Raya Haji 2015, macam raya tahun lepas jugak. Rasanya kali ke tiga kot sambut raya haji selepas kawin. Kali pertama dulu masa baru lepas kawin, ikut mertua solat sunat kat masjid. Raya kali ke dua duduk rumah je sebab Izz Qaiser dah ada, then ini kali ke 3, pun tak ke masjid. Menyiapkan diri sendiri dan jugak budak kecik ni.
Qery pukul 7.30 dah keluar rumah. Aku pulak siapkan barang-barang anak, baju, botol susu, makanan, kemas sikit-sikit rumah, gosok tudung and terus mandi sementara Izz Qaiser tidur, tengah syok mandi sekali dengar ada budak nangis. Tak kelakar betul, dah la tengah syampu rambut, kelam kabut aku masuk bilik dukung Qaiser, bukak baju si kenit ni mandi sekali, haha!
Terkejut budak tu, celik mata terus mandi. Lantakkan, sapa suruh bangun awal. Dah terbiasa bangun awal sebab kan kami bercuti sebelum tu, sarapan setiap pagi kat hotel, ofkos la kejut anak sekali. Tu yang dia terbiasa bangun pagi. Dah mandi pakaikan baju anak. Baju kami anak beranak memang dah beli siap-siap masa raya puasa haritu. Dah tau dah nanti raya haji mesti tak dan nak beli baju raya. So kita beli terus baju raya haji, gosok siap-siap boleh terus pakai.
Setel pakaikan baju anak, terkejut aku tetiba Qery ada kat belakang, hoih! Tak sedar dah pukul 9. Qery take over jaga Qaiser, aku bersiap cepat-cepat. Pukul 9.30 gerak rumah mertua. Rutin biasa setiap kali raya, rumah mertua dulu. Bagi suami salam mak dia dulu, then baru turn aku. Nasib je pun rumah dekat-dekat. Kalau tak bergilir jugak aku ni, haha!
Kekwat anak aku ni, taknak kena ciom, haha!
Ada yang tanya mana beli baju couple ni. Aku pun tak tau, Qery yang beli kat kawan dia. Rasanya yang jual ni pun cikgu jugak, kalau dah tau nanti aku share kat instagram ke atau mana-mana yang sempat k. Tapi memang aku suka sangat, kainnya tak jarang, korang takyah risau sebab dia tak jarang. Pastu sejuk je dan yang paling penting senang nak nyusu badan.
Kali ni adik ipar i tak beraya rumah maknya. Dorang kan baru kawin, so beraya rumah mertua dulu kat Klang sana. So sedih la mak Qery, hahaha! Itu baru Syah yang raya Klang, cuba kalau aku raya Cheras Baru dulu, lagi sedih gila lah mak mertua iolls, sebab menantu kesayangan dia tak ada, kahkah!
Biasalah bila anak-anak dah kawin, nanti aku pun akan merasa jugak suasana anak ni balik anak ni tak dapat balik. Redho dari sekarang, haha! Tapi jangan sedih-sedih, sebab adik ipar i bukan tak balik pun, cuma dia balik petang sikit. Tak dapatlah bermaaf-maafan waktu pagi tu.Aku dengan Qery tak dapat lah tunggu, sebab nak beraya kat Cheras Baru pulak.
Sampai-sampai sana, tengok semua masih berkeliaran, kali ni Kaklang datang lewat pukul 2 ke pukul 3 entah la aku pun tak ingat. Tak kuasa menunggu beliau, kitorang bergambar je dulu. Kitorang bersalam kalau raya puasa je, raya haji tak salam sebab hati masing-masing suci, sentiasa memaafi, kahkah!
Kebetulan Raya Haji tu jatuh sama tarikh dengan harijadi mak aku. Apa lagi, kita celebrate sekali lah. Aku memang dah siap-siap beli kek hari Rabu tu. Hadiah tak sempat beli, dapat belikan baju raya mak je. Itu boleh la anggap sebagai hadiah jugak kan. Haha!
Happy birthday mak.
Atam bising aku tulis umur mak 64 kat kek. Eh sukati lah, aku yang beli. Hahaha! *sambil jeling*
Dah tua dah mak aku. Tapi walaupun begitu, semangat mak ni kuat. Mau tak kuat, 9 anaknya. Lols.
Kali ni raya haji, abang tak ada sebab dia kena kerja, ayie pun tak ada sebab balik Johor, Andak pun tak ada sebab dia beraya kat perantauan. Semua yang tak ada tu semua anak kesayangan mak, kesiannn.. hahaha!
Sembilan tolak tiga, ada enam keluarga je lah. Itupun tengah hari Kakcik dah balik Kuala Selangor, and Kaklang sampai lambat, tak nampak lah ramai seperti biasa. Tapi tak kisah la sebab semua orang pun enjoy!
Emak dan Akak (44 tahun)
Emak dan Kakcik(40 tahun)
Emak dan Atam(33 tahun)
Emak dan Aku(12tahun) Kahkah!
Kakak-kakak iolls semua dah tua kan, sebab tu lah dorang kena potong daging, bukannya aku. *tetiba*, hahaha!
Cantikkan baju mak, baju ni aku beli sebelum malam raya kat Tesco je, beli sekali masa beli bahan-bahan masak lontong tu. Beli dua pasang, yang ni tak ingatlah harga berapa, tapi hampir 100 jugak kot, tapi bukan kisah baju ni yang aku nak cerita, kisah baju satu lagi. Baju jubah jugak, masa beli tu aku tak tengok harga pun. Nampak kat kertas tu tulis RM99 camtu kot. Pastu aku cakap lah nak beli dua pasang, sebab esok dah raya, then satu lagi Qery cakap hadiah harijadi.
Sekali masa bayar tu, bangla tu cakap harga dua baju RM115. Aku macam, eh takkan lah murah sangat, jubah kot. Sekali aku tengok jubah satu lagi tu rupanya clearance stok RM19 je dia jual. Hahaha! Kegilaan apakah ini. Dia cakap sebab aku beli dua helai, then dia bagi diskaun lagi RM115 je dua baju. Eh gumbira lah hati aku, balik rumah mak suruh semua orang teka baju mak harga berapa, pastu semua orang terkejut harga dia RM19 je. Haha!
Orang bagi hadiah rahsia harga, tapi aku terlalu excited harga dia murah melampau. Tak dapat nak rahsia dah, kekeke!
Kali ni raya, aku beli pinggan kertas, cawan kertas, sudu garfu plastik siap-siap. Tak kuasa lah nak membasuh bagai. Jenis aku tak membantu sangat, jadi beli je lah yang boleh menyenangkan kerja orang lain, huhu!
Bersama menantu.
Bersama cucu.
Lepak-lepak, pukul 3.30 aku ajak Qery balik rumah. Dah semua orang terbaring tak ada benda dah nak buat, so i minta diri dulu, nak balik nak tido. Haha!
Nak rehat sekejap sebab Qery plan malam tu nak ke iCity. Itu je lah Alkisah Hari Raya Haji 2015.
No comments:
Post a Comment