Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Aug 13, 2015

Jalan-Jalan IOI City Mall.

Kelmarin jenjalan kat ioi city mall. Kononnya nak mencari baju Qery and Qaiser untuk Sabtu ni. Padahal sebenarnya itu cuma alasan semata, kalau tak cari pun tetap haku nak gi sini gak. Haha! Dah berbulan tak datang sini ok. Sejak sebelum puasa kot. Nasib baik Qery kata jom, kalau tak boleh buat bergaduh ni, hahaha! Drama sangat.

 Budak manja dengan daddy dia. Qery kalau balik rumah, memang aku tak laku dah. Mengempeng kat Qery. Tapi ikut mood dia jugak la. Kadang2 tu 10 minit je melekat, lepas tu cari aku balik sebab nak susu. Cis betul. Huhu!

 Qaiser kan dah tumbuh gigi sikit kat belah atas. Tak tau la dah berapa batang, yang nampak obviously gigi depan dia sebatang, tapi bila aku raba2 gusi cam tajam2 jugak kat tempat lain. Bila nak tengok dia tak bagi. 

So sekarang ni dia suka la buat mulut cenggitu, sebab nak main geser2 gigi. Kadang2 tu ngilu je bila dengar. Huhu!

 Memula kita mencari ATM dulu. Nak keluarkan duit suami. Eh? hahahaha!

 So Qaiser tunggu tepi sana dengan daddy ye. 

 Haritu ada orang tanya mana beli kasut Qaiser kan. Entah la aku pun tak tau. Sebab yang ni, abang aku Ateh yang belikan. Masa sehari lagi nak raya, dia wasap kat adik beradik. Dia tanya nak beli tak untuk Qaiser, dia jumpa jual tepi jalan. Eh rambang mata masa tu tengok macam-macam design. Tapi suka yang ni. 

So Ateh belikan lah sebab aku dah meroyan dalam wasap tu ter NAK NAK NAK, hahahaha! Letih layan adik over camni. Sib baik lah muat. Terus jadi kasut kesayangan, asik pakai je. Huhu!

Qaiser pun suka, bila kita nak pakaikan kasut ni je, dia dah tau dah nak jalan-jalan. So dia bagi je kaki dia.


Lepas cucuk duit, terus Qery bisik, katanya nak hadiahkan aku kasut. Uihhh terkejut tau. Kenapa tetiba ni. I tak bersedia. 

KONON... hahahaha!

Terus dia bagi aku kasut yang dia suka. Pastu aku pun terus ambik. Tapi dalam hati tak suka design tu. Pura-pura lah tanya. "Nak ney pakai kasut ni ke? Cantik ke design ni?"

Qery paham lah kalau aku dah tanya gitu, maknanya aku tak suka, hahaha! Hee tak bersyukur betul la isteri siapalah ni. Pastu buat-buat try pakai tipu tipu sikit cakap tak selesa semua, hahaha! Padahal tak suka kan. Buruk perangai.

 Pastu aku akap xyah la, mahal lah kasut. Bazir je. Ececece. Tu semua ayat manis je. Pasty Qery kata , tak ada lah. Sini harga ok je tak mahal sangat.

 Terus mulut aku, ha tu tu tuuuuuu. Kat dalam tu tengok ada yang cantik x. 

Terus tunjuk kat Qery satu but ni, cantik sangat boleh pakai dengan jubah. Dan terus mintak size dengan kakak promoter. Hiks!
 
 Ha, over sangat kan kasut iolls. Qaiser!! Kasut kita lebih kurang lah. Ada zip kat tepi. 

 Muka Qaiser pun boring je melayan mak dia yang tak sudah-sudah ni, hahahaha!

Pastu Qery ada belikan kasut mak. Pun cantik sangat, corak leopard. Eh memang cantik sangat. Aku pun suka, hahaha! Mak Qery kan nampak muda, so sesuai lah pakai kasut tu. Boleh feeling datin2. Hihihi!

Lepas beli kasut, cari nasi. Teringin nak makan masakan Korea. So ke Dubuyo lah kita.

 Memula bagi anak makan dulu. Supaya dia senang hati.

 Sudu bawak sendiri uolls, team makcik2 sangat, hahaha!

 Selalunya memang habis je Qaiser makan. Dah habis makan, makanan kami pun sampai.

 Qery kata dia punya sup seafood sedap.

 Aku punya, erm boleh la. Huhu! Mungkin sebab aku tak suka makan taugeh yang ada kacang kat kepala dia tu. Aku memang tak suka dari kecik, makan je la tapi tak suka, Taugeh biasa tu aku suka sangat. Plus kimchi dia pun pedas, and tak jeruk sangat. Kalau nak buat perbandingan dengan Bulgogi, kiranya 5/10 lah. Tapi tekak memasing kan. Qery kata dia lagi suka Dubuyo. Gitu.

 So Qaiser, meh nak lap mulut dulu.

 Basahkan tissue guna air masak sedia ada, huhu!

Pastu tonyohkan aje, hahaha!

 Pastu minum. Uih memang senang hati dia lepas tu. 

Kitorang dah makan-makan. Gi cari baju Qery and Qaiser, tapi tak ada. Sebab kitorang cari warna terang-terang. Ada la banyak, cuma design dia tu tak memenuhi selera Qery. 

Tak apa. Kita boleh jalan2 lagi. Bagus la tak jumpa. Hahaha! Nampak tak niatnya di situ. 

 Budak ni, dah tau jalan sikit-sikit, tu yang kalau dapat jalan, dia punya langkah macam tak cukup tanah. 

 Tengok tu.


Punyalah besau-besau langkahnya. Seronok betul. Lepas dah habis round2 sampai budak kecik ni dah penat. Kitorang pun balik rumah. Itu sahajalah ceritanya.

Kbye

5 comments:

intandayani said...

Elok je Qaiser dok dlm stroller tu..kalau Akiko kojap yo kang dah ngamuk nak keluar.

Mira Adzlia said...

cntik ksut qaiser :)

Jan@Afzan said...

sepet,

takpe, akak pun makcik2 sgt...mangkuk kecik, sudu, cawan kecik..semua bawak sendiri...wet tissue for hand & mouth (pigeon), hand towel kecik...

manalah hand bag mak nya tak penuh dan berat kan...siap pampers, bedak, wet tissue, sepasang baju (pagi), sepasang baju(malam), napkin ...takut kot2 terlajak jalan...hahahaha

barang mak - bbcream, cleanser, purse. Sekian.

heheh

surizan abdghani said...

Bila ank dh setahun lebih rasa sorgaaaa sbb mak x yah bwk makanan bby lg.mcm sy prefer masak sendiri makanan bby.sume bwk sndiri.bila ank dh setahun lebih dh boleh makan apa yg kita makan syoknya x terkata haha..smpai skrg sy x bwk handbag lgsg.wallet pun x bwk.ic dh kt suami sbb iols kan suri rumah duit husband duit iols jugak kuikuikui.

aRz MoHa said...

ioi mall memang besar kan... pernah sampai letih nak berjalan.

nampak set makan tu macam banyak jer