Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Aug 30, 2013

Sehari lagi uollsss... Hahaha!

Assalamualaikum..... 

Wah wah wah, rasa macam agak lama jugak aku tak update *padahal baru bape hari je*. Memang terkejar-kejar jugak. Semalam aku ambik door gifts yang aku tempah kat sorang kakak ni. Door gift aku simple je, takde la nak beg beg bagai. Lagipun tak nak mahal-mahal sangat *mata ke atas* haha! Sebenarnya takmo mahal memandangkan jemputan 1300 orang. So kite berpada-pada sikit. Tapi aku suka sebab aku rasa comel. Cite pasal doogift nanti la lepas kawin yeah.

So semalam akak tu tanya apa perasaan. Lepas tu ramai la wasap cakap aku mesti tengah berdebar-debar. Tapi aku tak reply pun. Haha! Sombong kann.. Tumbuk diri sendiri. Sempat baca je, tapi tak sempat pun nak reply. TQ semua yang awal-awal dah wish. Malu i. Sebenarnya, aku belum rasa debar lagi. Aku rasa nak cepat habis ada lah. Dah penat sangat dah ni. Last last minit ni ada je benda lupa. Lepas tu kena mawwaaahhh.. Padan muka aku. Haha!

So harini aku get ready menunggu orang pasang khemah, pasang pelamin, pakaikan inai, tunggu orang yang nak pasang photobooth. Semua buat harini. Sebab esok aku dah nak nikah.

Esok adalah upacara nikah, malam berinai, dan ada buat tukar-tukar baju persalinan. Aku rasa Sabtu lagi penat dari hari Ahad kot. Ahad sanding aku bayangkan biasa-biasa je, sebab buat kat rumah. Tak boleh nak over sangat. kau tu orang kampung, buat style kampung je dah la kan. Huhu! Dan aku budget, belah Qery lebih best dari rumah aku. Haha! Aku agak je la. Sebab Qery buat kat dewan kan. Boleh hias lebih sikit. So kalau ada sapa-sapa blogger yang macam tak dapat datang rumah aku, tapi nak datang belah Qery, dipersilakan.

Persediaan boleh nak dikatakan 90% kot. Selagi belum majlis, tak boleh nak kata 100%. Lepas tu kemain lagi ramai suruh bagitau budget berapa habis. Kalau nak bagitau berapa habis, aku tak rasa korang sanggup nak tau. Hahaha! Jadi, biarlah rahsia. Tapi for sure aku akan update dari mana aku amik pelamin, catering, bla bla bla semua.

Masa menjemput kawan-kawan kat spital. Mula-mula Spital Cheras, ada sorang akak ni tanya dengar-dengar aku kawin sponser ke. Lepas tu aku pergi KPJ Selangor, pun bos aku tanya aku kawin sponser ke. Hahaha! Terus aku feeling artiss sambil libas shawl. Yela mungkin disebabkan dulu aku selalu jadi model dengan Pameran Pengantin Malaysia, so maybe orang ingat aku kawin nanti akan ditaja la. Untungla ye kalau ditaja. Hihi!

Namun begitu, aku bukan seorang artis. Jadi jangan bermimpi sedemikian rupa. sob sob sob. Dulu memang ada satu butik nak taja pelamin. Tapi bila bincang2 dengan Qery, lagipun dah tengok contoh pelamin yang dia buat. Macam takde memenuhi kehendak dan piawaian aku. Jadi kite tolak je. Kang aku setuju nak amik pelamin dia, lepastu aku bagitau nak macam tu nak macam ni, kalau tak puas hati dengan pelamin, tak boleh nak komplen, sebab free ken.. Jadi baiklah kite upah orang pasang pelamin. Kalau tak puas hati boleh komplen. Gitu. Hihi!

Perasaan aku sekarang, belum berdebar lagi. Still rasa biasa je. Cuma penat tu takyah cite la ye, semua orang pun akan rasa benda yang sama kot. Huhu! Eh okeyla. Bye bye bye =)

21 comments:

salwana nordin @ che'wa said...

selamat menempuh alam perkahwinan ye dik :)

tak sabar nk tunggu cerita kawin plak lepas ni..

A.I said...

Selamat Pengantin Baru Sepet & Qery ^_____^

Semoga semuanya berjalan ngan lancar & Semoga kowang berdua kekal bahagia sampai hujung nyawa..

Ayu azmir said...

Wahhhh... menanti hari bahagia.... harap semua berjln seperti yg dirancangkn...

siti norohayati said...

wahh..dah nak kawin sepet nie..
tahniah...mst makin berseri nie sbb dh ad seri pengantin kan..

mama maman aka yana said...

SELAMAT PENGANTIN BARU SEPET

Cik Alynn said...

Selamat pengatin baru to you and your partner ..

suezen said...

wah dh nk kahwin dh yer...tahniah in advance k...dulu start reading ur blog..mcm br2 je bercinta dgn qery tu...hehehe...happy for u...congrats once again:)

peej said...

awak akan rasa debaran malam karang.
sama la akak hari tu tak sempat pikir sebab penat n selagi tak settle rasa ada je tak kena.
tapi nak tidur lepas tu tak boleh sebab debar. kul 4-5 pagi kot baru tidur.
pastu kul 7ish bangun ok.
bangun rasa kebasss je taktau nak rasa apa. hahaha.
so good luck sepet.
see u this sunday.

Rai Ourkizuna said...

selamat pengantin baru.. :D

dari sisi hidupku said...

selamat pengantin baru in advance lah ye. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

Sally Yatiey said...

Selamat Pengantin Baru Kak Sepet ;) hee

Erin-Ibu Marsya Qistina + Marissa Qaisara said...

tetiba akak rasa terharu yg sepet dah nak kawin...
baper jam je lagi..bergelar anak dara..lepas tu...tetttt!!
heheh :D

jgn marah akak dik...
akak tumpang happy dgn dirimu ittew ;P

akak doakan majlis perkahwinan sepet berjalan lancar...
dan begitu jgk masa kat sebelah Qery nanti...

Tak sabarnya nak tgk Sepet jadik pengantin....sure jelita to the max!

teringin jgk nak tgk sepet live di hari persandingan... huhu

Selamat Pengantin Baru Sepet & Qery...moga korang berbahagia hingga hujung nyawa...aminnnnnnnnn

Mai Keding said...

sedih la plak akak nak kawin dah..huhu..lepas kawin jangan serius2 tau..kite tak cuke la akak serius..haha..

Mai Keding said...

sedih plak akak nak kawin..pas kawin jangan lupe tengok cerita korea tau..haha

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

selamat pengantin baru sepettt

;)

semoga dipermudahkan segalanya2

nina mohammad said...

happy newly wed in advanced sepet! :)

NinaAz said...

Selamat pengantin baru sepet. Nanti saya dtg yea. Hehee

@DdY said...

tahniah zack u n qery! tapi nak tanya, qery main tagged ke? sebab terjumpa profile ni..

http://www.tagged.com/profile.html?uid=5995453274

Amy Z! said...

Tahniah utk Sepet & Qery. Semoga bahagia sampai ke akhirnya. :-)

mrs kayrul said...

tahniah sepet...selamat pengantin baru...cepat2 update citer kahwin tau

Irfa said...

SELAMAT PENGANTIN BARU SEPET N QERY