Nak Feeling Cantik Sejak Lahir? Consume Collagen SHE, Setel!

STICKY MODE : ENTRY BARU DI BAWAH

Amboi tajuk dia, agak melampau, hahaha!

Untuk yang mana belum tahu tu. Selain Syarikat Seqy Beauty, aku dah menubuhkan satu lagi Syarikat bernama Simply Hana Empire (SHE). Actually ramai yang keliru dan ingat yang SHE ni produk Seqy Beauty.

NO NO NO. Seqy Beauty menjual produk KOSMETIK dan SHE menjual produk (MAKANAN KESIHATAN). Tapi maybe sebab SHE baru lagi, pulak tu baru ada satu produk. 


Ouf first baby untuk SHE adalah Simply Hana Collagen. Senang panggil Collagen je lah. Hoih Collagen SHE ni kita dah buat dari hujung tahun lepas. Tapi akhir bulan 5 baru nak jual. Sebab aku nak makan sendiri dulu.

Tak best lah jual produk kalau kita sendiri tak cuba dulu. Betul tak. Kita nak jual kat orang, biar kita yang rasa dulu, best ke tidak, apa perubahan dia semua. Macam yang korang tau, produk ni buat since akhir tahun lepas. Tapi aku baru consume lepas beranak.

KENAPA????

Sebab aku taknak orang fikir, eleh memang la Sepet nampak kulit ok sebab seri orang mengandung. So aku decide untuk tunggu lepas habis pantang. Itupun aku ambik lepas habis minum segala mak nenek pati itu pati ini bluek hahaha!

Lepas beranak, masalah orang perempuan ni biasalah..

1. RAMBUT GUGUR bagaikan juara.

2. SUSAH LAWAS tahap gaban.

3. ENERGY OUT of service

Ini masalah utama perempuan berpantang. Ok lah ekceli kalau tak berpantang pun aku sure ramai je wanita-wanita kat luar sana yang ada problem ni. Tapi khusus untuk wanita berpantang macam aku kita punya tahap masalah dia lebih teruk dari yang biasa. Kan kan kan.

Iya dulu masa aku anak dara pun rambut senang gugur. Setiap sudut mesti ada kelompok rambut berkepal-kepal. Dalam bilik air toksah cerita. Dalam bilik pun sama. Dah kawin ada anak sorang, kalau selak carpet kompom kat hujung2 tepi tu berkumpul rambut-rambut. Memang rasa, banyaknya rambut kau ni Zuhana. Hahaha!

Sampaikan lepas beranak Izz, aku terus potong rambut sebab stress gila. Stress sampai aku rasa itulah rambut paling pendek pernah aku potong. Rambut gugur banyak sangat, bila dah potong rambut still ada jugak la rambut gugur, cuma sebab dia dah pendek so lambat sikitla nak nampak dia berkelompok gitu.

Masalah kedua pulak, takutnya nak membuang. Kita dah la menyusu badan. Kompom lah air banyak produce ke susu. Haih tak boleh la nak bayangkan. Orang yang dah beranak memang paham sangat masalah ni. Bila rasa sakit perut tu, terus takde mood pastu cam seram-seram gitu. Huhu!

Masalah ketiga pulak adalah energy. Memang energy kita totally out. Teran nak beranak tu penat oi. Tenaga dah banyak habis kat situ. Nak produce energy balik memang makan masa gak la. Then dengan badan sakit kena urut 3 hari berturut lagi, dengan sakit pinggang sebab nyusu anak lagi. Dengan nak uruskan dua baby lagi. Memang penat dia tak boleh nak cerita.

Aku mengalami kesemua penat-penat ni dalam lebih kurang 8 hari berpantang. Habis makan PATI ikan haruan, pati ayam bla bla bla. Pantang hari ke 9 terus aku makan Collagen SHE. 

Minggu pertama makan, yang paling nampak sekali adalah RAMBUT TAK GUGUR LANGSUNG!!.

OMG, memang teruja gila sebab aku memang jenis banyak rambut gugur. Kalau bukak getah rambut tu memang keliling getah tu melekat kusut-kusut rambut aku. Huhu! Bila mandi pun aku cek masa nak lerai-leraikan rambut. Tak ada langsung rambut tersangkut kat tangan. Walaupun rambut kusut di skala 6, hahaha! Tetap rambut tak gugur. Syiokkkk gila.

Lepas tu senang gila nak membuang. Selalunya kalau nak membuang tu aku mengadu kat Qery dulu. "Alaaaa sakit perut, takutnya nak membuang". Sekali eh eh eh senang wah hebat, hahaha! Mohon jangan jijik ya. 

Then aku perasan masa awal dulu bahu aku ni rasa macam penat sangat, jaga anak sikit je lepas tu mesti tertido sebab penat tu tak tertahan-tahan dah. Aku ingat lagi masa beranak Izz asik tidur je. Sehari berapa kali Izz tidur, tiap tu jugak lah aku tidur. Huhu!

Tapi, dah ada dua anak. Luth tidur, aku tak tidur sekali pun sebab Izz tak tidur. Pun aku takde rasa penat melampau ke apa. Masih boleh bangun nak buat kerja-kerja lain. Dan aku perasan, aku senang sikit nak tidur. Dulu susah sangat nak tidur. kalau baring tu kena main game sampai tak tau lah menang berapa juta kali. Huhu!

Bila ambik Collagen SHE, dah baring tu ngantuk-ngantuk sikit then senang je tidur. Maybe sebab pagi petang tu dia dah boost enery kita. Then malam memang dia suruh badan rehat. Gitu. Teori aku je lah yang tu. Hahaha!


Then aku bagi sample kat semua STOKIS Seqy Beauty, suruh dorang pulak rasa. Nak tau apa pulak perubahan yang dorang rasa.

STOKIS Seqy kebanyakkannya memang kakak aku kan. Macam yang korang tau, peringkat umur dorang 30 ke atas. Ada yang dah 40 ke atas. Habis je Collagen, dorang report kat aku perubahan yang dorang alami.

1. RAMBUT TAK GUGUR (Sama dengan aku)

2. SENANG LAWAS (Pun sama)

3. TAK CEPAT PENAT (Pun lebih kurang sama macam aku)

Tapi dorang lebih banyaak rasa perubahan dari aku.

4. BIJI BAWAH MATA HILANG!!

Bukan sorang stokis je yang perasan. 3 Stokis kata biji bawah mata hilang. Aku tak sure biji bawah mata tu kategori biji kolestrol ke apa. Tapi itulah yang dorang bagitau. Biji kecik-kecik kat bawah mata hilang.

5. EYE BAG BERKURANGAN!

Ok yang ni aku pun perasan gak, tapi aku tak boleh nak kata apa sebab aku ada anak kecik. Memang hitam bawah mata tu normal. Cuma masih kategori dalam piawaian lagi. Hihi!

6. TUMIT KAKI DAH TAK MEREKAH!

Haaaaa, ni kakak aku cerita dia memang ada problem ni sejak dulu lagi. Tapi bila makan Collagen SHE, terus hilang rekahan tu. Dia tak perasan jugak mula-mula. Anak dia yang perasan bila dia gesel-gesel kaki kat anak dia, dah tak rasa kasar. Hihi! Ala kita pun kadang tumit tu kasar, bila gesel dengan selimut pun boleh rasa melekat-lekat kan. 

7. KULIT MUKA TEGANG DAN LEMBAP!

Umur macam aku mungkin tak perasan sangat. Maybe lah umur 20 ke 35 still banyak lagi Collagen dalam badan. Then kita selalu tak perasan sangat pasal kulit muka. Ala bukan tak perasan, selalunya memang kita tak ambik peduli pun kan. Huhu! Macam kakak-kakak aku, dorang ni ada yang dah berumur 40 ke atas. Ada kedut-kedut sikit, then kulit kering. Bila makan Collagen SHE memang nampak kulit tegang katanya. 

8. MEMUTIHKAN KULIT!

Ok ni jujur kata. Aku memang putih. Bukan berlagak nak kata sendiri putih tau. Huhu! Ok la Alhamdulillah putih sejak lahir, haha! So aku memang takde apa masalah nak putih lagi ke apa. Tak ada langsung.

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... Memang aku perasan aku LEBIH PUTIH dari biasa. Hoiii! Aku perasan masa kat rumah mertua. Rumah mertua aku ni banyak cermin. Ruang tamu ada cermin, dapur ada cermin. Ada satu haritu aku lalu kat dapur pastu macam terpandang cermin. Sekali macam terkejut OI KENAPA AKU PUTIH SANGAT. Taknak la perasan sendiri kan. Banyak kali aku tanya Qery. 

"Bie, Ney nampak putih sikit kan". Gaissss, lelakiiiiiiiii. Dia jawab IYA pun kita yang perempuan ni macam was-was je dengar, hahaha! 

Pastu beberapa hari selepas tu mak mertua aku cakap.

"Zuhana, mak rasa Collagen tu buat kulit putih la. Mak rasa mak putih sikit"

Oh terus aku cam, haaaaa betullahhhh. Aku pun rasa benda sama. Pastu bila stokis pun kata gitu baru lah aku cam percaya. Collagen ni memang boleh buat kulit cerah.

Ini adalah perubahan yang aku dan stokis-stokis sendiri alami. Bukan reka cerita nak suruh orang beli. Bukan kopipes info dari mana-mana Collagen lain. Sesungguhnya dosa kalau tipu. Huhu!

Jadi, aku buat kesimpulan semua. Kalau korang ada masalah-masalah seperti di bawah. Boleh cuba consume Collagen SHE.

1. RAMBUT GUGUR

2. TIDAK LAWAS

3. KURANG BERTENAGA (LEMAH)

4. MASALAH BIJI BAWAH MATA

5. MASALAH EYE BAG (MATA PANDA)

6. TUMIT KAKI MEREKAH

7. KULIT BERKEDUT

8. KURANG CERAH (UNTUK YANG NAK PUTIH) *ayat sopan je, hehe*

Korang boleh cuba. Sebenarnya memang banyak lagi kebaikkan Collagen SHE.

Menguatkan akar rambut dan kuku.

Menyembuhkan luka dan merawat parut.

Melambatkan proses penuaan.

Milk booster.


Kalau aku terima testimoni lain then aku akan update lagi kat korang semua.

3 Cara Pengambilan :

1. Koyak sachet dan kemam serbuk kolagen (makan seperti gula-gula)
atau
2. Tuang serbuk kolagen ke dalam air (sejuk) dan minum.
atau
3. Boleh dibuat topeng muka. Cairkan sedikit serbuk kolagen dengan air dan sapu ke muka. Selepas 30 minit, bilas dengan air sehingga bersih.

Selalunya kita buat cara pertama je. Cara kedua tu korang boleh buat sekiranya korang ada ulcer kat mulut. Mungkin sakit sikit bila nak kemam serbuk kalau ada ulcer kan, then boleh bancuh dengan air, pastu minum macam biasa. 

Ada jugak customer inform lepas dia kemam kolagen tekak dia rasa pedih perit. Then boleh ikut cara kedua, bancuh kolagen minum dengan air. 

Cara ketiga boleh buat kalau korang rasa nak fokus kat kulit muka sahaja. Gitu.

Suggestion pengambilan :

1. Kalau korang betul-betul nak cepat nampak perubahan, dan korang jenis mampu. Boleh ambil kolagen 2 kali sehari. Satu pagi dan satu malam.

2. Recommended. Satu sachet sekali sehari.

3. Satu sachet selang sehari.

Selalunya aku nasihat kat customer, permulaan 3 bulan pertama. Please ambik sehari satu sachet. Then bila kolagen tu dah cover banyak area dalam badan kita, selepas 3 bulan baru ambik selang sehari. Gitu.

Waktu terbaik untuk ambik kolagen SHE.

SEMASA PERUT KOSONG!

30 minit sebelum sarapan.
atau
2 jam selepas makan malam. Yakni sebelum tidur.

Bahan-bahan :

 Marin Kolagen, L-cysteine, Vitamin C, Fructose, Apple Juice Powder

Collagen SHE.

 1 kotak 15sachets
RM85 Semenanjung
RM89 Sabah/Sarawak

Contact : 011-1223 5753 / 011-2107 6726

Stokis KL
Ceera 012 3388 457
Nina 019 319 0117
Murni 019 3530 882

Stokis Selangor 
Ira 012 978 9311
Zara 016 204 8884

Stokis Seremban
Zaimah 012 205 2091

Stokis Penang
Mimie 012 4040 494

Stokis Johor
Aza 012 374 7284

Comments

Anonymous said…
Ada kkm?
Anonymous said…
Ada kkm?