Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jul 12, 2016

Satu Hari Sebelum Raya (Rumah KCB)

Macam tahun-tahun lepas jugak lah. Kalau korang baca blog aku sejak tahun 2008 mesti tau dah cerita takbir malam raya ni. Sama aje pun tiap-tiap tahun.

Kitorang buat takbir tak tau lah sejak tahun bila, tapi memang dari aku kecik lagi dah ada takbir dah. Abah dah tak ada pun still kami teruskan amalan takbir rumah ke rumah ni. Lagipun syok la kan adik beradik berkumpul ramai-ramai.

Yang tak syoknya kali ni tak ramai yang dapat menolong. Ceera dah balik Sabak Bernam, Jemah pulak tolong masak kat Rantau, Kakcik pun malam raya ada kat Kuala Selangor, Ayie pagi-pagi dah ke Johor. Tinggallah orang kuat Kaklang dan pembantunya Akak. Kekeke!

Nasib baik anak buah dah besar-besar, dorang lah banyak tolong. Aku sampai-sampai terus gi dapur. Konon buat-buat nak tolong. Huahuahua!

Masa aku sampai semua tengah lepak-lepak, menunggu Isya' sebeb lepas Isya' baru start takbir rumah ke rumah. Rumah aku macam biasa rumah last. Lebih kurang pukul 12malam kang baru nak ready makanan ke apa. 

Semua handphone melekat. Wasap awek lettew.

Izz Qaiser kalau datang rumah Opah, aku memang lepaskan je. Dia suka sangat datang rumah Opah. Boleh main dengan geng-geng dia. Aku ingatkan anak aku pemalu sebab selalunya jenis mak jaga anak sendiri ni kan anaknya cam pasif je. Harapaaannn je la. Hahaha! Dia yang pegi kat orang tegur-tegur ajak main. 

Budak sebaya Tika dan Qaiser. Beza 4 bulan je. Tika lahir bulan 4, Qaiser lahir bulan 8.






Runako lagi senang. Masuk buai terus tido. Huhu!

Apa lagi mak kau lenggang kangkung je la. Masuk bilik borak-borak dengan anak buah semua. 

Menu kali ni.

Sup tulang
Rendang Kerang
Lemang
Nasi Impit
Kari Itik

Aku lagi suka rendang daging. Tapi disebabkan bukan aku yang masak. Jadinya, redho je la apa sekalipun menu dia, hahaha! Kau tukang makan, jangan banyak bunyi.

Pukul 12 lebih gitu baru dorang sampai rumah kitorang. Hoih, aku dah tengok-tengok jam nak balik pukul berapa, ahahaha! 




Tengok anak aku ni, dengan budak yang tak pernah jumpa pun dia selamber je ajak main. Huhu!


Qery cerita, masa tengah baca takbir. Sekali Qaiser kentot kuat gila. Pastu siap bagitau "Daddy, Qaiser kentut"

Semoga tak busuk lah nak, haha!

Dekat pukul 1 pagi gak la baru habis. Then aku bagitau Ika dengan Angah, suruh dorang kemas basuh pinggan semua. Esok Maksu bagi duit raya. Kahkah! Padahal memang aku bagi duit raya pun.

Habis dah entry malam raya. Ok next entry hari raya pulakkkkk.

No comments: