Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Aug 1, 2013

Lagi seminggu nak raya???

Mood tak seberapa, mungkin nak ABC. huhu!
 
Semalam aku teman abah buat kimo, dah 3cycle. Doktor kata untuk next cycle nak tengok result darah macam mana, kalau okey maybe akan hold dulu yang 4 ke 6 cycle tu. Abah aku ni, tetiba pulak ada Kayap. Pun berdekatan tempat yang kena cancer tu. Macam-macam kan.

Nasib baik malam Rabu tu mak aku tak masuk hospital. Mak aku pun tak sihat sangat. Malam tu doktor cek darah and xray, katanya mak demam, kena rehat lebih sikit. Biasalah kan. Bila dah tua, macam-macam sakit akan datang. Kite semua akan mengalami benda yang sama bila dah tua nanti. 

Kadang2 macam...mengapalaaaah ini terjadi ketika aku sedang bizi membuat persiapan nak kawin. Huwaaaahahahaha. Tak tau nak nangis ke nak gelak kan. Hihi! Takpe2. Positif sikit, semua benda jadi bersebab and ada hikmahnye.

Sedang menunggu abah kena masuk drip, aku bukak IG, ada la beberapa online shop bagi notice last order bla bla bla. Aku tau raya 8 Ogos, tapi aku tak sedar yang 8 Ogos tu next week. Patutla ramai wasap aku tanya bila last boleh order.

Aku terus terfikir, semalam 31 Julai, so mesti la Khamis dah 1 Ogos. Pastu macam eh eh eh, next week raya la.

Alamak, kuih raya seketul pun takde lagi, baju raya abah tshirt pun takde lagi, baju raya emak pun tak beli lagi. Sob sob sob. Baju raya sendiri je setel. Alahaiiii... Aku kena amik sehari cuti tak buat postage untuk setel semuanya. So decide 5 Ogos last order. 6 Ogos cari barang. 7 Ogos tak boleh nak keluar rumah dah, sebab nak masak. 8 Ogos dah raya. 

Semalam pos pun, aku dengar sok sek sok sek abang kat kaunter cakap banyak sangat barang dah start pending kat belakang, 2 3 hari punya tak berhantar.Uit, terus takut. Huhu! Aku tak boleh nak janji dengan korang barang sampai ke rumah korang bila. Tapi aku akan terus bagi tracking number, so korang boleh terus cek keesokkan harinya yang barang tu dah sampai mana. Dan kalau tak sampai terus direct call pos laju ye. 1300300300. Kalau no tu tak dapat dihubungi, boleh mesej aku tanya specific number untuk pusat-pusat pos laju terdekat. Sebab number tu adalah main line dia. Mungkin agak kebizian sikit.

LAST ORDER WILL BE ON MONDAY (5 AUGUST 2013)
but, if you would like your item(s) to arrive before Hari Raya please place your orders before 3PM, 2 August (FRIDAY). Operation will resume as usual on Monday 12 August. TQ =)

3 comments:

salwana nordin @ che'wa said...

bersabarlah..dugaan di bulan ramadhan, mgkn membawa seribu kerahmatan dlm hidup..in syaa Allah :)

putrilycious~ said...

sabar ye awak... segala dugaan itu ada hikmahnya.. Insha Allah...

NinaAz said...

Sabar yea sepet. Manusia ni Allah uji dgn pelbagai cara