Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jul 13, 2016

Raya Pertama 2016 (Rumah KCB)

Patutnya aku kena update raya rumah mertua dulu kan. Tapi bila edit gambar eh rasa tak sabar pulak nak cerita yang kat Cheras Baru. Dan aku tau korang pun mestiiii tak sabar nak tengok gambar iolls yang tembun tu. Hahaha!

Gaissss, opkos tiap kali raya aku akan gemok sebab memang bulan puasa badan akan naik. Faktor makan malam yang banyak. Tiap kali puasa memang saka makan datang uolls. Aku makan 3 kali kot, berbuka, kang 2 jam makan lagi, sebelum tidur makan lagi. Tapi tak nyesal pun, tengok muka pipi bengkak pun cam lek lek. 

Nyusu badan 2 orang budak wei, nafsu makan tu memang janam janam, hahaha! *alasan semua tu*

Berbalik kepada cerita raya. Aku datang paling lewat sekali. Kan aku raya rumah mertua dulu. Selalunya raya rumah mertua memang sekejap sangat. Tapi tetiba haritu dorang kata nak gi ambil gambar family kat studio. Tu yang pukul berapa baru sampai KCB. 

Sampai-sampai tengok ya ampun, kenapa kakak aku lawa-lawa ni. Semua cantik yamat. Tudung warna warni. Aku sejak Qery kaki bengkak memang tak membeli apa dah. Tudung pun tak sempat cari. So pakai la tudung 4 tahun lepas punya. Pastu semua cam nganjing iolls tudung tak lawa. Kuajaqqq sangat.

Aku kan taknak kalah. Aku cakap la kat dorang, kalau tudung je lawa tapi tak pakai gelang emas takde gunanya. Hahaha!

Ehhhhh, gelang emas tu aku cakap siap-siap. Itu mak aku punya ye. Korang ni bukan boleh kang ngata i pulak. Kekekeke!

Itu yang aku paksa semua orang posing tunjuk lengan, hahahaha!

Tengok la tudung Jemah dengan Kaklang lawa sangat. Next time beli dua ye, then sedekah la kat adik bongsu. Sian i tudung dah 4 tahun tak bertukar-tukar. Zuhud sangat, kahkah!


Raya kali ni Ceera dengan Ateh takde. Geng2 80-an balik rumah mertua. So terpaksa la i geng dengan minah-minah 70-an ni, hahahaha!

Tetiba muncul anak dara kat hujung nun, huhu!

Sampai Cheras anak tak tau mana pegi dah. Qaiser macam biasalah terus main dengan sepupu-sepupunya. Runako pulak abanglang pegang. Maknya menggeletis ambik gambar. 

Abanglang dalam ni nampak kurus beno.

Semua bayi akan suka duduk kat badan banglang. U know whyyyy.. hahaha! Lebih empuk dari tilam Vono.

Gambar banyak tau. Korang tengok gambar je eh.

Rumah kitorang camni lah tiap kali raya. Terabur sana sini. Huhu!


Eh. berpassing-passing dah anak aku. Haha!




Qery boring, konon nak dukung Qaiser lah. Nak main dengan anak. Bertuah la Qaiser nak main dengan dia. Dari dalam kereta bagitau nak gi rumah Opah, satu-satu nama sepupu dia sebut. Tak sabar nak main sama-sama.

Sesi salam menyalam pun bermula.

Dimulai dengan yang paling kertu, hahaha!

Akak

Kaklang

Banglang

Kakcik

Bangcik

Apalah yang mak seronok sangat tu. Huhu!

Ode

Kak Ida

Bandak

Jemah
 
Qery

Sepet

Ha semua ada gambar. Dasyat cameraman kita ni. Ok turn anak buah pulak.

Ika

Ajoi

Angah


Ajai

Ayin

Hadif

Merah

Nisa

Darwish

Hakim

Anoi

Qayyum

Mia n Tika

Gambar Danial takde pulak, sebab dialah cameraman, hahaha!

Lepas habis bagi duit raya kat anak-anak buah. Aku suruh semua orang duduk jangan bergerak sebab Qaiser nak kutip duit raya. Oihhh seronok gila dapat kutip duit raya. Dah lama aku menunggu saat ini, hahaha!




Geng aku masa kekecik.

Terpancar sinar bahagia kat wajah mak dia, hahaha!

Anak buah yang masih belum membesar, hahaha! Lain kali ajak maksu okay, kita kan sebaya.

Lepas bagi duit raya, semua orang buat muka miskin. =P

Ok ambik gambar keluarga pulak.

Family Akak

Family Kaklang

Family Kakcik

Family Ode

Family Andak

Family Sepet


Disebabkan blog aku, jadi gambar aku mesti lebih. Huhu!

Sian abang Qayyum kena buli, hahaha!

Gambar Family Noh + Hasmah




Qaiser dah jadi anak auntycik dah, haha! Dia dah tak heran mak dia kat mana.

Bergambar dengan mak tercinta.



Gambar adik beradik


Mohon sedekah tudung. TQ

Then kitorang gi beraya ke rumah Cik Mah jiran kesayangan kami.




Runako pun dah jadi anak maklang.

Aku duduk kat depan bebudak ni. Dorang duk cerita-cerita, tapi ceritanya semua membongakkk je, hahahaha! 


Itulah cerita raya pertama. Lepas tu balik rumah tidur. Best sangat. Huhu!

3 comments:

YieN said...

Slmt hari raya sepet.. Cantik sgt semua pakai purple.. Kite dari dulu suke sgt tgk muka ayin, xtau nape, terasa mcm gojez melampau budak tu, haha..!

ain.ya.nun. said...

Selamat hari raya sepet. Rindu tengok gambor beramai-ramai di tangga. :D

atiqah mutaza said...

selamat hari raya sepet.. alahai bestnya family besar.. meriah keluarga