Oct 8, 2015

Sehari Sebelum Raya Haji 2015

Raya Haji Khamis kan, so ini cerita hari Rabu lah.

Memang satu hari yang memenatkan. Haha! Dari pagi tu aku dah keluar pegi kilang. Nak ambil stok, lepas tu nak bincang untuk bla bla bla bla tak boleh cerita kat korang lagi. Masa berbincang tu aku kejap kejap tengok jam. Eh lama pulak Qery dengan owner kilang ni menyembang. Sembang pasal bisnes je dah la. Ni masuk sekali sembang nak lepak sama lah, nak gi China sama-sama lah. Hish, aku dah janji nak masak lontong kat rumah mak mertua ni. Kejap lagi dah habis bincang, kena pegi kilang botol pulak. Adui pening kepala. Aku dah tersengih-sengih macam kerang busuk sebab tak tau nak nyampuk apa, haha!

Last-last aku bersuara jugak, eh dah la yang dah pukul 1, nak masak lagi nanti. Tapi i bisik manja je kat telinga Qery dengan harapan dia benti celoteh. Sekali dia tengok jam je then sambung borak, lols. Tapi nasib baik kejap je sambungnya. Then mintak diri kita berdesup ke kilang botol pulak. Aku dah warning dalam kereta, nanti jangan borak lelama dengan ****, nanti nak pegi Tesco beli barang nak masak lontong, pastu nak kena balik rumah dulu susun stok, then kena pegi rumah mertua masak pulak. 

Aku bukan apa, mak mertua aku jenis masak awal. Tengah hari semua setel. Aku tak kisah masak lambat, tapi kesian lah nanti mak mertua aku risau lambatnya nak masak ke apa kan. Yelah orang tua-tua tak elok buat dorang risau. Macam mak aku, pun jenis lepas subuh dah potong bawang semua, anak-anak sampai tengah hari pun dah bising dia, dia rasa macam tak boleh siap masak, pastu macam anak tak ambil berat nak masak ke apa kan. Taknak la camtu. tu yang aku gelisah je. Huhu!

Pulak tu masa nak balik jalan bukan main jem. Stress betul. Sampai tesco dah pukul 2 lebih. ke pukul 3 aku pun tak ingat. Ofkos kena makan dulu, aku dengan Qery dah lapar gila. Then kelam kabut cari barang, tapi tak banyaklah. Alah barang masak lontong bukannya banyak mana pun. Tak sempat beli Selasa, sebab Ahad sampai Selasa tu aku dengan family in law berjalan ke Perak. Selasa malam baru sampai rumah, itupun kelam kabut nak kemas barang, nak basuh baju, nak kemas sana sini dengan penat lagi. Tu yang kelam kabut jadinya. Hihi!

Dah beli barang, balik rumah, Qery susun stok, aku pulak bukak peti ais mengemas kejap. Setel semua berdesup pegi rumah mertua. Sampai sana pukul 3.30 kot. Izz Qaiser tengah tidur, so aku ajak Qery pegi dapur. Mintak dia tolong sikit-sikit. Tapi ko paham-paham lah lelaki ni, lagi-lagi laki aku. Mana lah pernah duduk dapur tolong masak. Aku mintak kupaskan kulit telur burung puyuh, habis jahanam telur tu, sudahnya aku buat semua. Haha! Memang tak kelakar, saja gelak sedapkan hati mengenangkan laki sendiri. (-_-)

Alim sangat kan iolls, masak pun pakai tudung, hahaha! Padahal takde sapa pun kat rumah, ada pun mak n pak mertua je. Tapi sebab punyalah tak sempat tu, memang tak sempat nak bukak tudung dah. Terus meluru ke dapur bagaikan menantu pilihan, haha! Padahal aku tak menolong langsung selama ni. Saja lah konon nak masak lontong.

Ekceli aku seumur hidup walaupun kat rumah mak sendiri, tak pernah pun masak lontong. Sebab kami ada jiran tersayang yang setiap kali raya akan masak lontong paling sedap kat dunia. Walaupun pagi-pagi raya tu dah kenyang melampau, tapi kalau singgah rumah CikMah, mesti bertambah-tambah lontong. Sedap gila tak tau lah kenapa. Haha!

Aku masak lontong bila kat rumah mertua je, sebab mak mertua aku suruh masak, kahkah! Aku kan menurut perintah je. Tak tau masak aku cakap je lah tak tau, takyah nak berpura-pura sangat kan. So masa tahun lepas tu mertua ku cakap lah macam masak gulai lemak je. Tapi ofkos lah tak sama macam CikMah masak. Lontong mak mertua aku jenis yang banyak suhun tu, kuah sikit je. Kat rumah CikMah suhun tak ada, bahan-bahan lain banyak, kuah banyak then makan dengan nasi impit.

Jadi kita kena ikut cara mertua lah. Sebab dorang dah bertahun-tahun makan cenggitu, jangan sesekali diubah tradisinya, haha!

 Omel sangat lesung batu. Mak mertua aku cerita lesung batu ni adik beradik dia hadiahkan masa kawin. Dalam hati aku OMG lama gila ye, haha! Aku terkial-kial tumbuk sebab kecik cenonet. Tumbuk sikit-sikit, then masuk dalam mangkuk. Biar lambat asal selamat semua bahan tu. Kalau yang melimpah keluar tu, buat-buat tak nampak je.

 Masak ni kejap je, tapi nak menyiapkan bahan dia tu lah yang bercinta. bayangkanlah ini masak untuk family je, family Qery berapa orang je ok lah kan. Kalau masak kat rumah mak aku, family belah mak aku je pun dah dekat 40 orang. Belum masuk nak masak untuk orang datang masa takbir, and orang datang nak beraya. Dulu sebelum kawin, memang kerja aku hiris halus bawang merah, bawang putih, halia, serai, daun bawang, dan segala yang perlu di hiris.. Aku selalu ambik part hiris menghiris sebab aku punya kelajuan menghiris memang tak terbanding, ewah memuji diri sendiri, haha! Pitam adik beradik i dengar.

Cuma jangan bagi aku potong daging, itu kerja Kaklang. Sebab aku tak suka dan tak nak suka. Huhu! Kalau nak masak rendang daging je, mesti aku stress tunggu Kaklang, bila lah nak sampai ni, daging tak potong lagi. Kang naya lah kalau mak suruh aku potong pulak. Itu kerja anak-anak no 2 sampai no 4, hahaha!

 Kalau setakat nak hiris bahan-bahan ni takda masalah lah. Sap sap soi je.

 
 Kali ni, aku tambah telur burung puyuh dengan udang dalam lontong, sebelum ni mertua aku takde letak. Aku saja je lah letak, meriah sikit nak makan. Memula tu ingat nak beli petai, tapi petai ni pun kena pandai pilih, takmo lah petai yang bau dia kuat sangat tu, kang tak tau la rasa apa lontong tu. Tengok kat Tesco ada petai dalam peket je, terus tak jadi beli.

 Dah masak-masak, aku letak garam memang tak banyak, sebab lately ni tekak aku rasa masin gila. Semua makanan aku rasa cam pekat. Contohnya kari lah, orang lain rasa sedap, tapi aku rasa cam eiii pekat gila macam hangit, gitu. So disebabkan mertua aku puasa. So aku bagitau siap-siap kot tak masin tu tolong tambahkan garam, sebab masa aku rasa tu tekak aku rasa ok. Rupanya masa mertua berbuka, dorang kata memang kena tambah garam, hahaha!

 Rendang mak mertua memang dah siap-siap masak.

Habis je masak rumah mertua, pukul berapa entah. Balik rumah mandi, rehat kejap. Lepas maghrib dalam pukul 8 camtu terus ke rumah mak kat Cheras. Ada takbir, aku bukan apa, tradisi takbir ni bukan senang dah nak dapat. So aku nak anak-anak aku tau, macam ni lah takbir. Suasana takbir. Pegi dari rumah ke rumah. Baca takbir, baca doa, makan.

 Budak-budak sekarang ni kebanyakkannya tak tau apa tu takbir. Kalau tau pun, sekadar cerita dari mulut mak bapak atau atuk nenek dia. Tak ada pun merasa ke apa.

So Izz Qaiser, bersyukurlah Opah awak masih nak buat takbir lagi. Hihi! RKalau raya haji, rumah aku rumah pertama orang datang takbir, then ada berpuluh lagi buah rumah lain lepas tu.

Lepas habis je takbir, aku ke ruang tamu lah. Sekali aku tengok laki aku sorang je yang tengah syok main handfon sambil Izz Qaiser jalan ke sana sini. Ipar-ipar aku yang lain join takbir. Eh terus aku membebel kenapa tak pegi takbir. Qery cakap lah nanti balik lambat tak tau pukul berapa. Eiii tengok tu, banyak beno alasan. Huhu! Aku cakap lah, sekurang-kurangnya pegi lah rumah kat lorong ni je. Lorong ni berapa ketul je. 2 3 rumah je kot. Aku konon la poyo nak Izz merasa dari kecik takbir semua, sekali bapak eh lepak je, hahaha! Bertuah betul. Urut dada. Tahun depan raya haji kalau tak pegi jugak takbir, harus aku tazkirah lebih panjang. Sebab kompom2 raya puasa dia tak dapat join sebab beli baju raya dengan mertua kat masjid india.

Pukul 11 macam tu, aku bagitau nak berambus dah. Krik Krik Krik je lantok sana, haha! Aku lah datang paling lambat, aku lah balik paling awal. Perangai tu memang jenis bertuah sangat. 

Selesai lah cerita sehari sebelum raya haji. Nanti kita cerita alkisah raya haji pulak ye. 

***************************************************

p/s : Lupa nak bagitau Seqy beauty dah keluarkan bag exclusive tau. So uolls yang nak dapatkan FREE boleh buat pembelian RM150(sling bag) ke atas, atau RM300(toiletries bag) ke atas.



Kalau nak beli pun boleh.

Sling bag RM10
Toiletries bag RM25
tidak termasuk pos =)
01121076726

No comments: