Hallu, baru dapat duduk depan pc. 2 3 hari ni Izz Qaiser buat perangai nak berkepit je. Dia tengah tengok kartun, tapi jari pegang kaki aku, hahaha! Kemain lagi tak bagi aku bangun.
Walaupun kerja banyak tak siap, tapi aku ni lebih pentingkan family. Opkos lah anak lagi penting. Itulah sebabnya aku nak jadi suri rumah pun. Nak kerja kat rumah sebab boleh jaga anak sendiri, boleh tengok dia membesar depan mata.
Memang banyak kerja tertangguh pun, tapi tak apa. Kerja ni sampai bila-bila pun tak habis. Kadang-kadang tu kesian kat Qaiser, sebab dia tak paham lagi yang kita kena kerja cari rezeki. Mula-mula dulu aku stress jugak sebab dia asik nak berkepit je, satu kerja tak siap. Tapi bila fikir-fikir balik. Dia kecik lagi, bayi pun lagi. Bukan dia yang kena paham kita, tapi kita yang kena paham dia.
Orang lain tu tunggu bertahun-tahun nak dapat anak. Kita dah dapat anak ni, abaikan pulak. The very not good. Huhu! So sebab tu lah, whatever it is, suami n anak dulu. Kerja nanti. Qaiser dah tido ni baru cecepat buat. Huhu!
So bila dah macam ni, nak bersiap nak mix and match baju pun selalu je tak sempat. Tak ada masa nak fikir baju ni nak pakai dengan seluar apa. Malas fikir then kita sarung jubah je. Hehe!
Tapi memang suka sangat dengan jubah felinna ni.
Nak selfie sorang-sorang, sekali muncul Qery kat belakang. Sibuk je nk interprem, hehe!
Pastu suka komplen aku ambik gambar gegar2. Padahal dia yang bergerak sana sini tak reti duduk diam. Ha biarkan update muka dia gerak2 ni, hihi!
Cantik kain dia, sedap pakai, labuh,suka sangat lah. Ada lgi 2 helai jubah beli kat felinna tak pakai lagi. Nanti aku pakai tunjuk korang k. Korang boleh la beli sesama.
Baju ni pun aku suka. Padahal nak gi rumah mak je. Haritu aku dengar ceramah Ustaz Kazim, dia cakap kalau ada baju cantik-cantik tu pakai. Jangan nak tunggu raya ke apa. Sebab belum tentu umur kita panjang. Pakai baju cantik-cantik ni salah satu cara kita menzahirkan syukur atas nikmat Allah. Tapi niat kena betul lah, Jangan la bermegah-megah dalam diri, konon nak kita paling cantik bila pegi mana-mana. Gitu.
So kat rumah pun pakai lah cantik-cantik. Jangan baju cantik simpan, baju lusuh je pakai. Ok noted Ustaz, Insyaallah kami semua buat kalau tak lupa. Hihihi!
Rasa nak kumpul jubah je la. Uolls tahu tak ig mana lagi yang jual jubah simple tapi kain best. Maksud kain best ni, tak melekat kat badan la. Loose je. Tapi taknak la loose sampai baju tu ringan sangat, kena tiup angin terbang sana sini. Cam ok la sedap sedap pakai. Eh banyak songeh aku ni, haha!
Klah. Byeeee
10 comments:
ok lah...badan kecik...boleh pakai saiz apa pun..Fida ni...t ambik zaiz L..ketat dekat lengan..kalau ambik xl..besar pulak...
Kak sepet cuba tengok instagram Lia Nana Boutique. Tengah sale jubah rm100. Lg 1 instagram nurulsgallery. Tu pun best. Selamat shopping, kak sepet.
kat galeri tijaani (dalam bangunan semua house, jalan tar) ada banyak jubah2 cantik dan berkualiti.. kalau ikutkan kat situ harga tetap tapi kalau kena gaya boleh je tetiba dapat diskaun banyak.. kualiti mmg tip top dan eksklusif.
cantik ... kulit sepet pun lawa.....
Lagi best kan sepet, ada kain cotton cantik2 tu hantar ke upah jahit je bg la dia contoh jubah yg kita suka, kalau orang tu pandai jait ikut jubah sebijik lagi best. so far aku pakai jubah kemana2 sebab senang nak solat kat masjid.. tudung dah labuh, stokin handsock sume pakai... senang. jubah memang best!
Salam sis sepet..selama ni jd silent reader je..sgt inspired dgn sis y mula dr bwh. Jemput laa tgk ig sy @adamlittleshop, ade jual jubah best2 hehe act sy start jual2 ni pon inspired dr sis ;) hehe bisnes kecik2
Salam sis sepet..selama ni jd silent reader je..sgt inspired dgn sis y bermula dr bwh..jemput laa tgk ig sy @adamlittleshop, ade jual jubah best2 hehe in fact, sy start jual2 ni pon inspired dr sis hihi jual kecik2 je
Nuruls galery tu budak kg sy.jubah dia sgt cntik tp masih belum berkesempatan nk beli sbb pregnant.sy mmg pakai jubah.pegi mana2 pun jubah.jubah je yg ada dlm almari tu.g beli ikn dpn rumah pun pakai jubah.dh xde dh baju kurung ke ape ke.n part paling best jubah ni flexible.boleh pakai anytime tanpa rasa bersalah.sy pregnant x beli pun baju ngandung.pakai jubah je.jimat hihihi
Sepet akk suka jubah2 dari @ruccimodish bleh jengah ig dia.
Dear saya suka jubah yg tak payah iron. Hihi..hari2 pakai jubah smp naik boring..ahaha
Post a Comment