Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jul 27, 2016

Membebel Je

Hai uolls, ada gak seminggu tak bersiaran ni. Perut dah tebal makan banyak gila tak hingat, hahaha! Jadi dia punya malas nak update tu pun kemain lagi la bertimpa-timpa. 

Minggu ni nak bukak booth, so since minggu lepas pelan-pelan siapkan stock nak bawak ke booth. Mula-mula siapkan stok, then sediakan hadiah cabutan bertuah untuk customer yang beli nanti.

Excited sangat buat hadiah cabutan bertuah. Kali ni kita up sikit hadiah yang best-best. Dulu kita bagi BB cream 5 kotak, sekarang bagi 10 kotak, then kita bagi set skincare, sakura mask, toner, cleanser, krim, serum, toiletries bag, xxs lotion, kolagen she, sling bag dan sample-sample seperti biasalah.

Pembelian RM150 ke bawah layak cabut 1 hadiah, Rm150 ke atas layak cabut 2 hadiah. Before ni kita buat, ada tu beli BB Brown dapat cabutan bertuah set skincare. Bertuah sangat ni. Huhu! So kali ni kita tengok siapa yang kenaaaaaa...

Goodies bag pulak 50% dah siap, lagi 50% nak kena cari. 

Kita ada 10 set bag make up 4in1.
1 set eye shadow naked
9 lip tint + 9 eye liner

Tak cukup, nak kena cari lagi. Tapi siapa cepat dia dapat lah. Tak boleh pilih-pilih nak mana ye. Konsepnya di sini, redho je lah dapat apa. Hahaha!

Actually Qery baru lepas baik dari sakit kaki. Tu yang semua pun kelam kabut. Minggu lepas ke hospital jumpa dua doktor. Satu doktor kaki, satu lagi doktor kulit. Kaki dah pulih alhamdulillah, then tinggal nak monitor kulit Qery je.

Dah lama la ekceli, Qery bagitau aku yang janggut dia sebelah je tumbuh. Macam ada satu tompokan tu tak tumbuh. Rasanya since aku pregnant Runako kot. Pelik sebab kawasan yang tak tumbuh tu bulat bersih. Nak kata panau, takde pulak warna putih. Panau kan kulit akan jadi cerah sikit. So biarkan je lah.

Satu hari, baru-baru ni. Masa tengah siapkan stok. Qery duduk bersila kat lantai. Then aku berdiri nak ambik barang kat belakang. Sekali aku nampak kat kepala dia macam botak kelompok-kelompok. Terkejut wei, hahaha! Sebab selama ni kan Qery suka buat rambut pacak, jadi takde la aku perasan. Kebetulan haritu dia sikat rambut tepi. Terus ambil fon snap gambar. 

Risau sebab Qery jenis rambut banyak. Pulak tu dia takde lagi keturunan berkepala pulau. Kekeke! Kebetulan nak jumpa doktor rawat kaki Qery, jumpalah sekali doktor pakar kulit.

Rupanyaaaaaaaaaaaaaaa, Qery mengalami simptom stress yang melampaui batas. Haha! Doktor tu tanya ada stress ke, atau ada apa-apa yang berlaku kat family ke. Sebab kejadian ni kebanyakkanya berlaku kat orang yang baru lepas accident, atau orang yang ada family problem, atau ada salah sorang dari family baru lepas meninggal ke. Gitu. Doktor kata stress tu telah makan sistem imunisasi dalam badan Qery, then melemahkan bahagian akar-akar rambut. Tapi dia berkolompok. Sebab tu botak tu ada beberapa tempat je. Gitu.

Aku tak sure lah kalau Qery stress dengan aku ke apa sebenarnya, hahaha! Tapi Qery kata kat doktor, dia cikgu. Kerja cikgu sekarang maybe, yang membuatkan dia stress. Ofkos lah before ni dia ada cerita kat aku pasal sekolah itu ini, tapi aku tak tau la yang dia terlampau stress ke apa. Sebab lepas dia cerita, dia macam biasa je. Aku agak dia sangat stress masa jadi Ketua Guru Disiplin kat sekolah. Balik rumah ada je masalah. Nak rotan tak boleh, nak marah tak boleh, nak denda tak boleh. Hanya boleh bagi kata nasihat je. 

Tahun ni Qery mintak tukar taknak pegang jawatan tu lagi, so dapat la Ketua Guru Pengawas. Katanya better sikit. Kesiannya siapa jadi cikgu kan. Tahun sebelum ni dia memang agak stress lah aku rasa. Sampaikan dia jumpa doktor bagitau dia stress. Huhu! Doktor tu kata, bukan Qery sorang je datang klinik sebab stress, ramai lagi cikgu-cikgu lain yang datang sebab stress. Alahaiii, semoga kebaikkan guru-guru ni dibalas kebaikkan. Aminnn.

Semalam pulak Qaiser demam, flu, kahak, and batuk. Then tengok klinik kemain ramai orang. Nak menunggu macam dah malam sangat. Mintak Qery beli je ubat kat situ. 2 3 hari tak elok kita cek balik kat klinik ni. Harap sihat la anak-anak sebelum bukak booth.

Malam tadi pun tak tidur sangat, kejap-kejap duk mengecek panas badan Qaiser. Tengok ok lepas makan ubat, harapnya sehari je la demam. Ok lah tu je nak membebel. Nanti bebel lagi. Byeee


2 comments:

intandayani said...

Nak pegi la insyallah dekat je pun

Big bos jom like page akak ni www.facebook.com/seqybeautyputrajaya

Nur Aishah said...

SALAM SEPET.
akk nk tanya..bb cream ada 2 jenis or 2 packaging?
yg lama mcm akk tgk warna putih kan casing dia?
yg akk beli 22 kaler hitam...
saja tnya..kot ada beza function ke kaler ke apa..
tq ye dik