Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Oct 29, 2015

GOODIES / PARTY BAG IZZ QAISER

Ok, haritu sapa tanya pasal goodies masa birthday Izz Qaiser, sebab kami buat sendiri. So senang sikit lah nak cerita cari kat mana semua. 

Goodies ni kami ada dua jenis.

1. Untuk orang marhaban
 2. Untuk budak-budak

Untuk orang tua takyah la ye, makan je la apa patut. Hahaha!

So kita mulakan dengan barang-barang untuk orang marhaban. Selalunya kita bagi yasin, air, atau makan kerepek ke apa kan. Boleh jugak bagi yang tu, tapi kitorang malas nak tempah printing yasin bagai, eh kita beli je la barang kat GM KL tu, senang.

 Kerongsang. Pilih la kat sana banyak gila kerongsang pun. Setiap tingkat dia saja. Aku beli dengan kotak sekali, kata pun nak bagi orang kan, kena lah cantik and nampak lah ikhlas sikit, haha! Yang ni tak silap aku RM3 lebih kot, tak ingat lah.

 Tasbih beli dua design ni. Ekceli nak pilih salah satu. Tapi tak cukup 30 set. So campur-campur je la. Ini korang boleh cari kat tingkat 7. Jangan cari tempat lain sebab tak ada pun. Haha! Tingkat 6 ada la, tapi tak banyak pilihan. Harga tasbih Rm2.50 kot, tak ingat sangat.

 Tasbih digital, sebab dah tak ada idea dah. Satu ni RM1.50 tak silap aku. Mana tau kot dorang gi masjid boleh la bawak yang ni je selit kat jari.

Dan yang tak ada dalam gambar adalah

Kayu Sugi, singgit sebatang, haha!
Air Mineral. Sebab mak mertua aku pesan bagi air mineral. Jangan bagi air manis-manis tu. Kawan-kawannya minum air mineral je. Ok lah lagi bagus, murah pun murah, kahkahkah!

Itu je kitorang bagi.

Untuk bebudak pulak. 

 Pi cari ni semua kat GM KL, tingkat 6 kot, takpun tingkat 5. Dia kat hujung2 bucu bangunan. Masa kau nak belok tu ha elok je tepi tu kedai dia. 

Yang warna merah panjang tu color crayon, aku wasap family noh suh bawak anak-anak dorang kalau nak benda-benda ni semua, pastu datang lambat. Ha meratapi je lah sebab goodies bag dah habis, hahaha!

 Pastu ni beli kat mana entah, pasar borong yang memang jual paket besar-besar.

 
Paper bag ni pun beli kat GM sama kedai dengan color2 yang aku beli tu. 

Kos goodies bag untuk bagi bebudak ni RM4 je uolls, hahahaha! Murah kan. Kalau beli color crayon tu kat kedai agaknya dah RM5. Phew!

 So korang pun boleh cari kat GM, semua ada. Kalau korang ramai anak pun pegilah GM tu, beli je kat sana. Anak 5 orang, beli je bebanyak cenggini. Sebab sebulan pastu mesti dorang mintak lagi, color hilang lah, color kawan curi lah, termakan color lah. Hahaha!

Dan lupa nak saya tq kat semua yang hadiahkan Izz Qaiser, memacam ada. Ada yang beli kat Toys r Us lah, amboi baiknya awak beli kat situ. Kami makpak pun gi beli mainan Izz Qaiser kat kedai pemborong tau sebab nak murah, hahahaha!

 Motor ni beli kat area Chow Kit jugak, so dapatlah half price. Kalau beli kat kedai yang biasa-biasa tu opkos la 2 kali ganda harganya. Sib baik lah dekat je Chow Kit pun. 

 Aku tak jual ye benda-benda ni, sapa nak beli dengan harga borong, silakan pegi sana. Mungkin la tak semurah pemborong2 besar, mungkin la dia bagi harga lain kalau orang beli 10 biji, tapi still murah lah dari kedai biasa-biasa. Cuma kau kena angkut sendiri. Gitu.

Eh tetiba cerita pasal beli mainan anak, haha!

Ok harap dapat membantu. Kbye

4 comments:

Norma NML said...

wahhh..murahnya..akak beli tasbih digital tu rm12..sebijik serupa dgn yg gambar tu..

cik hani said...

Banyaknya hadiah izz dapat... suka sangat la dia dapat banyak mainan

nini said...

Bestnya isi goodies bag tuuuu.....hihi

sya mimie said...

Alhamdulillah.. Rezeki ank dpt hdiah bnyk cmtu..