Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Oct 26, 2015

FEELING BAGUS

Haih tadi dari pagi kepala otak ni memacam nak update, sekali depan PC apa pun tak keluar. Harun betul. *kesian atuk i yang bernama Harun tu, kekeke*

Semalam dengan harini entah apa hal melepek je kat rumah. Tak larat nak bangun pun, tapi sebab ada anak kecik yang bertuah tu kan. Bangun jugak lah nak buat susu, nak bagi dia makan, nak kemas rumah, nak sidai baju, nak vakum rumah, nak masak makan sama-sama. Huwaaaaa, itulah dalam tak larat pun kena buat.

Baru nak baring, sekali tengok baju dalam almari dah bersepah sambil anak kat tepi sengih sengih. Terus urut dada, huhu! Nak marah pun dah tak guna. Kau tetap jugak kena kemas balik, lagi penat nak membebel atau nak marah ke apa. baik buat je tanpa berkata apa-apa. Padahal dalam hati tu dah menangis tik tik tik air mata membasahi hati. Auw! Hahaha!

Semalam sapa tengok gegarvaganza????

Sebab aku kan hati orang lama-lama. AF tak kuasa la haih nak tengok, kecualilah kalau ada sedara aku masuk baru lah aku tengok. Kalau tak ada, toksah mimpi la. Sebab bukan sedap mana pun suara dorang tu, ramai ke laut pun. Haha! Kemain ngutuk orang, tapi serius la. Why eh? Kita punya juri ni saja ambik orang suara sendu ke, atau dah tak ramai orang suara sedap nak pegi ujibakat? Pelik tau iolls, dulu suka lah tengok, sampai Stacy je kot aku tengok, lepas tu cam drama je lebih kau ni. Dah takyah tengok, buat tambah dosa aku je ngutuk lelebih pun, haha!

Pastu apa ke benda spontan-spontan ni pun aku dah malas nak tengok. Sebab kadang-kadang tu tak kelakar pun. Tapi tak paham lah kenapa orang ni gelak kemain sangat. Orang Malaysia ni ramai yang stress ke? Lawak hambar pun gelak sakan, mungkin mereka golongan #mudahterhibur kot, hahaha! Matiklah sapa yang suka tengok pasti mengeji diriku ini. =P

Maharajalawak tu tengok la jugak, sebab ada yang lawak. Tapi kalau sampai yang tak lawak, aku tukar jugak siaran. Rasa cam tak sampai hati bila tak gelak sedangkan dorang rasa dorang dah buat lawak, huhu!

Gegarvaganza yang pertama aku tak tengok sangat pun, ada la konsert pertama dengan terakhir agaknya. Sebab tak best. Ramai artis suara dah suam-suam kuku. kesian tengok nak tarik sampai tak keluar suara tu.. Pastu yang menang pun i rasa cam...... I nak abang Rahmat Mega yang menang. Sobs..

But this time GegarVaganza2 memang kebanyakkan artis-artis dorang kali ni kedebabom. Still sedap lah and menyengat. Nyanyi pun tak sumbang jauh. Plus i sokong Siti Nordiana menang. Suka sangat suara dia. Artis lain pun sedap, memula tu nak sokong Amir Ukays sebab suka lagu dia dulu2 tu. Tapi bila dengar persembahan pertama dah tau dah takat mana dia boleh sampaikan performance, wah kau juri tak bertauliah dah mula dah, ahahahaha! But okay la, still mantap cuma tak semantap dulu. Tu yang bertukar arah ke Siti Nordiana, sebab i memang minat dia since sekolah. Suara tak pecah.

Manusia ni ada 2 golongan yang bersuara sedap. Satu, suara sedap sebab banyak praktis tapi bila tak praktis suara boleh ke laut jugak. Satu lagi suara dia sedap sampai bila-bila even tak praktis and takkan sumbang, yang ni orang panggil gifted, haaaaa. Rasa nak gelakkan. Aku pun rasa nak gelak. Seronok jugak feeling-feeling bagus ni, hahaha!

Nah tengok video Siti Nordiana nyanyi.

https://www.facebook.com/kbergetar/videos/912532138823681/

Eh okaylah. LAPAR NAK MAKAN. BYE

No comments: