Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Nov 19, 2013

Mimpi

Aku ni  bukannya jenis orang yang selalu mimpi tau. Kalau mimpi pun mesti la mimpi kena ganggu ke apa. Tapi semalam, ada 2 mimpi yang agak scary. 

Yang first, masa tu mimpi Atam, Ayie, Kak Ninie, Aku dengan Mak nak ke masjid nak solat Maghrib. Mak yang bawak kereta tau. Keadaan ni adalah masa mak aku muda kot tak silap. Sebab mak still kuat and aku kak ninie, atam ayie tak kawin lagi. Dalam mimpi tu pun, takde adik beradik lain. Memang adik beradik banyak tu je. Tetiba kak ninie pun jadi adik beradik aku. Haha! Biasalah mimpi kan mengarut sikit.

Lepas dah parking, kitorang jalan kaki ke masjid sebab park agak jauh sikit, sebab banyak jugak kereta park. So tengah jalan-jalan tu happy la kan. Sekali hujan turun dengan lebat. Lebat sangat. Terus macam rasa nak banjir macam tu. Apa lagi, kitorang pun berlari la masuk rumah.

Tak tau la macam mana ada pulak rumah kat situ.. Rumah tu macam rumah kitorang la. Besar gila. Tapi tak mungkin la rumah aku, sebab rumah jenis tu rumah orang kaya-kaya je. Dalam mimpi tu macam rumah kitorang la. Rumah tu berdindingkan kaca lutsinar.  Kita yang ada dalam rumah ni, memang boleh nampak apa yang ada kat luar. Ko boleh bayangkan tak? Haha!

Tengah dalam kelam kabut takut banjir  tu, tetiba ada puting beliung betul2 kat luar rumah. Pecahkan kaca rumah tu. Serpihan kaca tu terkena la kitorang sikit. Tapi masa tu kitorang kelam kabut nak lindung mak. Tak bagi mak kena. Segala air melimpah ruah masuk dalam rumah. Kitorang panik sangat. Tetiba masuk seekor ular yang besar gila. Yang boleh lilit sekali 5 orang. OMG, sangat takut. Aku dah fikir apa la dosa aku ni. Memang fikir nak mati dah. 

Yela kan, bab-bab ular ni kan, Allah turunkan sebab mungkin kita ada banyak dosa kan. Memang la aku fikir macam tu. Kitorang pun pukul ular tu, sampai separuh ular tu daging dia dah terkeluar.  Ular tu pun dah nyawa2 ikan. Sekali tengok rupanya salah sorang family aku dah kena bisa ular. Pun dah nyawa2 ikan. Tapi aku tak ingat sapa yang kena. Aku gigit2 tempat yang kena bisa tu nak keluarkan, tapi tak boleh. Mak aku dah nangis2 dah. Dia cakap biarlah amik dia. Jangan amik anak-anak dia...

Lepas tu terus tersedar. Aku tak nak tau la tafsir mimpi ke apa. Tak kisah la orang kata mimpi mainan tidur ke apa ke.  Tak nak tau apa maksud disebalik. Tapi memang scary sangat. Terus aku terfikir orang yang kena tsunami, gempa bumi. Tiba-tiba je, kita tak tau bila. Memang sangat scary. 

Kebetulan sebelum tidur semalam aku ada baca ayat ni dari sorang rakan kat facebook. Agaknya aku terfikir2sampai aku termimpi mak aku. 

peringatan untuk diri sendiri dan semua

So true. Macam aku pun selalu je sakitkan hati mak. Bila rasa tak puas hati, mesti nak termelawan sikit. Tapi jangan sampai memburukkan mak sendiri, mengata, memerli sebab itukan mak kita. Kalau kita nak anak kita hormat kita, kite kena pastikan yang kita hormat mak kita. Tak gitu. Darjat seorang ibu Allah letak 3 kali ganda lebih atas dari bapa. Jangan kite sebagai anak rasa kite lebih hebat dari seorang ibu. Time susah cari ibu, time sedih cari ibu, time gembira jangan la mengumpat mengata mengeji. Dosa besar tau. Huhu!

Mungkin sebab aku asik terfikir2 pasal mak semalam, tu yang sampai mimpi kan. 

 Ayah dan ibu, itulah permulaan kami.

Terima kasih kerana membesar n me-anjekan anak mu ini.  Hihi! Walaupun aku degil, sejauh mana pun aku pegi, emak dan abah tetap di hati. Ecewah.. Qery tetap disisi. *tetiba Qery kan, haha*

*********************************************************

 Casing bling bling ni adalah customade tau. Kalau korang nak buat bling2 macam lain ke, atau nak sama macam aku, boleh terus ke

atau email :lovelyblingzdeco@gmail.com
atau contact : 0165210415

Masa aku dapat casing ni, rasa nak nangis sebab cantik sangat. Huhu!

6 comments:

hajar hazizi said...

mimpi ular mmg tak bagus sepet..
pergi la jumpa n ty pendapat ustaz2 or pengamal perubatan islam...
sy cakap atas pngalaman

Ayu azmir said...

wow cantiknya...

Mass said...

salam kenal sepet...
..kalau mimpi ular dlm perubatan islam kaitkan dgn sihir...rujuk ustaz atau pengamal perubatan islam...

:|: TinTa Kibod :|: said...

mimpi ular kaitan dengan sihir sepet...
usaha berubat dengan orang warak (mcm hajar hazizi ckp)

Lieza eliza said...

Hu... mimpi mak ayah xpe....
Mimpi ular sihir.. kot ada mimpi bdk kecik jgn suka sgt ye sepet.. tue petanda yg tidak baik..

Lieza eliza said...

Hu2.. kot2 mimpi didatangi bdk kecik jgn seronok sgt ye sepet.. petanda yg tidak baik tue..