Jom Share Kisah Sedekah Korang Pulak =)

Assalamualaikum uolls, hihi! Pagi-pagi Jumaat ni memang rasa seronok je kan. Sebab esok cuti sampai lah Isnin. Siapa yang bersambung-sambung cutinya tu aku ucapkan HUNTONGLAH....hahahaha! Nada mencemburui sangat.

Sabtu lepas aku ada up status kat facebook kot ada sesiapa yang nak share kisah kisah THE POWER OF SEDEKAH yang dorang pernah lalui. Alhamdulillah ada yang nak share cerita. So aku dah pun mintak izin dengan dorang nak share kat blog, cuma ofkoslah kebanyakkannya suruh hide kan nama. Takut persepsi orang, yelah sekarang ni hati orang lain-lain, kita tak boleh nak agak and tak boleh nak cakap yang semua orang hatinya bersih. Ofkos ada 'pendapat-pendapat' yang merasakan cerita mereka ni 'riak' ke apa. Tapi i know semua pembaca blog aku ni berhati murni. Kekeke! Ambil lah yang baik-baik je dari blog ni, yang tak baik buang jauh-jauh.

Kisah 1
 Acc = Actually. Bukan Account tau. Hihi

Kisah 2


Kisah 3


Kisah 4.


Kisah 5

 Kisah 6

Kisah 7

Kisah 8

And kat bawah ni aku copy paste balik kawan-kawan yang share pengalaman sedekah kat blog. Hihi! 



Walaupun orang kata, nak sedekah kena lah ikhlas. Mana boleh harapkan balasan. Memanglah. Betul sangat tu. Tapi kalau kita tak ikhlas nak menderma, sampai bila-bilalah kita tak akan bersedekah. Then sampai bila-bilalah kita takkan tau NIKMAT bersedekah tu.

Macam aku dulu, sedekah kat mak ayah tu memang lah kita selalu buat. bila nak sedekah kat orang yang kita tak kenal, rasa alahai beratnyaaaaaa tangan ni. Lagi-lagi aku ni paranoid jugak. Nampak orang mintak sedekah tepi jalan, pulak tu badan sihat,cukup sifat, boleh je kerja, tapi meminta-minta. Rasa macam eiiii takyah layanlah orang macam ni.

Tapi kita tak tau, mungkinlah dia tersedak. Macam yang kita pernah dengar berjuta cerita, sunddenly kena buang kerja, duit majikan tak masukkan lagi, susu anak nak beli, cari kerja dah berhari-hari tapi tak dapat, mintak pusat zakat then banyak form nak sisi, pun belum tentu diluluskan, mungkin itu last ikhtiar dorang. Mungkin dorang cuma nak mintak duit untuk makan sehari je. 

Tak miskin pun kita kalau kita nak bagi seringgit pun. Bagilah, hulurlah semampu mana. Memang dalam hati was-was, kita selalu dengar orang mintak sedekah ni ada sindiket bla bla bla, menipu sana sini then jadi kaya dengan duit sedekah tu. Yang penipu tu biarlah, itu dosa dengan dia Allah. Kita lantokkan dia kat sana. Huhu!

Sekarang ni, aku pun mula berubah jugak. Macam aku kesedaran bersedekah tu datang lambat. Sekarang ni baru terhegeh-hegeh nak sedekah la apalah kan. Hihi! Tapi tak apa lah, aku harap dengan entry aku ni, kita semua tak terlambat untuk kumpul saham akhirat nanti. 

So sesiapa yang ada cerita pasal the power of sedekah, komen and cerita lah. Insyaallah kita semua tak kan kata awak riak ke apa, kita cuma nak tau cerita best-best pasal amalan bersedekah je. TQ in advance. Muah!!

Comments

Anyli_ said…
Assalammualaikum kak sepet.. just nak share story sikit2 pasal sedekah..

Untuk saya, kadang-kadang susah nak jumpa orang susah or yg mintak sedekah tu sebab hari-hari cuma pergi kerja dan balik rumah.. So, agak susah nk sedekah hari2..
Tapi, pada saya, cara paling mudah nk sedekah ialah dengan kucing.. Beli je wet food individual packet yg kecik-kecik tu banyak2, so nanti nampak je kucing tepi jalan, panggil dan bagi makan.. lepastu paksa kucing doakan kita.. hahaha... saya suka paksa2 kucing tu.. harap2 kucing tu sudi doakan saya... Alhamdulillah, sesak mamcam mana pun, insyaAllah ada ja rezeki Allah turunkan... Tu ja nk share.. Terima kasihhh =)))
Unknown said…
nk share jgk the power of sedekah ni ��
baru ni sy ada belanja bdk office breakfast roti jala.. mmg sy niat,lps dpt gaji nk belanja bdk office..itu pn lps trbaca post akak fellina tu kt fb..dy ckp sekali sekali belanja lah kwn2.. even rezeki sy bkn mcm org lain.. tp sy brsyukur sgt2.. sbb lps sy bg kwn2 makan roti jala, ada satu perasaan bahagia sgt2..sy sorg2 kt KL, family semua jauh..bf xdk and agak sunyi lah jgk.. tp power of sedekah tu, allah je tawu.. lps mkn,bt keja sambil senyum2 sbb rs bahagia sgt.pastu bdk2 office semua ckp thanks.. seronok sgt bila kita happy kn org
ijan said…
ok.. walaupun akak sendiri rasa tak cukup makan...akak pun kena berubah untuk membuka hati menderma...walau sikit...besar atau sikit ikhlas kan..harap akak pun boleh berubah sket demi sket...
LD said…
Terima kasih sepet utk entri ni. Sedekah ilmu pn insyaAllah berkat.
Sy pernah baca someone ckp yg rezeki yg Allah bg kt kite tu sebenarnya adalah sebahagian rzeki utk org laen jgk, dlm cara disedekahkan..
Bicara Hatiku said…
Assalammualaikum sepet..saya baru je follow blog anda, suka sangat baca blog anda kerana susunan ayat yang bagus dan berminat untuk baca dan mengetahui kehidupan anda yang lepas...hingga kini masih belum habis membaca bingkisan blog anda yang lepas-lepas...

Just nak share story sikit2 pasal sedekah..

Saya pernah menganggur dalam sebulan jugak tahun lepas, duduk rumah jadi surirumah seketika. Saya kelulusan degree berpengalaman 5 tahun bekerja tetapi sedih sangat sebab susah je hendak mendapat kerja yang lebih baik setelah saya berhenti kerja disebabkan teraniaya di tempat kerja yang lama.

Sehinggakan suatu hari, saya telah membeli sedikit makanan untuk diberikan sedekah kepada anak jiran iaitu anak yatim kematian bapa. Ketika memberi makanan tersebut, saya telah berniat andai aku dapat kerja, aku nak bantu lah sedekah wang kepada anak yatim tersebut.

Alhamdulillah tengah hari esoknya saya dapat call yang saya telah berjaya interview dan diterima bekerja. Syukur sangat. Besar betul kuasa sedekah. Selepas bekerja sebulan dan memperolehi gaji, saya begitu tidak sabar untuk diberikan sedekah kepada anak yatim tersebut.

Semoga cerita saya memberi pengajaran buat semua.