Krik Krik Krik, haha! Malunya nak buat entry ni, cerita pasal ngandong-ngandong pulak. Uolls, meh la sok sek sok sek sikit. Dah kata pun blogger sendu, opkos i nak share kat sini kisah-kisah teng teng teng, hahaha! Takde lah.
Okaylah, ekceli kan. Aku memang nak anak lagi lepas lahirkan Izz Qaiser. Kiranya tak adalah nak rancang ke apa. Ada rezeki kita terima dengan hati terbuka. Ha gitu. Qery pulak memang suka sangat budak-budak. Dia lagi lah, setiap kali cik P datang lambat sikit cecepat suruh beli test, haha!
Aku pulak, kalau boleh lepas habis pantang terus nak ada baby lagi, gelojoh sangat kan, kahkah! Tak serik, bukan apa, waktu umur muda macam ni lah nak beranak pun. Orang sekarang ni bukan kawin umur 21, kita jenis kawin 25 ke atas. Jadi kenalah pulun sikit. Kena paham risiko beranak lewat bla bla bla. Pulak tu aku taknak la nanti anak kecik lagi, tapi umur dah syahdu-syahdu ke apa kan.
Macam aku, mak lahirkan aku umur 37, masa tu umur abah dah 46. Aku tingkatan 1 emak aku dah 50 tahun, bapak aku dah 59 tahun. Kesian dorang, dah tua-tua pun still ada tanggungjawab besar nak sekolahkan aku semua. Sobs. Ada orang suka plan, ada orang tunggu bertahun-tahun nak dapat anak, ada orang baru kawin nak enjoy dulu. Tak kisah la ikut korang, mana yang senang, ye tak. Ada rezeki kita terima, tak ada rezeki kita doa banyak-banyak.
Mula-mula dapat tahu pregnant, Ya Allah, rasa nak nangis. Qery macam biasa lah malam tak boleh tidur, hihi! Asik senyum je, usik-usik Izz Qaiser. Izz Qaiser pulak ya ampun, dia punya melekat tu toksah cita lah, nak ikut je pegi mana-mana. Pegi dapur pun nak pegang tangan sama-sama. Aku lepaskan kejap je nak basuh pinggan ke, nak sidai baju ke, dia punya menangis macam kena pukul.
Masa umur dia dah 9 10 bulan camtu perangai dia dah bagus dah, boleh tinggal kejap kat depan, aku boleh la lari-lari gi dapur kan. Lepas je 10 bulan, mengempeng 24jam. Memula tu aku pelik jugak lah, dah kenapa budak ni. Lepas tau pregnant tu, ok lah terima je la perangai dia macam tu sambil kesat air mata, huhu!
Kali ni pregant, tak seteruk masa Izz Qaiser. Masa Izz Qaiser dulu rasa nak nangis. Setiap hari muntah bukan sekali dua. Lepas tu dah terbaring je, makan pun susah itu tak kena tekak ini tak kena tekak. bau itu tak boleh, masuk bilik air rasa nak muntah. Suffer gila lah, haha! Sekarang ni muntah jugak, loya jugak, tapi kalau dulu 100% punya loya and muntah, this time baru 50% camtu je, manja-manja je.
Setakat macam ni boleh la kalau nak tahan-tahan, boleh lagi la aku buat kerja rumah. Dulu masa Izz Qaiser, Qery masak air sendiri, sidaikan baju, lipatkan baju, bersihkan rumah. Sekarang tidak ye, semua aku buat sendiri. Cuma ada masa tu memang rasa letih melampau-lampau. Pening rasa nak baring je. Tapi boleh di kawal la. Alhamdulillah kan.
Dah masuk second trimester baru hegeh-hegeh nak jumpa doktor, hahaha! Ok lagi lah kan. Masa Izz Qaiser, dah masuk 4 bulan baru aku jumpa doktor, tersengih-sengih sebab tau dah lambat, hahaha! First time jumpa doktor terus tau anak laki, kau bayangkan, hahaha!
Kali ni cek still tak tau lagi gender, tapi doktor kata dah besar jugak and tengok anggota semua nampak ok. Bukan apa uolls, masa ni lah doktor nak tau bayi kita ok ke tak, sihat ke tak, gitu. So jangan la cek lambat-lambat macam aku ye. krik krik krikkk...
Nampakkan badan dia tu, hihi. Omey sangat.
Simptom aku kali ni sangatlah poyo. Tetibalah nak melawa-lawa pulak. Nak pegi beli barang kat Tesco pun nak mekap. Eh jangan cakap, asal keluar rumah mesti mekap. Tetiba rasa nak beli barang mekap bebanyak. Listick baru seketul je, kena beli 10 ni, hahahaha!
Semalam tunjuk kat Qery lipstick cantik-cantik. Dia cakap ok boleh belikan. Eh seronok lah hati kita tu. Sayang sangatlah kat Qery rasanya, hahaha!
Wajib lah kan tepek BB Cream Seqy Beauty. Memang taknak yang lain dah. Kalau pakai BB Cream lain memang berminyak muka aku. No no no!
Pemerah pipi takdok. nanti nak beli.
Pegi sephora ioi city, sunway, semua lipstick NYX habis. Geram betul rasa.
Nak beli online tapi kena tunggu stok sampai, huhu! Bertabahlah dulu.
Orang cakap kat aku, eh ni mesti baby girl ni asik nak melawa je.
Aku tak kisah pun, dapat baby girl pun best, dapat baby boy pun best. Dapat baby girl kita beli baju baru, dapat baby boy pun beli baju baru. Apa kisahkan, hahaha!
TQ korang yang wish, doakan baby kita ni sihat sampai bila-bila tau.
Comments
Suka dgr kalau org preggy
suka sgt mkn milo coklat aiskrim la..
pastu kena minum air gula..hambik kau..haha
fai pun tgh pregnant yg second jugak, tapi baru 15 weeks (>___<)
Jaga diri baik2 ok.
berapa bulan dah ni?