Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Aug 15, 2013

Raya - Hari Ke-2

Seperti biasa, aku dengan family mesti  balik kampung raya ke dua. Subuh2 dah bertolak dari rumah. Aku dari rumah dah cantik2, masuk kereta terus tidur. Bangun tidur pun masih cantik. Lolss. 

Bangun2 kalau tak kat RNR, atau tetiba je dah sampai rumah Opah. Mihmih! Jarang la aku berjaga masa balik kampung. Aku tau tetiba dah sampai je. Kadang2 tengah tidur tu stress je dorang ni nak berenti kencing la apa la. Menganggu tidurku. Huhu!

Dalam pukul 10 lebih tu sampai rumah Opah, tapi takde sapa pun lagi. Aku pun bosan, terus lepak kat buaian sambil tengok pokok2. Oh rumah Opah aku ni memang penuh la dengan pokok bunga. Memang dari dulu lagi.Tapi sekarang ni makin banyaaaaaak bunga. Mungkin sebab Cik Intan aku ni suka menanam. Plus Cik Intan dulu bekas Guru Besar sekolah. Kalau korang perasan la. Bila GB perempuan je, mesti sekolah penuh dengan bunga. Haha! Memang sinonim sangat dengan Cik Intan aku ni.


 Pondok kat belakang tu adalah rumah kucing and ayam ye. Kemain besar macam rumah setingkat kat KL besarnye. Huhu!

Aku pun masuk rumah ber OOTD

Baju ni beli sama kedai dengan baju oren tu. Ko boleh nampak tak pemalas aku tu. Malas nak jalan cari baju. Apa yang ada kat kedai tu, kite sebat je. Sekali lagi aku tekankan. Aku pakai apa pun cantik. *mukayakindanhidungkembang*

Tunggu Andak tak kunjung tiba, aku pun sambung tidur. Asik tidur je keje aku. Bangun2 tengok dorang tengah main kat buaian. Akhirnya sampai juga mikaaa... Huhu!


Pastu anak2 nya teruja tengok reban kucing ni besar,setiap kali datang, setiap kali teruja. Silakan teruja. Maksu masuk rumah kejap sambung tidur. Pftttt
 

 Cik Intan aku ni memang pencinta kucing. Kalau jumpe kucing cacat ke, sakit ke, mesti dia bawak balik and bela.

 Rumah Opah dari dulu sampai sekarang, tetap beginilah corak depan dia. Hihi!

Dah puas tidur.marilah kite berayaaaaaaaaa



Rumah pertama adalah rumah Cik Shamsiah. Tapi gambar takde. 

Rumah ke dua adalah rumah Emak Ayah. Abang abah ni kitorang panggil Ayah, isteri dia kite panggil Emak. 

 Emak yang duduk kat kerusi tu. Emak punya kaki separuh dah takde. Kena potong sebab kencing manis. Sedih aku tengok. Tapi masa dia cite kejadian tu, macma rilex je. Tersangatlah tabah orangnya. 

 Masa ni semua orang makan nasi tomato. Aku jual mahal sebab sebenarnya sakit perut.

 Tapi macam rugi pulak, sebab rumah mak ni masak je la apa pun, mesti sedappppppp terangkat. Jadi.. bismillahirrahmanirrahimm... hihi!

 Makan dengan sopan

 Masih sopan

 Okbye. Haha!

 Aku kalau dah duduk cenggitu, korang takyah tanya dah. Pandai2 la beratur amik makanan. Huhu!

 Ayam amik dua ketul dan habis okey.

Dah kenyang, marilah kite ke rumah ke tiga. Rumah Usu.

Usu ni adik abah. Pun kalau masak sedap. Eh orang Perak memang masak sedap agaknya. Ke aku yang kuat makan. Konfius gegirl.


Gambar dalam rumah lupa nak snap.

Lepas tu masing2 dah ngantuk. Tak sempat nak rumah keempat. Kite balik la lelap2 mata sejam dua. Aku kalau ajak tidur ON je, takde masalah. Memang dah sebati.
 
Kali ni balik kampung family aku tak tidur kat rumah Opah. Kitorang tidur kat Homestay, tajaan Ayie dan Andak.
 
Selesa home stay dia. Ada 3 bilik, semua ber aircond. Lengkap lah. Semua ada. 

 Aku walaupun tak bayar se sen pun duit, tetap aku nak cop katil. hahaha! Berebut dengan anak buah, tapi pastilah aku pemenangnya. Kalau ada kena mengena dengan tidur. jangan harap dapat kalahkan aku ye. Hihi!


 

Anak2 buah tidur kat luar bentang toto. Sebab dorang memang suka tidur ramai2 sambil tengok TV.

Lepas je dorang tidur, aku andak, akak dengan ika, pukul 12 tengah malam tu, pergi MacD, lepak minum sambil borak2. Entah dah tak ingat borak apa. Cite pasal orang Korea pun boleh sampai sejam dua.




Pasal air pun aku nak berebut dengan anak buah aku. Haha! Aku nak corak yang cantik. Yang tak cantik aku bagi dia. Sabooo je la Ika oiii... 

Balik rumah pukul 2 pagi camtu, sambung borak dengan andak sampai pukul 4 lebih. Pastu tak boleh tidur jugak. main game kat fon sampai tertido. Huhu!

Itu saja cerita raya ke dua aku.

bye

p/s : kalau nak hantar testimoni tabita masih valid ye. Sebab tak berapa nak ramai lagi orang hantar. Cukup 10 orang, kite boleh umum pemenang. Muah!

5 comments:

ieyka dinda said...

sepet..mind sharing kat mana awak beli baju2 peplum oren n biru tuh. lawa sangat okay. price mesti kebabom kan.

aku nama nora said...

sepet...awat blk serkai jadi x sound awal2, rugi weh kalau idak dpt jumpa adik bradik retis nih alahaiiiiiiii

Love Razila said...

bestnyer ada sibling raya siap pi mcd lagi tu lepak2 sembang...jeles =)

zeera lily said...

baju oren tu cantik..
tp yg biru ni lg nampak langsing.. ehehe..

jmput dtg umh http://belogzeera.blogspot.com/

Mohd Shafizam Abd Latif said...

hye sepet..just blogwalking.

Support each other k..=) still newbiee here.

http://shafizam.blogspot.com

Thanks