Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Aug 26, 2013

Separuh dah kemas

Start Sabtu lepas aku dah siap packing 3/4 barang-barang dalam bilik. Letak dalam kotak. Supaya bilik aku clear dan senang nanti nak kemas. Almaklumlah, dah tak sabo nak berambus katanya. Hahaha! Mak aku kata dah tak rela nak tinggal sini. Mihmih! 

Aku rasa bukan aku je yang excited lepas kawin  nak tinggal dengan family sendiri. Semua orang kot. Bayangkan, masa kite kecik-kecik, bila mak ayah benarkan pergi camping, seminggu sebelum tu kite dah siap-siap kemas barang. Normal lah kan. 

Macam aku dulu, sebelum dapat masuk teknik, seminggu tu aku dah siap asingkan baju apa nak pakai, bawak apa yang patut. Sebab excited dapat hidup sendiri. Benda normal. Cuma mungkin keadaan dan situasi yang berbeza. Jadi perasaan tu pun lain sikit.

Tapi aku paham la, sebagai parent mesti akan rasa sayu hati. Hihi! Lebih-lebih lagi aku yang last dan kebetulan menjadi anak kesayangan *lantik sendiri* haha!

Sabtu lepas kakak-kakak aku datang tolong pasang langsir baru. Ahad pulak dorang dah alih-alihkan barang. Kemas rumah semua. Oh terima kasih lah banyak-banyak. Huhu!

Sekarang bilik aku masih ada rak-rak tu. Cuma rak tu separuh dah kosong. Sebab aku dah bawak separuh masuk dalam kotak.Tak sanggup aku last minit bawak banyak barang. Jadi aku jual apa yang aku ada sahaja. Apa yang aku takde, aku still jual. Tapi aku akan pos selepas setel majlis aku. Gitu.

Stok pun sejak minggu lepas aku order sikit-sikit je, sebab tak kuasa nak simpan barang banyak-banyak. Kang tak pasal lagi tambah keja aku nak packing stok. Lagi seminggu ni ada stok yang dah habis pun aku biarkan je, Nanti la lepas setel semua, baru order balik. Jangan menyusahkan diri sendiri. Huhu!

Memangdangkan customer tertanya-tanya bila last aku amik order. Dan setelah aku berbincang dengan Qery.

Last Order adalah pada : Rabu 28.8.2013 , jam 5 petang. 
Tutup kedai dari : Khamis 29.8.2013 sehingga Selasa 3.9.2013
Bukak semula kedai pada : Rabu 4.9.2013

Kalau korang tetiba nak bayar masa kedai tutup pun aku tak kisah. Cuma pengeposan tu still on Wednesday 4.9.2013 tu la.

Kerana aku tersangatlah gembira kerana tak sampai seminggu je lagi majlisnya. Dengan ini aku nak buat HAPPY HOUR.

HAPPY HOUR tu akan diumumkan pada jam 12 tengah hari sampai jam 3 petang SAHAJA.
Sapa nak tau, nanti tepat jam 12 tengah hari, terus bukak blog aku k.

Kbye =)

6 comments:

Farah Kamarudin said...

dulu teknik mana?

Nur Mai said...

amboi...ok tgu sepet tgh hari ni...hihi
btw knape entry thn 2012 je ,
sy new readers kat cni..sy suke bace blog sepet, nk bace lg smpai thn2 yg lps

aYda said...

Tak sabar le tue....hihihi

Lianah Ishak said...

Semoga semuanya selamat and cepat2 dapat baby.

Lianah Ishak said...

Semoga semuanya selamat and cepat2 dapat baby.

NinaAz said...

Heheem selamat bersedia yeaa