SUSU BADAN BANYAK CARA TRADISIONAL

 Ingatkan malas la aku nak update harini, yela kata pun hari Jumaat. Semua mood swing je harini, fikir nak balik, asik tengok jam je. Malas la aku nak kacau mood korang tu. Huhu!

Tapi bila dikenang kembali, eh i kan blogger  amboi, takkan la tak update. Jangan lah keji sangat perangai tu, hahaha! Padahal selama ni setahun sekali baru update. Maaflah korang, harini baru sedar diri.

Membizi balas pm kat facebook. Pasal pencarian blogger. Ramai yang cam segan sebab blog tak ramai pembaca. Uolls, target aku bukan nak blogger blogger gah pun, asalkan korang update seminggu sekali, 2 minggu sekali pun dah boleh proceed dah. 

Setakat ni Qery bagi kuota kat aku untuk 20 blogger. Tengok-tengok macam dah nak habis dah kuota. Takpelah mana-mana blogger yang terlambat tu, next time kita update, cecepat hantar resume tau. Ecewah, lempang satu kali, poyo kan nak resume bagai. Haha!

So harini, aku nak share petua nenek moyang sejak jaman berjaman macam mana cara mak aku banyakkan susu. Dulu aku memang fully breastfeed sampai 2 tahun. Mak cakap aku sorang je yang susah sikit, taknak botol, minum susu tepung lepas tu muntah. Memang sampai sekarang pun aku tak suka susu, haha! Dulu masa kecik air kotak pun aku tak boleh minum. Semua muntah. Mengada sangat.

Then mak aku nak tak nak memang kena susukan aku sampai 2 tahun. 

Antara yang mak aku amalkan kalau susu dah nak habis.

 Rebus jantung pisang.

Mak kata memang dalam banyak-banyak makanan yang dia cuba, jantung pisang paling WIN sekali, kebetulan senang nak dapat sebab mak aku kan menanam pisang. So ambik je kat pokok. Aku dah cuba, memang berhasil.

2. Pucuk betik. 

Yang ni 2d WIN la. Aku memang suka ulam. Sayur memang no 1 di hati, haha! Pucuk betik ni nak rebus boleh, taknak rebus pun boleh. Kalau korang boleh tahan pahit dia lah. Selalunya kalau makan dengan sambal belacan memang nikmat gila.

3. Lobak putih.

Lobak merah aku tak sure sangat, tapi yang putih ni la selalu orang buat sup. Makan lah. Sedap tau. Benda-benda ni senang je nak dapat, pegi pasaraya mesti ada.

4. Sayur sawi.

Aku memang suka sangat sawi. Orang kata sayur parkchoy kan. Suka lah tak kisah masak apa pun. Asalkan sawi.

5. Kurma.

 Ha ni mmemang makanan sunnah, lagi bagus kalau amal hari-hari.

6. Tempe

Bagi sesapa yang suka tempe, silakan. Haha! Aku tak pandai sangat makan kalau yang tebal2 tu, kalau rangup2 pastu masak yang ada ikan bilis n pedas2 tu sedapnya. Boleh makan. 

7. Air barli.

Selain dari buat korang kurus, haha! Boleh la minum air barli lepas ni.


Itujela. Tapi yang kat atas ni, yang memang mujarab kat aku adalah jantung pisang and pucuk betik. Yang makan sekali memang terus nampak perubahan.

Silakan mak mak yang dah rasa susu sendu-sendu tu, balik ni gi pasaraya beli jantung pisang. Pucuk betik gi lah mintak jiran kot ada tanam, haha! Kbye

Comments

IamAin said…
tips menarik

selain tu air longan + kurma cina.. rebus then minum air tu
nk sedap tambah gula merah

itupon tau dr fb BFmembers
mila said…
masa ank 1st dulu penah try lobak putih n sawi je..yg lain xpnh dgr pn..hehe..
Aneez Jaafar said…
mmg agak sendu dah susu badan ni.. stok pun xde. semoga Allah permudahkan lah..
eima said…
klu lobak putih tu mmg menjadi ngan aku dulu ....
Suri said…
Sy mmg minum minyak habbatussauda je dlm pntg ni.sayut tu ada la makan jugak.