Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Oct 28, 2015

MACAM MANA NAK AMBIL HATI MAK MERTUA?

Soalan ni, ramai beno yang tanya. Dari yang dah kawin, sampailah yang tak kawin lagi, hahaha! Amboi siap-siap dah nak prepare ye. Lawak betul lah korang ni. Sebab aku share mak mertua rajin bagi makanan, then semua pun tanya tips, kekeke!

Aku tak pastila apa jawapan bagi soalan tu. Ekceli kita ni dah ditulis pun. Dapat mertua ok atau dapat mertua kurang ok. Rezeki masing-masing agaknya kan. Macam aku, Alhamdulillah sangat. Aku menantu pertama. Kebetulan pulak mak mertua aku tak ada anak perempuan. So bila aku jadi anak menantu dia, mungkin lah dia rasa oh bestnyaaaaa dapat anak perempuan. Ha gitu. hahaha! Aku tak tau lah. Aku pun hentam je.

Tapi mak mertua aku pesan, dia memang anggap aku macam anak sendiri. Sayangnya sama macam anak sendiri. Anak dia manja, aku pun dia manjakan. Ha gitu.

Aku memang tak tau apa tips nak ambil hati mak mertua, sebab aku pun korang paham la. Pemalu dan ala-ala batu je, haha! Aku pernah cerita dulu, aku tak banyak cakap. Kalau orang tak tanya, aku pun diam je. Kalau orang tak mulakan dulu, aku pun bisu je la. Aku rasa family mertua aku pun risau sebab aku ni pendiam sangat. Senyum je pandai, kekekeke!

Apa yang aku boleh kongsikan, yang pertama sekali adalah.. Jangan beza-bezakan mak/ayah dengan mak/ayah mertua. Walaupun hakikatnya semua orang tau, ofkoslah kita lagi berperangai dengan family sendiri, haha! Tapi maksud aku, kita kena pandai-pandai lah sama rata. 

Macam aku, apa aku bagi mak aku, aku akan belikan jugak untuk mak mertua. Telekung cantik nampak ada dua warna, ha belikan satu sorang. Kalau aku belikan barang-barang dalam rumah mak aku, aku akan pastikan Qery belikan jugak something untuk parent dia. Kalau aku hadiahkan barang kemas kat mak, aku akan hadiahkan jugak yang sama kat mertua. Beli kasut biar dua-dua dapat. Tak adalah cam berkira ke apa. Eh mak aku, mesti lah kena bagi lebih sikit. Tak ada lah. Kalau ada rezeki, kalau sesuai dengan mak-mak ku itu, mesti aku belikan sama-sama.

Yang ke-dua, jangan berebut anak. Hahaha! Ada orang, tak suka suami asik ulang alik rumah mak dia. Rasa bengang je kalau suami asik ajak balik rumah parent dia. Eh apalah nak sakit hati tu sangat? Aku pun tak paham. Haha! Mak dia, biaq pi la dia nak tengok ke apa kan. Macam Qery, memang selalu singgah rumah mak dia. Dah kata pun dekat. Qery ni memang anak emak pun, sehari kalau tak lalu rumah mertua aku tu, memang tak sah la. Nampak pagar pun jadi. Kekeke!

Bagus la tu kan, syurga bawah tapak kaki ibu, bukannya isteri pun. Haha! Kalau Qery cam lama tak balik rumah mak dia, aku pun sibuk la bagi hint, tak gi jenguk mak ke, tak rindu ke kat mak tu. Uolls, mak mak ni memang manja dengan anak lelaki. Apa-apa pun selalunya lah, mesti nak anak lelaki. Macam mak aku jugak, anak 9 orang, tapi tetap kalau ada apa-apa, nak abang-abang aku jugak. Huhu!

Kecualilah kalau tak ada anak lelaki, atau ada anak lelaki tapi acuh tak acuh je dengan mak sendiri. Pun boleh jadi. Huhu!

Selalu happykan dorang, dalam erti kata lain bawak lah jenjalan. Aku ni kan pemalu. memang bukan jenis peramah ke apa. Jadi salah satu cara untuk buat dorang senyum n ketawa tu bila bawak dorang jenjalan. Nak harap aku buat lawak hambar atau super spontan tu memang tak mungkin lah kan, hahaha! Jadinya bila bawak dorang jalan-jalan dengan family, sekurang-kurangnya kita pun terhibur sekali. Plus berterima kasih la sebab setuju bagi anak dia kawin dengan aku. Hahaha!

Almaklumlah, aku ni spesis pemalas. Pasif pulak tu. Kerjanya asik nak berkepit dengan Qery aje, tak reti nak campur dengan orang. Sepatutnya dorang boleh dapat menantu yang lebih best kan. Then dorang setuju je pilihan anaknya. So silalah bersyukur and janganlah nak bajet cun sangat, haha! Tetiba bajet cun. Mak aku pun selalu je puji-puji mak mertua aku. Katanya baik orangnya, rajin.

Ha yang paling last sekali, masa doa tu. Selalu berterima kasih kat Allah. Aku selalu cakap camni. Ya Allah, terima kasih sebab bagi mak abah yang baik, adik beradik yang baik, mertua yang baik, suami yang baik, anak yang baik, kawan yang baik, pembeli yang baik, pembaca blog yang baik. Datangkanlah kepadaku segala yang baik-baik, dan jauhkan dariku orang yang berhasad dengki dan segala fitnah dunia. Ha gitu kau. Hahaha! Allah nak bagi orang jahat pun tak jadi ni sebab belum apa-apa nak ucap terima kasih. Kekeke! Psycho beno hambanya ittew. 

Yang dapat mertua baik cam aku tu, kita bersyukurlah banyak-banyak. Yang kurang bernasib baik tu, doa lah banyak-banyak tau. Mohon la kat Yang Maha Menggerakkan Hati, semoga terbuka pintu hati. Kepada isteri yang nak vs vs mak mertua tu pun toksah la buat perangai. Apabenda lah nak direbutkan. Kita semua ni pinjaman Allah je uolls. Sedar diri tu sikit *sambil jeling*. Haha!

Jadi dengan ini aku sajikan gambar aku bersama mak mertua kesayangan.

http://1.bp.blogspot.com/-_9nrCZzn9G4/U3Ag3J0sz7I/AAAAAAAAn_8/sYanIxAu97s/s1600/C360_2014-05-11-21-24-44-540.jpg

http://2.bp.blogspot.com/-I0tbWmUBon8/Unxb37M9-ZI/AAAAAAAAlR8/sxTN9yszqeg/s1600/C360_2013-10-31-21-35-35-931.jpg

http://2.bp.blogspot.com/-1g-ZObagML8/VZWJ7wIsAxI/AAAAAAAAq5Y/VAuBFjhpdTg/s1600/20150220_120221.jpg

http://2.bp.blogspot.com/-IQ5vQeUslPs/U5KJFtgeBJI/AAAAAAAAoX0/vPY5XcpGznQ/s1600/PC170132.JPG

http://2.bp.blogspot.com/-NKcxmDWybyo/VRWXoAYhD-I/AAAAAAAAqh0/l8ZgdW07Gzw/s1600/20150218_210221.jpg

http://1.bp.blogspot.com/-aEoxoGi32Bc/VIXyRiK3IxI/AAAAAAAAqCE/AjtTtEJl84U/s1600/izz%2Bqaiser%2Baqiqah-496.jpg

Sekian,
Ustajah Zuhana.

6 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Muda lagi ye MIL sepet..
Betul tu sepet jgn bezakan antara ibu ayah sendiri dgn ibubapa mertua..
Itulah tips yg paling mujarab..

Atie said...

Alhamdulillah..sama la saya pun dapat mertua yang baik sangat..syukur:)

akish ali said...

ku berharap akan dapat menantu mcm zuhana...

=)

Amyz Azlie said...

Alhamdulillah. Bagus share doa tu dik. Boleh apply. Selama ni mmg doakan mak ayah dan mak abah mertua. Cuma jarang berterima kasih tu. Semoga Allah sentiasa rahmati kita. Amin.

Chekgu Azrine said...

Alhamdulillah. Syukur

nini said...

Alhamdulillah mak mertua kite pon baik....kadang2 perasan disayangi....hahahaha.tapiii gambar kami sama2 tadek pulak...hahaha