Raya Rumah Lina

Jumaat lepas kot xsilap, kitorang beraya rumah Lina. Punyalah Qery merayu-rayu nak datang raya rumah beliau. Nak tak nak terpaksalah Lina buat gak makan-makan, hahaha! Lagi best Lina kata dia nak masak ketupat palas. Dap ehhhhh...

Nak bersiap, pastu stress sebab baju baru memang banyak. Tapi yang special untuk menyusu tu tak banyak. jadi pakai je la baju lama. Lantok sana. Sat lagi kalau kena caci dengan Ceera pun aku redho je. Huhu!


Sebelum keluar rumah snap gambar anak banyak-banyak dulu. 
 
 Runako, kadang tu mami sian kat awak. Sebab tak dapat nak bagi sepenuh perhatian kat awak macam mami jaga abang izz dulu. Kesian la jugak, lagi-lagi bila awak diam je bila abang izz buat perangai ke apa. Macam paham-paham je abang izz punya perangai mengada manja terlebih tu. Huhu!

 Tapi Runako, itu lah nasib anak-anak yang bukan anak sulung, kahkahkah! Huntunglah anak pertama ye dak. Mami anak no 9 Runako, bayangkanlah mami...bayangkannnn..hahaha!

Walau macam mana sekalipun, opkos mami berusaha jugak bagi layanan kat anak-anak mami bila korang perlukan mami. Gittew dah macam surat terbuka pulak aku ghasa, haha!
 
Aku rasa Runako cam lebih nampak lelaki sikit dari Qaiser. Qaiser cam putih comel. Eh puji anak sendiri, haha! Luth pulak gelap sikit then mata redup je. Ni kalau dah besar kompom mami ngorat Runako, sorry Izz. You jambu sangat, mami tak boleh bla tau. hahaha!

 Tapi Qaiser dia memang pelawak kot. Haritu borak dengan dia.

Mami : Qaiser, nanti duduk rumah nenek kejap tau. Mami ada kerja sikit kat luar.
Qaiser : Anak! *taknak*
Mami : Ok nanti mami belikan satu car untuk Qaiser. 
Qaiser : Duway *dua*

Mampuihhh. Sapa ajar ko mintak lebih ni nak, hahaha!

Dia memang taknak satu okay. Kalau contoh dia mintak gula-gula. Aku akan cakap la 'OK SATU JE YE GULA LEPAS TU DAH". Nanti dia akan cakap 'DUWAY DUWAY, ATU NO NO" *dua dua, satu no no*

Mintak dengan muka comel pulak tu, takkan tak bagi pulak kan. Huhu!
 
 Runako dah 3 bulan. Baju tu sikit lagi tak boleh pakai, so mami snap gambar banyak-banyak. Baru puas hati. 

 Percubaan Qaiser bermanja dengan Runako.

 Runako pun layankan je.




 So sweet abang. Kang dah besar kalau gaduh mami tunjuk gambar ni. Huhu!

Sampai je rumah Lina, nampak ketupat palas. Terus kriuk kriuk kriuk perut aku.

 Sedapnya lina masak. Aku ni kalau orang datang rumah, tak kose lah nak masak pun. Beli je. Tak kose ye. Aku pun bukan rajin nau nak masak. Huhu!
 
Bunyamin yang noti gila. 
 
 Tanya Ceera, eh datang raya ke? Bukan rumah korang semua sama je ke. Terus dia ngamuk kat iolls. "EH I DATANG BERAYA OKAY, TAK NAMPAK MAKEUP NI"

hahahaha!

Lina dengan Ceera kan biras. Anak dorang kan konsep dia 'anak aku = anak kau, anak kau = anak aku' gittew. Ceera berjalan, Lina jaga anak. Lina berjalan Ceera jaga anak.

 Aku sibuk makan, Qaiser cam biasa lah nampak geng ajak main. Aku pernah bagitau kan, Qaiser ni dia bukan jenis pemalu. Selalu budak dia ambik masa, masuk gear satu, gear dua, dah panas skit baru join main. Qaiser tak ye. Dia masuk rumah nampak brader-brader sebaya dia, terus dia cuit bahu ajak main. Terjom jom. Hahaha!

 Main bola, sebelum nak sepak tu dia tunjuk skill je dah setahun kat situ, bola tak jugak sepak. Yunnan dah menunggu2 bilalah Qaiser nak sepak bola ni, hahaha!
 Dasyat okay Lina pakai kain batik. Huhu!

 Runako lek lek baring.




Masa dorang makan, aku dengan Ceera duk nyusu anak dalam bilik. Sempatlah duk plan strategi bisnes. Haha! Tapi strategi pepoyo je lah. 
 
Pastu Qery dah bising ajak balik. Okla jom balik. Perut dah kenyang makan. Senang hati. 

p/s : Lina, nak ketupat lagi.

Comments

intandayani said…
Aishhh geram ah tgk Runako...
Mata dia tu...
Kenal tak pelakon drama Melayu kul 7 malam tu?
Redza Rosli kot...
Cair auntie

Saya agen Seqybeauty Putrajaya.
COD area Putrajaya, Dnegkil, Cyberjaya, Serdang, BB Bangi dan Taman Equine
Unknown said…
2 2 comel nyaaaa..
Unknown said…
Comelnya hero2 ni....
Unknown said…
Comelnya hero2 u... Alhamdulillah
Unknown said…
Memang ensem sangat runako ni tau.. pandangan mate yang menusuk kalbu gitu hehehh
Amyz! said…
Rukano hensem laaa. Hahaha. Biasala anak pertama mesti la manja terlebih. Takpe bila cepat dapat adik, dia pandai berdikari. Hihi.