Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Oct 29, 2015

NEELOFA KE FASHA SANDHA?

Semalam, Qery kata nak ajak gi IOI City Mall, nak mencari kasut untuk konvo nanti. Eii perihal kasut dia ni kan, memang payah betul lah. Kelmarin kitorang jalan-jalan kat The Mines, punyalah banyak kedai kasut, semua taknak. Alamanda pun tak jumpa kasutnya.

Singgah Jusco pulak, pun tak suka. Laki aku ni kan, memang cenggitulah perangai dia. Kalau nak cari baju atau barang dia, mau 5 shopping mall. Susah sangat. Aku cakap kat dia, kasut lelaki camtu lah rupa dia. Mana ada design beriya sangat pun. Lagi-lagi kasut casual. Katanya nak cari warna blue black. Bukan aku tak tau dia tu, taknak sama dengan orang lain, hoih!

So semalam mencari lah sampai ke IOI City Mall tu, itupun nasib baiklah ada yang cantik. Kali ni pegi sana tak bawak Izz Qaiser, so jalan pun pegang2 tangan. Lama dah tak jalan anje anje, hahaha! Ada yang pandang-pandang je kitorang, mesti dalam hati tu Ya Allah maksiat dia mana-mana. Kah! Eceh saja lah aku nak cakap gitu konon bajet nampak muda lagi, Puii! =P

Dah jumpa kasut Qery nak tu, kitorang tak beli lagi. Sebab dalam kedai tu sales girl tengah melayan customer. So takpe kita lek lek gi makan dulu. Tengah nak pilih-pilih kedai makan, nampak pulak kedai jual baju baby. Ala yang cam kiosk je tengah2 jalan tu. So gi la tempah baju untuk budak bertuah. Letak nama dia kat baju, letak gambar-gambar kesukaan dia. 


Dah beli, terus gi makan. Aku ni tak tau la simptom tak sedar diri dah datang. Aku sibuk selfie try senyum cmni camtu. Nak dapat jelita katanya, hahaha! Pelayan tempat tu sampai offer nak ambikkan gambar aku, sebab mungkin dia tengok aku cam susah je nak snap gambar sendiri. Tersenget belah sana sini, hahaha! Iyalah, dalam kedai makan tu malap lampunya. Aku mencari faktor cahaya supaya muka nampak berseri-seri, haha! Tu yang beralih-alih aku duduk. 


Qery dah malu. Dia kata Ya Allah malunya Bie, hahahaha! Lantak sana. Aku cakap lah, apa nak malu. Biasalah tu orang perempuan nak selfie. Pftttt.

Padahal sebelum ni aku lah yang paling segan nak selfie. Qery nak snap kan gambar pun aku marah sebab malu nak senyum bila orang pandang. Tapi kenapalah begini perangainya, takpa lah manusia kan memang berubah-ubah, huhu! Siap lepas makan i bukak handbag, bukak bag mekap and topup lisptick sambil bunyi cengkerik krik krik krikkkkk... hahaha!

Habis makan beli roti pulak untuk bagi FIL, yelah Izz Qaiser tinggal sana, so balik nak ambik dia boleh la bagi roti. Pastu masuk kedai kasut tadi. Pilih size, nasib baikla ada size. Aku batu api suruh Qery beli dua pasang, sebab aku malas dah nak ikut dia cari kasut. Hahaha! Belilah dua terus. Lagipun memang cantik-cantik kasut kat situ. itupun bila dah bayar, sekali nampak ada yang lagi cantik. Urut dada betul.


Pastu pi mencari hadiah mak mertua. Minggu ni nak sambut harijadi dia. Pening kepala nak fikir beli apa. Aku tak boleh cerita kat sini, sebab bapak mertua aku pun baca blog. Nanti habis lah pecah rahsia aku pegi kedai mana kan, kahkahkah!

Haih, masa arwah abah aku ada. Abah pun baca blog aku. Kalau lama aku tak cerita pasal abah kat blog, siap tanya lagi kenapa lama tak update pasal dia. Eiiii sibuk betul. Hahaha! Paling tak tahan, buat lawak kat rumah, pastu paksa aku cerita lawak dia tu kat blog. Malas nak layan. huhu! Kali ni bapak mertua pulak baca. Balik rumah makan tengah hari, nanti cerita kat mak mertua aku harini aku cerita apa, hahaha!

Semalam lagi tak boleh bla. Aku balik rumah mertua ambik Qaiser, Qery gi bukak blog aku cerita yang ambil hati mak mertua tu, dia suruh mak dia baca. Viadap sangat kan, hahaha! Termalu-malu aku kat situ.

Ok berbalik cerita tadi, masa beli hadiah mak mertua. Aku cakap lah nak keluarkan duit. So Qery tunggu dalam kedai, aku pi mesin ATM jap. Punyalah ramai orang beratur. Masa jalan nak ke kedai tu, aku nampak Qery tengah tunggu aku kat luar kedai. Agaknya dia tunggu lama nau bini aku ni keluarkan duit.

Q : Dari jauh, kita tengok Neelofa ke ni? Sampai-sampai dekat, Ya Allah isteri Bie! Cantiknya!
S : *Libas tudung*  Eii malas nak layan.

Hahaha! Melampau sangatlah kan... 

S : Haah la Neelofa hidung kemek.
Q : Iya, Neelofa hidung kemek terkena buatan orang.

Gelak dalam hati. Sabo je la ngan laki aku ni.

Q : Itu perut tak nampak lagi. Kalau dah nampak perut, nampak cam Fasha Sandha pulak.
S : *jeling, tapi dalam hati ada sinyum, hahaha*

Qery tu memang cenggitulah perangai dia. Suka ngusik yang entah pape je. Yang tak masuk akal pulak tu. Huhu!

Kbye

4 comments:

nini said...

So suweeetttt.....hahaha

Rizziela said...

comelnya

Aslyna A said...

nasib baik tak suruh baca kuat2 isi blog tu..hahaha

sya mimie said...

Seronok tgk life awk ni.. Happy je bila bca kisah awk..