Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Oct 22, 2015

BEG MAKE UP ZAMAN 2015

Ha, semalam belek-belek entry lama sebab nak tunjuk kat Ceera and Jemah eye shadow yang aku nak beli tu, tapi bila tengok rupanya tak ada jenama, hahaha! Tak sure la tak ada jenama ke atau jenama tu dah terpadam. Yela bertahun pulak aku pakai, opkos lah dah terhakis segalanya.

Pastu tengok barang make up tahun 2012 OMG banyak sampah sarap rupanya dalam tu, hahaha! Bukan pakai pun, last-last buang gitu je. Not good not good. 

Ni entry zaman 2012 kalau sapa-sapa nak tengok bag mekap aku tu. KLIK SINI  

So since i bersemangat ni, meh la aku tunjuk kat korang beg mekap ku yang terkini. Hihi!

 Bag ni aku dapat free masa beli barang kat Watsons. Memula buat letak duit syiling. Tapi sebab tetiba lah nak mekap bagai, pastu bag tak ada, so kita pakai bag ni je untuk mekap. Pun best jugak, besar tak besar sangat, pun tak kecik sangat.

Inilah barang-barang yang aku bawak ke sana sini.

1. Cleanser, senang nak cuci muka buang mekap.

2. Serum, selalu lepas cuci muka memang aku tepek serum terus. (ini kalau kat luar la, sebab dah petang-petang cuci muka takyah dah pakai satu set skincare)

3. BB cream Natural and Brown, wajib ada ni. Dah setahun pakai sebab tu uolls tengok kulit i cam floles bersinar-sinar je, haha!

4. Lip tint. Ni kalau nak mekap light-light la. Kalau malam2 Qery ajak makan mamak, ajak teman dia gi mana-mana boleh la sapu lip tint. Nampak natural je.

5. Maskara. Ceera kata Maybeline punya best. So kita pakai yang ni.

6. Eye Brow, disebabkan aku xde kening yg lebat macam korang, lagi2 kalau pregnant memang gugur bulu kening aku. So pakai la bagi nampak sikit aku ni sebenarnya spesis manusia biasa macam korang jugak, kekekeke!

7. Eye Liner, jarang pakai, kalau Qery teringin nak tengok je baru pakai.

8. Eye Shadow, senang beli yang stick macam ni. Kelopak mata aku pun 2mm je lebar dia, xyah la feeling sangat. So beli yang sekali sapu terus penuh kelopak mata. Haha! Sebab tu aku tak suka pakai eye liner, kelopak mata dah la 2mm je, 1mm pakai untuk eye liner, nanti dah tinggal 1mm je untuk shadow. Berebut2 semua nak kat situ jugak. Dah la pakai eye liner tu susah, lagi nak kena pakai nipis je. Haih!

9. Pengepit bulu mata. Walaupun bulu mata aku 1cm je, tetap nak bajet melentik jugak. Kalau nak tengok lentik ke tak bulu mata aku, memang jenis kena zoom. Qery pun kena tengok dekat-dekat baru nampak, haha!

Eh mana entah gincu aku tu, haih. Mesti tadi Qaiser main. Jap lagi aku selongkar bawah sofa. 

10. Lipstick Sephora, ni pakai kalau dari pagi atau petang keluar. Merah menyala. Kalau cium orang orang melekat warna dia. Qaiser selalu kena. Tetiba lebam je nampak mata dia, padahal mak dia cium, haha!

Disebalik tabir. 

Ada assistant ni, memang makin banyak kerjanya.

So uolls, belilah bb cream Seqy beauty kita tu. Eh? Hahaha!

2 comments:

Nazima said...

Salam sepet..kalau saya nak order bb cream area sentul atau klcc boleh cod tak? Agen mana yg boleh saya contact?

Ms.Su said...

boleh call saya 0192658380.saya agen.sorry sepet saya balas