Oct 19, 2015

Mengandung Anak ke-2

Krik Krik Krik, haha! Malunya nak buat entry ni, cerita pasal ngandong-ngandong pulak. Uolls, meh la sok sek sok sek sikit. Dah kata pun blogger sendu, opkos i nak share kat sini kisah-kisah teng teng teng, hahaha! Takde lah. 

Okaylah, ekceli kan. Aku memang nak anak lagi lepas lahirkan Izz Qaiser. Kiranya tak adalah nak rancang ke apa. Ada rezeki kita terima dengan hati terbuka. Ha gitu. Qery pulak memang suka sangat budak-budak. Dia lagi lah, setiap kali cik P datang lambat sikit cecepat suruh beli test, haha!

Aku pulak, kalau boleh lepas habis pantang terus nak ada baby lagi, gelojoh sangat kan, kahkah! Tak serik, bukan apa, waktu umur muda macam ni lah nak beranak pun. Orang sekarang ni bukan kawin umur 21, kita jenis kawin 25 ke atas. Jadi kenalah pulun sikit. Kena paham risiko beranak lewat bla bla bla. Pulak tu aku taknak la nanti anak kecik lagi, tapi umur dah syahdu-syahdu ke apa kan. 

Macam aku, mak lahirkan aku umur 37, masa tu umur abah dah 46. Aku tingkatan 1 emak aku dah 50 tahun, bapak aku dah 59 tahun. Kesian dorang, dah tua-tua pun still ada tanggungjawab besar nak sekolahkan aku semua. Sobs. Ada orang suka plan, ada orang tunggu bertahun-tahun nak dapat anak, ada orang baru kawin nak enjoy dulu. Tak kisah la ikut korang, mana yang senang, ye tak. Ada rezeki kita terima, tak ada rezeki kita doa banyak-banyak. 

Mula-mula dapat tahu pregnant, Ya Allah, rasa nak nangis. Qery macam biasa lah malam tak boleh tidur, hihi! Asik senyum je, usik-usik Izz Qaiser. Izz Qaiser pulak ya ampun, dia punya melekat tu toksah cita lah, nak ikut je pegi mana-mana. Pegi dapur pun nak pegang tangan sama-sama. Aku lepaskan kejap je nak basuh pinggan ke, nak sidai baju ke, dia punya menangis macam kena pukul.

Masa umur dia dah 9 10 bulan camtu perangai dia dah bagus dah, boleh tinggal kejap kat depan, aku boleh la lari-lari gi dapur kan. Lepas je 10 bulan, mengempeng 24jam. Memula tu aku pelik jugak lah, dah kenapa budak ni. Lepas tau pregnant tu, ok lah terima je la perangai dia macam tu sambil kesat air mata, huhu!

Kali ni pregant, tak seteruk masa Izz Qaiser. Masa Izz Qaiser dulu rasa nak nangis. Setiap hari muntah bukan sekali dua. Lepas tu dah terbaring je, makan pun susah itu tak kena tekak ini tak kena tekak. bau itu tak boleh, masuk bilik air rasa nak muntah. Suffer gila lah, haha! Sekarang ni muntah jugak, loya jugak, tapi kalau dulu 100% punya loya and muntah, this time baru 50% camtu je, manja-manja je.

Setakat macam ni boleh la kalau nak tahan-tahan, boleh lagi la aku buat kerja rumah. Dulu masa Izz Qaiser, Qery masak air sendiri, sidaikan baju, lipatkan baju, bersihkan rumah. Sekarang tidak ye, semua aku buat sendiri. Cuma ada masa tu memang rasa letih melampau-lampau. Pening rasa nak baring je. Tapi boleh di kawal la. Alhamdulillah kan.

Dah masuk second trimester baru hegeh-hegeh nak jumpa doktor, hahaha! Ok lagi lah kan. Masa Izz Qaiser, dah masuk 4 bulan baru aku jumpa doktor, tersengih-sengih sebab tau dah lambat, hahaha! First time jumpa doktor terus tau anak laki, kau bayangkan, hahaha!

Kali ni cek still tak tau lagi gender, tapi doktor kata dah besar jugak and tengok anggota semua nampak ok. Bukan apa uolls, masa ni lah doktor nak tau bayi kita ok ke tak, sihat ke tak, gitu. So jangan la cek lambat-lambat macam aku ye. krik krik krikkk...

 Nampakkan badan dia tu, hihi. Omey sangat. 

Simptom aku kali ni sangatlah poyo. Tetibalah nak melawa-lawa pulak. Nak pegi beli barang kat Tesco pun nak mekap. Eh jangan cakap, asal keluar rumah mesti mekap. Tetiba rasa nak beli barang mekap bebanyak. Listick baru seketul je, kena beli 10 ni, hahahaha!

Semalam tunjuk kat Qery lipstick cantik-cantik. Dia cakap ok boleh belikan. Eh seronok lah hati kita tu. Sayang sangatlah kat Qery rasanya, hahaha!

 Wajib lah kan tepek BB Cream Seqy Beauty. Memang taknak yang lain dah. Kalau pakai BB Cream lain memang berminyak muka aku. No no no!

 Pemerah pipi takdok. nanti nak beli.

 Pegi sephora ioi city, sunway, semua lipstick NYX habis. Geram betul rasa. 

Nak beli online tapi kena tunggu stok sampai, huhu! Bertabahlah dulu.

Orang cakap kat aku, eh ni mesti baby girl ni asik nak melawa je.

Aku tak kisah pun, dapat baby girl pun best, dapat baby boy pun best. Dapat baby girl kita beli baju baru, dapat baby boy pun beli baju baru. Apa kisahkan, hahaha!

TQ korang yang wish, doakan baby kita ni sihat sampai bila-bila tau.

17 comments:

Chekgu Azrine said...

Tahniah sepet...
Suka dgr kalau org preggy

IamAin said...

wahhh congratssss...

Anonymous said...

Ya Allah..tahniah Sepet...dah nak masuk baby no 2...kita ni still tak hado lagi..

Aslyna A said...

congrats..rindu feeling pregnant..
suka sgt mkn milo coklat aiskrim la..
pastu kena minum air gula..hambik kau..haha

Unknown said...

Tahniah Sepet dapat new bundle of joy..tumpang happy..next baby confirmcute macam abang dia (^-^). Nak tumpang tanya pasal breastfeeding, Qaiser still menyusu badan lagi ke? husband pon teringin nak tambah baby..tapi saya takut susu badan susut since baby 1st baru masuk 10 bulan. Plus doktor lagi galakkan breastfeed sebab lahir-lahir doktor detect baby saya ada problem. So nak tanya experience mommy yang breastfeed macam sepet dulu.

miss eimanhikmah said...

tahniah dah nandong2 lg...=)

Izyan Balqis said...

wah...tahniah!! xlama lagi qaiser dah jadi abang2 dah..hehe

Fai Nardir said...

tahniah sepet..fai sukaaa baca kisah pasal pregnant ni. hihi.. betul ka tu agaknya, kali ni gugurl pulak sebab asyik nak melawa je...

fai pun tgh pregnant yg second jugak, tapi baru 15 weeks (>___<)

Amyz! said...

Tahniah awak. Semoga sihat, baik-baik mommy & baby. Izz pun baik-baik juga dapat adik nanti. Tak gaduh2 dgn adik. Hahaha.

Jaga diri baik2 ok.

Syamimi Saad said...

Tahniah.. Seronok izz qaiser nk dpt kwan..:)

salwana nordin @ che'wa said...

TAHNIAH..harap2 dpt bb girl :)

berapa bulan dah ni?

nini said...

Wahhhh tahniahhh

kedinkyst said...

Tahniah sepet. Sama ler kita.. tp i da nk meletops da ni. Tggu mase nak kuar no 2.. no 1 mmg over ngade. Tp ape bleh buat anak sendiri bkn ank org.. layankan ajela. Hihi

Suri said...

Awk,kite baru pls deliver.dh 23 hari.bby lahir sehari lps bezday ayah dia.kiranya hafiah bezday utk suami la ni hihi.klai ni bby boy.yg 1st girl.tp tu la.ank kite yg 1st tu dia start cranky tantrum masa 2 minggu lg nk bsalin.ya ampunnnnnnn...pesen jerit2 tu yg x tahan tu.nk pekak dh rasa telinga ni.3w sebelum bsalin kite dok dgn mil.sbb dh sarat sgt.ank kite dia tau opah dia manjakn dia mula la mcm2 dia buat pgai.semua nk ikut opah,nk mndi dgn opah,mkn dgn opah,tukar pampers dgn opah.semuanya opah.dgn ibu lgsg dia xpndang dh.terasa sgt.sedih sgt2.yg mil layankn je dia.dia nk apa semua mil bg.kite x suka mcm tu sbb takut dia terbiasa.smpai skrg dia mcm tu.harapnya nt balik runah sendiri dia berubah mcm dulu balik.tp dgn adik dia syg sgt2.dgn ibu n ayah dia je dia x berapa nk.kdg tgh malam mengigau nk opah.aduiii dugaan betul.sabar jela bnyk2

y i e n said...

Kes sepet sama sgt dgn kita.. Kite bersalin anak no.2 mase anak 1st umor setahun 7.. pregnant no.1 kemain teruk alah, no.2 manja2 gituwww.. Pastu masa pregnant no.2, kite sukeeeee sgt alat2 mekap n siap rajin nau tgk tutorial mekap kat youtube, naseb yg keluarnya gegirl, haha.. ! Dah sepasang dah anak kite :) ... Nnt jgn lupe hashtag #MySetahunSorangKids

Unknown said...

Tahniah!!! Wahh seronok lah Qaiser nk dpt adik baby! ^_^

Unknown said...

Alhamdulillah..tahniah Sepet dan Qery...semoga baby sihat2 selalu. Jg pemakanan,lebihkn mkn buah2an ya..seronok Qaiser nkndpt adik baby... ^_^