Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Oct 20, 2015

Macam-macam Hal....

Selalunya nak hujung-hujung tahun ni musim hujan, yela kan walaupun Malaysia takde salji tapi tak ada la teruk sangat cuacanya. Ya Allah jerebu pun bukan main la, datang pergi datang pergi. Main-main pulak dia ingat kelako? Tapi kali ni memang macam teruk sangatlah kan. Walaupun duduk dalam kereta, tetap rasa sesak nafas and sakit mata. 

Macam mana lah korang yang hari-hari pegi kerja naik motor, kerja kat luar. Even duduk dalam bangunan sekalipun rasa tak sihat je udara tu. Kesian kat budak-budak, yang nak gi sekolah tu. Memang terdedah jerebu sangat-sangat. Nasib baik la sekolah cuti. Lagi kesian kat Indonesia sana yang Index cecah 2000, aduhai kita 200 pun rasa sesak napas dah.

Nak marah tapi siapalah kita ni kan. Suara kita bak cengkerik je krikkk krikkk krikkkk, hahaha! Kita jaga je la diri baik-baik. Semalam ayah mertua aku naik motor kejap je, balik tu muka gatal-gatal sebab kena jerebu. Hoih, tu tak pakai bb cream lettew. Kah!!

Pastu itu dah la satu hal kan, lagi satu hal kes tol naik pulak. Ayoyoyo amma appa, yenadei. Memanglah tol naik aku tak rasa sangat pun sebab aku duduk rumah je. Qery pegi kerja pun tak lalu tol. Tapi kesianlah kat orang-orang yang kerjanya pergi balik lalu tol. 

Dah la minyak pun dah rasa terbeban, dengan duit tol pulak, dengan stress jalan banyak tutup sana sini, dah tak pasal-pasal jem lagi, dengan gst pun kena bayar, ada pulak tu yang tak dapat BRIM. Kat jalan raya stress, kat tempat keja stress, nak hidup pun stress. Huhu! Banyak-banyak sabarlah korang, doa banyak-banyak. Doa rakyat teraniaya ni memang makbul.

Jujur lah kan, aku sendiri tak tau korang manage duit macam mana, hihi! Semoga korang punya rezeki melimpah ruah la hendak-Nya. Sebab tu lah aku selalu sangat mintak korang berniaga. Tak kisahla apa pun, nasi lemak ke, online ke, sekurang-kurangnya ada side income yang boleh tolong korang masa sesak-sesak. 

Mungkinlah sekarang ni korang rasa eh ok je lah. Boleh hidup. Gaji RM1200 tinggal kat kota metropolitan ni memang cukup dah. Eh jangan yakin sangat. Kita tak tau apa nasib kita esok. Sekarang tengah muda, ada kudrat, ada daya, ada tenaga, ada idea, ada masa. Cuba tingkatkan taraf hidup sendiri. Bukan untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri jugak. Kan.

Ekceli aku malas nak komplen itu ini, tak puas hati ke apa sebab benda tu tak ada siapa pun yang nak dengar. Cerita sejuta kali tak puas hati pun macam angin lalu je. Huhu! Walaupun hati tu meronta-ronta kebengangan, tapi aku sedar diri memang aku tak boleh buat apa-apa. Yang aku boleh buat cuma bantu diri sendiri and bagi korang seamngat je. Yang boleh ubah kita memang kita sendiri je.

gmbr dari google
 
Pagi sampai petang aku keluar, macam ginilah cuacanya. Tapi cek IPU tengok baru 100+, nampak nau nipunya. Nak tipu buat apa, buat dosa je uolls, hahaha! Harini tak ada rezeki hujan pulak tu, since semalam kot tak hujan, tu yang jerebu kat situuuuuu jugak. Moga-moga hujan lah dapat kurangkan sikit jerebu.

Oklah, penat menjoyah. Bye

1 comment:

Afidah Azmi said...

kalau ikut ipu Singapre ..agaknya dah melebihi 200..sebab dah kuning..
Semoga kita yang ambil iktibar ini semua sebagai last warning daripada Allah SWT...