Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jul 14, 2016

Raya Pertama 2016 (Rumah Mertua)

Haiiiiii, ok nak cerita raya rumah mertua pulak. 
 
First time raya kat rumah mertua ada geng, so takde la aku krik krik krikkk sangat kan. Uolls, Qery dah la takde adik bradik pompuan. Ater nya nak borak dengan mak mertua kan cam terbatas sikit. Takkan la nak over-over pulak. Ala memang la kadang tu aku gosip dengan mertua kan. Tapi ayat tu takde la remaja sangat. Takde la aku cakap siot, der, bercerita sambil buat muka jeling-jeling ke apa. Kalau ngan mertua opkos i akan buat muka comel selamanya tu. Hahaha!

Gais, mak mertua kata muka aku macam artis korea hokeyyy. Kau mampu nak buat mimik muka persis dugong masa bergosip. Opkos not. Lols.
 
Nak dijadikan cerita, pagi raya tu dalam 7.30 Qery dah keluar gi masjid nak sembahyang raya. Aku ni siap-siapkan baju anak kang nak bawak rumah mak kat ceras baru. Rumah mertua aku takyah risau pasal baju anak sebab memang ada complete. Haha! Aku kan suka tinggal-tinggal anak secara tiba-tiba kat rumah mertua. So memang pampers bebudak sebeban kat sana, susu, baju semua ada. Cuma rumah mak aku kat cheras baru tu aku kena bawak lah.

Pastu nak mandi, sekali sorang-sorang menangis. Qaiser buat perangai macam biasa. Macam-macam skill aku duk pujuk. Last-last cakap dengan Qaiser, jom la siap-siap kita nak main dengan Kak Aira, dengan Atuff. Terus tersenyum suka sangat nak jumpa geng. Huhu!
 
Kali ni sembahyang raya macam habis lambat pulak. Dalam pukul 10 gitu kot baru Qery balik. Nasib baiklah semua dah siap. Berdesup ke rumah mertua.

Sampai sana terus nak salam-salam. kelam kabut aku keluarkan duit raya dorang. Huhu!


Pak n Mak mertua i yang sporting

Runako baru dua bulan ko dah muat baju raya nak. Huhu!

Anak lelakiiiiiii.....gitulah. Asik nak mainnnnn je kejenya.



Mak mertua aku malu-malu nak anje-anje dengan suami. Hahaha!

Fieya tengah ngandung, duk sorok-sorok perut. haha!

Single and available. Sapa nak ngorat pm tepi ye. 


Alololo cucu atokkkk.. haha!




Ok sesi salam menyalam pun bermula.


Banyak dosa ni, cium lama sikit. Haha!

Anje sangat kan, hahaha!

Semoga aku masih lagi menjadi menantu kesayangan walaupun hakikatnya Fieya dah merampas takhta ittew *sejak dia buat kuih dahlia* hahaha!

Ampun Bang Qery. Selalu menjawab melawan mengada-ngada merapu merepek menggedik dan tercantik di malam hari. Auww. Hahaha!

Kita tukar-tukar sampul ye bang.

Syah pulak mintak maap.


Ni kalau adik beradik i tengok ni kompom cemburu sebab dorang pun tak dapat duit raya. Hahaha!
Tahun depan ada rezeki lebih kita bagi semua ehhhh.. *ayatpenenanghatimereka,kekeke*


Tengok tu, nak merebut takhta i la tu. Hahaha!

Qery dah kenapa muka malu2.

Over okey, kalah menantu pertama. Huhu!

Yeay!! Runako dapat duit raya!


Anak bongsu pulak nak mintak maap.

Anje-anje sangat Cepul ni. Lagi anje dari iolls tau. Haha!


Tapi boring okay jadi Cepul. Bukan boring apa, boring dapat abang cam Qery, hahaha! Gais, Qery sangat garang dengan adik okay. Adik merayau merewang sikit-sikit pun nak kecoh. Lek lah kan. Hahaha!

Aku dulu nak merewang siap kautim dengan Ceera lagi. Kalau mak tanya Ana pegi mana, tolong jawab pegi beli buku atau pergi perpustakaan. Kah!!

Celah mana perpustakaan pun aku tak tau, tau tau dah sampai Midvelley. Lalalala~~

Pandai-pandai kau lah nak hidup Cepul oiiii. Huhu! Sapa suruh tak geng dengan Kak Hana, akak bab kautim kautim ni memang pro.


Dak kecik ni pun nak salam. Hihi!





Cucu pertama. Huntonglahh.. Hahaha! Semua melayan dia je.





Habis salam tetiba ayah mertua kata nak bagi duit raya kat semua orang. Yeayyyy!! Terus laki aku peluk ayahya kuat-kuat. Dasar...

Over takkkk.. Hahaha!

Ayah mertua aku kan baru lepas pencen. Tu yang bermurah hati sangat tu. Huhu!



Terus panggil Qaiser suruh salam atok lagi sekali, haha!


Nako bangun bangun, atok nak bagi duit raya. Huhu!







Gambar raya Family Din

 Habis bergambar terus makan. Lapar woi...

Itu sahajalah cerita Hari Raya Pertama kami..

Selamat Hari Raya korang. Lupa nak mintak maaf. Maafkan kami kalau ada terkasar bahasa. Kadang tu aku mulut boleh tahan laser gak kat blog. Ampun kalau terasa. Tak sengaja. Semoga korang kurus walaupun makan banyak-banyak. Aminnn.

1 comment:

MasReena said...

hehehe... lawak la sepet ni