Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Apr 28, 2014

Perasmian Sepet Shop di Instagram

Agak poyo sebenarnya nak rasmi-rasmi, haha! Sebenarnya gambar dah lama jugak ambik. Sabtu malam tu *dah Ahad pun sebab dah pukul 12 pagi* barula gigih nak upload satu-satu gambar. Dengan line internet yang tak berapa membantu. Nak upload 33 keping gambar memakan masa sampai 4 jam. Teraniayaaa sungguh rasanya.  Huhu!

Bila dah upload rasa macam banyak jugak selama ni barang yang aku jual. Cuma susah sikit la nak tengok kat blog. Entry pun dah kebelakang entah mana-mana. Jadi aku harap dengan adanya Sepetshop ni senang sikit korang nak tengok barang apa available. Kalau yang tak ada instagram pun boleh tengok kat komputer. Tapi je instagram.com/sepetshop. Kalau ada instagram lagi best boleh follow terus. =)


Banyak barang yang aku dah upload, tapi sebenarnya ada lagi yang belum upload, macam kombo-kombo semua. Tunggu pelan-pelan ye. Ini belum lagi Ceera nak letak barang dia dalam Ig shop aku. Belum lagi aku macam rasa-rasa nak jual baju. Haha! Bila dah ada Ig shop kemain lagi semua kau nak jual. Dah kenapaaa.. Huhu!


Pasal yang aku tanya korang haritu. Aku masih memikirkan nak sewa tapak atau nak buat ala-ala vendor. Sebab bila bincang2 dengan Qery, agak susah jugak kalau aku nak jumpa korang nak ambik barang semua. Jadi aku masih lagi berpikioooo jalan untuk memudahkan aku, dan dapat membantu korang semua. 

Cahaya membantu memutihkan diriku. Huhu!

Apa-apa pasal produk kalau nak tau ada kombo ke, ada pengumuman penting ke, korang  cekidaut Sepetshop tau. Bye bye

1 comment:

haira cookies said...

Salam sepet, tak sangka banyak jugak produk yang sepet jual.. bila dah satukan semua n letak one stop cam sepetshop tu, baru nampak yang memang banyak barang rupanya.hehe. Saya dah try tabita dari sepet. Memang puas hati. Lepas ni, nak try apa plak ye?hehe..

Salam dari orang Penang.. (n_n)