Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Apr 4, 2014

Sanding : Reception Belah Qery Part 2

Kemain bercinta nak upload gambar2 ni, dengan line maxis lembap no 1, dengan gambar size besar boleh tahan, kena edit satu-satu, pulak tu nak pilih2 gambar. Maklumlah photographer ada dua orang, so setiap majlis belah aku mahupun qery mesti ada dua folder. Dua2 kena tengok sebab angle lain-lain. Ini pun aku update pukul 2.30 pagi baru la line sedikit sebanyak membantu. Huhu!

Gambar seratus lebih kot.  Bertabahlah kita bersama-sama.

Sambung yang dari Part 1.
 
 
Last touch up diri sendiri, haruslah over sikit. Hihi!


Menunggu2 saat Kak Nur call. Hotel kitorang bermekap2 tu 5 minit je dari dewan. So takde la ralat takut lambat ke apa. Plus masa tu pengapit Qery *sepupu dia* pun memang dah ada dengan kitorang. Ofkos la kan, takkan Qery nak drive kereta pegi dewan. Gila sempoi kot kalau pengantin drive sendiri, haha!

So bila Kak Nur dah call. Kitorang semua get ready kat parking kereta sambil menunggu anak buah aku si Ika, pengapit aku. Bila rombongan belah aku dah sampai, baru lah boleh berarak.

Tapi masa tu dah ramai dah tetamu datang. Lagi-lagi sapa yang datang dari jam 12 tu memang tak nak balik, nak tunggu pengantin berarak kan. Memang penuh gila dewan tu. Nasib la dewan besar. Takde la rasa bersalah ke apa. Huhu!

Sepupu Qery yang tetiba kena jadi tukang bagi gift. hihi!

Family aku pun dah sampai, dorang lepak-lepak kat luar dewan, nak get ready jugak ikut aku berarak.

Sian arwah abah, sakit sangat masa ni. Asik pegang pinggang je. Mak cakap abah tak selesa pakai baju melayu. Ok takpe2, pakai baju yang selesa je pun boleh. Abah kata dia tak nak makan beradap. Dia takut nanti dia sakit. Tapi last2 makan jugak, itupun lepas makan cepat2 dia bangun mintak duduk tempat lain. Tak selesa la tu.

Kebanyakkan yang datang memang cikgu-cikgu, hihi! Kawan2 Qery semua ramai cikgu pun. Kawan maktab, kawan sekolah, kawan PJJ, ada yang lain2 pun kawan sekolah rendah, menengah, kawan bola, anak murid pun ada datang. Kawan2 ayah Qery pun ramai Guru Besar, orang kementerian, dah tu anak dengan ayah dua2 kerja kat sekolah. Gitula kawan2nya. Huhu!

Cousin *kelip2 mata* haha! Ekceli semua anak buah yang dah besar2 ni kitorang adik beradik suka panggil cousin. Nak feeling muda kenn.. Kihkihkih! Kalau jumpa je 'hai cousin' sampai dorang pun terpaksa setuju memanggil mak sedara sebagai cousin, haha!

Yang budak2 kecik ni tak boleh panggil cousin ye. Jangan nak melampau sangat feeling muda tu. Hagak2 sikit. Huhu!

Kemain bulu mata andak. Lagi lentik dari aku. Nak lawan pengantin lettew, tapi sorry ye, apa2 pun terjadi aku tetap rasa aku paling cun haritu. Tak kisahla apa dugaan yang datang pun *tetiba*

Bila semua family, jiran terbaik, kawan-kawan baik mak abah dah sampai, Kak Nur bagi signal suruh park depan dewan. Dah boleh berarak. Uih berdebar sungguh time ni.


Kasut tu 5 inci okey. Tak seimbang aku dibuatnya, haha! Nak cantik kan. Hadap je la. 

Syah betulkan sampin abang kesayangan dia. Hihi!

 
Anak buah aku yang ramai2 depan aku tu, masa aku keluar kereta, semua terkagum2 cakap 'cantiknya maksu cantiknya maksu' Dalam hati aku macam tertanya2 adakah sebelum ni aku tak cantik sangat, atau mereka tak perasan kecantikkan aku yang agak terserlah ni. Kahkahkah! Ah biarkan mereka.. Aku nak bersanding ni, eksekiusmi...

 Penari2 yang mengiringi kitorang berarak ni pun memang dah siap sedia kat luar.

Adik-adik main kompang pun dah tak sabar nampaknya muka tu nak ketuk kompang. Sabar dik, akak kau ni pakai kasut tinggi setinggi everest. Jadi memang perlahan sikit langkahnya, walaupun memang akak semulajadi lembap. Redho je la sama2 ye. Hihi!

Start je adik tu main kompang, aku dengan Qery pun pelan2 jalan sambil dua2 kontrol senyum.


Sepanjang red carpet tu, berselit2 la tetamu nak tengok pengantin jalan. Ayah Qery pun ada menyelit kat situ. Hihi!

Ditabur2 bunga rampai kot entah la aku pun tak tau.

Penari ni semua pun boleh ikut tema ye, kalau korang kata nak warna silver, dorang pun akan pakai warna yang ikut tema majlis tu.

Berhenti sekejap kat pintu gerbang. Lawa2 Kak Nur buat pintu gerbang tu, berani tak nak berhenti. Haha! Stop la beberapa saat senyum kambing pandang kiri kanan. Dorang suruh jalan baru la jalan. Takut tau masa ni, orang suruh jalan ke berhenti ke, ikut je. Huhu!

Jauh pulak rasa pelamin ni.. hihi!

Qery tu jalan laju kemain, aku asik tertarik2 dia suruh pelan sikit. Dah tu aku pegang tangan dia. Kalau jatuh bukankan perkara yang agak memalukan. Huhu!

Oh sampai jugak akhirnya. Ni kalau nak up nak berarak je pun dah boleh 1 entry, kemain lagi cite nya padahal orang tak nak tau pun. Kihkihkih!

Kitorang dah duduk dengan sopannya. Syukur takde kejadian yang tragis ke apa.

Budak2 ni still main kompang lagi. Kalau tak silap budak sekolah kot. Ini pun cikgu kawan PJJ Qery memang ada pasukan kompang. Upah dia je senang, takyah susah2 cari orang lain.

Terima kasih adik2 sebab main kompan dengan penuh perasaan. Habis je main kompang, tukang silat pun masuk.

Penari ni bagus, menari boleh, bersilat pun boleh. Mungkin berkungfu pun boleh kot. Entahla tak tanya pulak haritu. Hihi!


Gaya bersilat tu pun dah takut sangat dah. *gigil2*

Tapi memang terbaik sangat. Dorang jugak yang bersilat masa sanding rumah aku. Bagi je ruang kecik dorang boleh, ruang besar apatah lagi. Pandai je dorang ni adjust langkah.

Seronok tengok orang bersilat. Masuk pulak penari perempuan joget bunga rampai. Dorang renjis2 sambil lentok liuk tangan lepas tu badan pusing kiri pusing kanan. Aku rasa aku pun boleh buat la. Kalau liuk lentok gedik sikit aku memang pro sebenarnya, cuma sifat pemalu nak menari depan orang tu masih ada. Syukurlah masih ada, hahaha!



Pengacara majlis terbaik, kalau korang tak tau itinerary majlis dia akan suggest macam mana formal, macam mana nak tak formal, selalu kalau buat kat hotel 5 bintang macam mana, kalau buat majlis tertutup macam mana, kalau buat kat dewan, kat rumah. Dia memang profesional. Photographer aku pun memang adore dia sangat tak habis2 puji. Huhu!

Bacaan doa pun bermula. Ni pun kalau tak silap cikgu sekolah kawan ayah Qery kot.

Mak bersama arwah abah.




Jiran terbaik pun ada datang. 

Cik Kapet kawan baik mak abah

Kawan mak, Cik Memon pakai tudung hitam bunga2. Hihi! Cik Memon ni la yang ajar aku mengaji. Ekceli aku pandai mengaji sebab mak ajar, bila dah pandai baru mak aku hantar mengaji kat luar. Dari 5 tahun kot aku ikut abang aku pegi ngaji. Darjah 4 baru katam. Mana tak lambat, asik tukar cikgu ngaji je. Tiap kali tukar, kena alif lam mim balik. ada 5 ustazah kot. Sorang tu dah nak katam, sekali meninggal pulak, sorang tu pun dah nak katam, sekali dia sakit. Cik Memon ni last yang akhirnya katam jugak aku. Haha!


Lepas habis berdoa, upacara merenjis pulak.

Dimulai dengan mak ayah Qery, lepas tu mak ayah aku.







Kemain abang aku rambut dia. haha!

Adik beradik tunggu giliran.


Abang, Akak, Kaklang, Kakcik.

Ode, Andak, Atam, Ayie

Habis merenjis, kitorang dijemput makan beradap pulak. Saat yang ditunggu2. Hihi!

Penuh dah meja makan.

Meja VIP pun dah penuh

Aku dengan Qery pun turun pelamin.

Ambik tempat duduk.

Catering kat majlis Qery makanan memang tip top. Ramai orang puji, siap tambah 2 kali. Nasi
dia lembut rapuh, lauk pun sedap sangat.




Masa kitorang makan, penari ni keluar lagi menari. So takde la sunyi sepi je pelamin tu.


Semua pakat haus ke apa ni. Hihi!


Kitorang habis makan, datang la kawan2 Qery nak bergambar.

Kawan bola dengan futsal.

 Syah bagi ucapan kat abang dia, tapi aku tak dengar sangat sebab bizi makan. Hihi!

Lepas makan acara potong kek pulak. 

Kek ni pun Kak Nur yang sediakan.


Gambar suap2 takyah tengok la eh.


Habis suap2 kek, pengacara majlis mintak kitorang naik pelamin balik sebab nak amik gambar bersama keluarga, saudara mara dan kawan2. Bagus sangat ada pengacara majlis so ko takkan terpinga2 lepas ni nak buat apa.

Pelan2 adik beradik naik.

Gambar dengan mak abah.

Keluarga Noh.



Gambar last ramai2 dengan arwah abah. Lepas ni dah tak ada dah.

Family Qery

Kawan2 maktab

Kawan sekolah menengah dengan cikgu2 sekolah kalau tak silap.

Kak Azlin dengan Abang Akram

Kak Nur kesayangan muah muah! Kak Nur ni la yang menjayakan majlis ku. TQ sebab menyenangkan kerja saya. Hihi!

 Cikgu2 sekolah Qery rasanya.

Kawan sekolah menengah dan budak bola. ramai pulak kawan Qery, tu pun ada malu2 kucing segan nak naik. Hihi!

GB sekolah Qery, Puan Mintal.

Habis je semua naik pelamin, aku dengan Qery pun turun melawat kawasan.



 Nak jugak ambik gambar kat photobooth. Huhu!



Lepas tu masuk balik dewan sambung melawat meja ke meja sambil kenal sedara katanya. Kekeke!
 

 Abang Alim Poslaju kesayangan pun ada, haha!

 Masih ramai lagi masa ni walaupun dekat pukul 4. Majlis memang habis pukul 4 pun. Tapi last orang datang pukul 4.30 camtu.




 Kak Fiza kesayangan Qery pun ada, haha! Tetiba jadi kakak kesayangan sebab sama2 belajar PJJ selalu tolong bagi nota kalau nak exam. Kuikuikui!

 Shaffiq rakan bisnes, yang banyak tolong masa kitorang susah dulu. Huhu!

Dah habis round, keluar balik sambung kat photobooth.







 Bergambar dengan saudara mara Qery



 Kak Muni kakak angkat Qery. Berapa punya ramai kakak angkat laki aku ni, haha!
 Aku nak ada abang angkat tak bagi pulak. Ketidakadilan sungguh.


Itu sahajalah entry bersanding belah Qery. Semua berjalan lancar. Alhamdulillah. 
Tq sebab baca sampai habis. 5 jam jugak la aku nak update ni.

******************************************************

Info :
Pelamin + Mekap + Baju + Segala gubahan mak nenek yang ada kat atas pelamin + Wedding Planner + Pintu Gerbang + Kek : Symbolique Asia @ Kak Nur 012-2559769
Kompang : Kak Ida 013-6036726
Silat dan Tarian : Maltra Sutra Dancer By Encik Abu Bakar 013-3666845
Photographer : Onald 012-3625254
Door Gifts : Ohmaiwedding Kak Mai 012-3963225
Kemah + Catering : Khafa Catering (Encik Khalid : 0136646300)
Photobooth : ThePhotoboothCorner Adibah Zakaria 0162065767
Henna : Faiza Halim 019-6401705

9 comments:

Rosewina said...

Lawanyeeeee kak sepet dgn abg qery yg takmo senyum nmpk gigi...kelakarr laa!! Alhamdulillah..semuanya berjalan dgn lancarrr semua keluarga happy2 belaka :)

Mek Onie said...

Tahniahhhhhhhhhhhhhh kakak ! lawa ok,bagai pinang dibelah dua! pelamin lawa,baju lawa,mekap lawa..haaaaaa...semua lawa kakak!

Si Tracey said...

wuaaaaahhhhh!!! Macam best oo...sinyum-sinyum tengok...hehehe

Sue Sopian said...

majlis sanding yg terbaekkk!
kagum..
sepet sgt cantek okeh! :)

Siti Munira said...

Cantik² semua gambar.Tahniah!Semoga berkekalan hingga ke anak cucu. ^_^

attyfir said...

happy je bila baca ..
skali lagi nak doakan kalian bahagia hingga ke syurga.. amen

yang tak menahan tu abg poslaju pun ado..bagus korang.

Just.wanie said...

gambo first dkt photobooth tu nampak suci benor muka qery .. berseri2 ahaks

Amyz Azlie said...

Masa kahwin ni je nampak sket muka Qery cam hans isaac. Masa kahwin ni je laaa.. Kekekekeke.

halimatussaadiah-itus said...

meriahnya..pape pun alhamdulillah...nak ada baby pun dah...seronok n tumpang gembira ye sepet...hihihihi