Raya Hari Ke 3 (Part 2)

Selepas raya rumah Maklong yang best tu, pastu mak ajak raya rumah Pak Unggai. Aku tak sure la camne nak sebut, tapi lebih kurang gitu la bunyinya. Pak Unggai ni sepupu abah. Panggil Unggal sebab rasanya anak tunggal kot. Insyaallah betul la tu. haha!

Bukan tiap2 tahun pun raya rumah Pak Unggai, tahun lepas pergi tapi family dia takde rumah, dua tahun lepas rasanya nak pegi, tapi macam penuh gila rumah dia. Rumah Pak Unggal OMG cantik sangat. Aku kan tak berapa nak kaya, bila masuk je rumah dia, terus feeling2 anak orang kaya. Tapi feeling tu bersifat sementara je. Sebab manusia harus berpijak di bumi yang nyata. Mihmihmih

Gambar dalam rumah taktau la kat kamera sapa. Tetiba je gambar kat luar rumah dah. Huhu!

Lantakkan.

 Nenek tu adalah Mak Pak Unggai.

 Mak n Pak Unggai sangatlah cantik dan hensem tau.Anak dia pun cantik. Sorang tu sebaya aku, tapi memandangkan aku tak tinggal kampung,jadinya takde la rapat gila. Tapi aku tauu la ada sorang anak Pak Unggai sebaya aku. Gitu...

 Cantikkaaaaannnn..


 Abah kiteeewwww dah naik 2 kg uolls. *tepuktangan*

 TQ Farhah and Farihah sebab nak tak nak kena layan dua pupu dia yang poyo ni. Haha!

 Tahun depan insyaallah kite jumpe lagi ye

Pastu ke kenduri rumah saudara mak. 


 Macam makcik2 je aku, walaupun begitu, adakah aku kesah??
*mata ke atas*

 Perempuan ni, kat mana2 pun dia makan

 Lepas dia dia, lepas dia dia, aku dah berapa rumah pun tak makan2 lagi. Sebab aku rasa pagiii lagi walaupun dah pukul 2 lebih masa ni.

Dah edarkad kawen, pastu kite berambus. Ada makcik tu, masa mak bagi kad. Dia boleh kata camni kat aku.

'Ni anak kamu yang masa kecik gemok tu kan'

Pfttttttt

Sangatlah depan depan. Haha!

Pastu beraya rumah kawan baik abah.

 Aku suka raya rumah kawan baik abah ni, sebab dia betul2 baikkkkk. Dulu rumah dia ada pokok rambutan. Tahun ni cam takde je. Nasib dia ada masak tomyam kegemaranku. =P



Pastu beraya rumah Ayahcik pulak. Kali ni Ceera dah sampai. Boleh join beraya sekali.
 
 Ustajah Jemah bertudung biru di belakang. Huhu!

 Ok ni memang over. Hahaha! 

 Aku tak pasti kenapa aku macam tu. 

(-_-')


Pastu dah penat beraya. Marilah kite pulang ke rumahhhhh.

Habislah raya ke 3 ku dikampung. Kerana Subuh esok aku nak bertolak balik rumah. Nak dating la, i dah windu windu dah kat anje i tewwww. Auw!! Muntahh sangat. Haha! Kbye

Comments

Irfa said…
KECIT2 GEMOK TAKPE.COMEL
SEDAP DUKUNG
DAH BESAR GEMUK JUGAK,MMG NASIB LE
HEHE