Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jul 12, 2016

Jalan-jalan Banting

Ekceli aku nak update pasal Raya. Tapi bila upload gambar raya belah mertua dah 62 keping, belah ceras baru dah 81 keping. Oiiii bercinta nak update tu.

Memandangkan sekarang aku update pukul 3 pagi and opkos mata dah ngantuk. Baik aku takyah update lagi pasal raya. Aku ni kalau dah ngantuk, mulalah tulis pun point-point je. Takmo la kan. Raya nak cerita details sikit baru best. Huhu!

So kita belek-belek gambar lama. Kot ada cerita terperap. Eleeeehh, poyo sangat kot kot ada cerita terperap. Padahal berlembak cerita terperap kau tu. hahaha!

Untuk yang baru baca blog aku ni jangan konfius. Ini kisah masa mengandungkan Runako. Rasanya dah 36 ke 37 minggu gitu la kot. Saja bawak Izz Qaiser ke Gold Coast Morib, mandi-manda. Nanti aku dah beranak terperap pulak dia kat rumah kan. 

Mula-mula ajak mak ayah sekali. Tapi ayah tak dapat ikut sebab masa tu rasanya beberapa hari terakhir sebelum ayah nak bersara. So tak boleh ambik cuti dah. Jadi mak mertua ajak adiknya join. Aku panggil Mak Itam lah.

 Sampai sampai sana tak de gambar, tetiba je gambar nak gi makan malam. Huhu!

 Muka tembam gila harap bertabah melihat ye. 

 Tempat makan ni popular. Tapi aku dah tak ingat apa nama. Sedap jugak lah masakannya.

Then esok pagi. Eh tetiba cerita esok pagi. Haha! Nampak sangat aku dah mengantuk ni.

 Esoknya sempat lah Qaiser dengan Qery gi mandi seround dua kat bawah tu. Then aku macam biasa kat bilik duk kemas semua. Tak kuasa nak turun. Tunggu je dorang siap mandi. Siap-siapkan Qaiser, pastu Qaiser terus tertido. Selalunya memang lepas mandi pool dia akan tertido sebab penat.

So nak check out baru gerak dia.

 Rambut dah macam trojan dah.



Uih rambut anak aku, huhu!
 

 Masa ni baru sorang nak kena jaga. Rilek sikit. Dulu masa anak sorang rasa ralat gak kalau bawak jenjalan keluar. Bila dah anak dua, rasa alahai senangnyaaaaaa masa jaga sorang anak. Sekarang kena jaga dua orang, lagi kelam kabut. Tapi tetap lah makpak kau ni nak berjalan. Angkut semua anak, susah pun lantok sana. Hahaha! Nanti anak 5 6 camne lah kan.


 Mak and Mak Itam bilik sebelah. Seronok la dorang apa gosip malam tu tak tau lah. Huhu!



 Gold Coast Morib best jugak. Silakan datang.

 Ontheway nak balik tu kita singgah beli kerepek. Banting kan cam popular kerepek-kerepek ni. Beli lah buat syarat.



Pastu google tempat makan best, sampailah kita ke tempat Cendol ni.
 
Itu sahaja ceritanya. Aku dah ngantuk. Byeeee

1 comment:

yanapopeye said...

kampung kita banting.. hehee cendol memang port wajib . ingat lagi mak cerita , dulu atok mandikan dia dengan cendol ni , upah baik demam . hehe