Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Oct 21, 2015

Perihal Lipstick

Kalau korang follow facebook and instagram tau la kot 2 minggu lepas aku berjimba dengan adik beradik perempuan. Itu nanti lah cerita, tapi nak selit sikit kisah pencarian lipstick kat Sephora.

Aku ni sejak bisnes online memang pakai liptint sesaja. Sebab aku tak suka lipstick yang melekit-lekit tu. Tengok orang pakai cantik, tapi bila sendiri pakai rasa bibir tebal betul. Huhu! Perasaan pakai lipstick tu bagaikan membawak bibir. Paham tak. Kalau ngandong kita membawak perut kan. Ini tidok, kita membawak bibir, tebal and berat gila rasa. Haha!

Aku cakap la dengan Ceera and Jemah nak beli lipstick yang merah menyala tu. Tapi taknak la yang berkilat minyak-minyak. Tak suka. Pastu dorang terus tunjuk kat bahagian gincu NYX. Aku pun beriya lah membelek, sekali tak ada stock warna yang aku nak tu. Haih, biadap betul.

Muncung sedepa lah sekejap. Pastu dorang cakap takpe2, kita cari gincu yang dia ada tulis 'matte'. Semua yang ada tulis 'matte' ni semua yang tak berminyak. Oh baru ku tahu....kesian kan. Umur 27 tahun baru tahu. Huhu!

Apa lagi, meliarlah mata mencari lipstick yang ada tulis matte tu. Hah jumpa lah jenama Sephora. Amik yang paling pekat. Warna pink je yang ada. Amik je lah pink pun pink lah. Pastu sampai ke harini lah aku tonyoh lipstick tu kalau keluar mana-mana. Liptint aku dah jadi lipstick tiri. Guna bila kat rumah je, time2 Qery balik kita tonyoh la sikit-sikit, ok liptint tu sebab kalau laki balik kita cium tangan, dia tak lekat pun. Cium tangan je tau. Krik krik krikkkkk... =P


Pastu aku macam, nak beli warna lain lah. Adik bradik cakap saudara i kat kampung Kak Wanee ada jual lipstick yang aku suka tu. Terus aku wasap beliau. Memang cantik cantik sangat lipsticknya uolls.

 Warna macam ni lah aku cari kat Sephora, boleh pulak tak ada.

Ini lipstick NYX kan, sekali tengok lipstick kat bawah ni pun cantik jugak.

 Jenama L.A Girl. Kak Wanee kata taxture dia lebih kurang sama je. Yang ni murah singgit. Macam mana lah aku tak tergoda. Semua cantik bagai nak gila. Aku dah berangan-angan dah konon2 tu bibir aku. Kak Wanee kata warna iconic dengan obsess takde. Ok takpa, yang tak ada tu jangan lah nak di sedihkan, yang lain tu ambik semua, hahahaha!

Sekali 14 terus aku beli, dengan seketul lipstick NYX yang kat Sephora tak ada stock tu. Barulah tenang hati aku ni. Kalau tak meroyan je. Tapi lipstick ni next week baru di pos. Jadi sementara tu, aku mestilah tebalkan keimanan aku tahap yang paling tinggi sekali khas untuk lipstick.
 
Lepas beli terus aku meng-war-war kan kat adik bradik.






Lepas tu Jemah kata kami ni orang gila. Hahahaha! Nampak cam gila kan, tapi aku satu barang mekap tu tahan bertahun-tahun. Lipstick ni aku rasa mau 20 tahun aku tak beli dah. Pakai lah sampai lebam.

Uolls, yang berkenan lipstick yang macam aku suka ni, silakanlah beli kat Wanee tu, nombor tepon ada dalam gambar. Tapi rasanya dia buat pre-order. Korang order dulu siap-siap. Nak tunggu kat Sephora entah la berjaman-jaman.

Sekarang ni tengah fasa bersabar, seminggu bagaikan setahun rasanya. Lempang diri sendiri. Nanti dah dapat gincunya i gebang lagi. Kalau tak gebang sini, opkos lah i gebang kat instagram and facebook. Harap Qery sabar je la tengok bibir i bertukar-tukar warna setiap hari. Tapi kalau tak sabar pun apalah salahnya. kahkahkah!

Ok cukup tu jangan sengih2. Bye

No comments: