Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jul 28, 2016

PERSEDIAAN BUKA BOOTH DI PKNS BANGI

Semalam hantar anak rumah mertua dalam pukul 6 petang gitu. Nak beli barang sikit-sikit, pastu balik rumah cepat sebab dah janji dengan Lina nak sorting barang ke kereta dia malam tu.

Produk semua dah siap masuk kotak, tinggal lagi nak masukkan rak rak dalam kereta jela. Pastu sebab ada buat pintu gerbang orang kawin tu, kitorang ni dah la tak reti menyusun segala. Nasib baiklah Lina dulu pernah buat pelamin orang semua. So dia ada la pengalaman nak susun-susun bunga ni. 

Kau bagi bunga kat aku??? Tolongla tak reti okay. Aku ni bukanlah pencinta alam sangat. Rumah pun takde sejenis tumbuhan langsung. Huhu! Oksigen pun curi jiran sebelah punya. Tak reti aku nak mendeko bagai ni. 

So malam semalam gigih la Lina dengan Qery fikir macam mana nak susun. Aku perhati dari tepi, tukang tengok lurus ke tak. Tukang pegang bunga, tukang gunting. Gitu. 

Okay, untuk pengetahuan korang. SEQY MATTE LIP CREAM tak dapat nak jual masa kat booth.

Sedihhhhhhhnyaaaaaaa.. Sobsobsob! Kita dah buat sehabis baik dah, tapi tak ada rezeki nak jual lipstick kat booth. Masih kena tunggu lagi. Jadi dapat belanja korang warna lipstick sahaja.

Cantik tak cantik tak. Hihi! Tak sabar nak jual. Harga memang mampu milik Insyaallah. 

Tapi jangan risau, produk kita yang lain opkos ada yang special.

Semua produk dalam gambar atas ni kita ada jual masa kat booth nanti.

Yang terbaru dari Seqy, XXS Lotion.

Dan yang terbaru dari Simply Hana, kita ada kolagen SHE.

And barang paling laku keras masa kat booth, Set Skincare! Loose item besar kecik pun ada okay. 

Kita memang nak bagi korang menang hadiah cabutan bertuah. 

 
 Milik siapakah produk-produk FREE kat gambar atas ni?


Jadi, MESTI DATANG dan beli produk Seqy dan Simply Hana ye. Datang bawak saudara mara kawan semua. Nanti kita selfie satu kali masuk sini. =P

No comments: