahu apa kita buat. :D

Amyz Azlie said...

Tak adalah tak belajar tinggi. Okay apa ada belajar farmasi. Bukan semua orang ambil bidang farmasi ni. Kot-kot adik beradik ke nak tau pasal ubat, dah boleh jadi rujukan. Kan ilmu tu? Boleh tau mana bahan bagus, mana tidak.

Dan dapat jadi WAHM ni, alhamdulillah.. Seronok tau. Dapat didik anak, jaga keluarga, at the same, dapat income juga sebab bekerja di rumah.

HyRoSSa NeNy said...

X SENSITIP PON ISU NI... SUME ATS REZEKI MASING2..

kalo org tu tak belajar tinggi doesnt means die takkan berjaya..

satu bonus kalo kite berpelajaran tggi dr segi kerjaya.. tapi it will depends on mcm ne usaha kite lepas tu.. de je org yg de phd.. tapi die pilih untuk jd suri rumah... pilihan kat tangan kite...

yg pnting jgn la rendah2kan org tak belajar tggi... jgn plak membangge diri bile kite study tinggi melangit..

DilaDelilaa said...

tak rasa pun isu tu sensitif. unfair la kalau cakap kena belajar tinggi-tinggi baru dapat didik anak. tak belajar tinggi pun boleh je didik anak dgn tunjukkan contoh yg baik. sekarang teknologi pun makin canggih, boleh google semua maklumat. Lagi pun duduk rumah bukannya tak buat keje pun. At least, boleh bg sepenuh perhatian utk anak-anak & rumah tangga :) My mom yg sekolah sampai pmr pun dapat didik anak2 sampai degree. *okay, degree je. tak tinggi mana pun macam lecturer tu. Maybe dia belajar sampai master, phd kot*

Mek Onie said...

lain orang lain caranya...abaikan email lecturer kakak tu..buat apa yang membuatkan kita sekarang ni...go kakak sepet !

Ayu Rohaida said...

setuju dgn sepet. tapi betullah zaman sekarang nak mendidik anak, ibu bapa perlu berpelajran. tak semestinya ade degree, mster n phd....tp kne tau bahasa inggeris, kne tau ilmu agama, bahasa arab sikit2, kena tau matematik...senang nk ajar anak. anak sy darjah 1 da blaja bahasa arab...nasib sy pernah blaja ms sek men.
tapi lebih berakat ibu itu berada di rumah dan mendidik anak2. ilmu2 tu boleh di cari gali walau pun berada di rumah sekalipun, zaman da canggih kan. jangan pula anggap duk rumah ni orang tak berpoelajaran.
akak sokong sepet...akak klu mampu pun nak duk rumah buat bisnes dr rumah....lebih afdal.