Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Nov 18, 2013

Malasnye nak update


Harini sebenarnya nak rehat sangat-sangat. Sebenarnya aku takde la penat kebeno. Tapi Qery la yang penat. Sabtu Ahad dia ada kelas. Semalam pulak kelas ada amali. Sampai rumah dah isya' macam tu. Lepak rumah mak aku sekejap. Pukul 9.30 macam tu gerak jumpe kawan dia kejap. Dia ada order kuih kapit perisa coklat dengan peanut. Dah bayar tapi lupa nak ambik. Tu yang kawan dia tunggu kat depan Econsave, Qery datang amik.

Oh semalam borak dengan mak. Aku baru bukak cerita pasal haritu Qery nampak something. Tetiba mak aku cakap. 

'Masa mak datang rumah kau tu, kat diinding bawah tu ada benda, kat cermin tu pun, kat dalam bilik ko pun sama'

Gulp. Aku dengan Qery memang telan ailio la kan. Hahaha! Aku ni dah la tinggal sorang-sorang. Baru-baru ni lagi best. Aku dengan ada orang tendang mesin basuh aku. Selamber gila tendang barang2 aku beli. Kongajo. Aku pun berlari ke dapur. Ingat ada pencuri ke perompak masuk. Sekali tengok takde apa pun. Pastu buat tak tau je gi depan. Hikhokhikhok

Mak aku ni mata dia memang boleh nampak sikit. Pastu mak aku pesan la jangan layan sangat. Buat tak tau je. Baca ayat itu ini. tapi memang sekarang ni aku amalkan sebelum masuk rumah baca ayat kusri, baca bismillah 3 kali. Sebab haritu masa tengok 30minit ustaz don. Dia cakap, sebelum masuk rumah, kalau baca 3 kali bismillah. Syaitan tak boleh ikut masuk rumah. Gitu. Tapi kadang2 aku baca jugak ayat seribu dinar, ayar kursi, 3 kul. Ayat yang senang-senang, yang aku dah hafal aku baca la. Yang tak hafal tu, time lepas solat baru hegeh2 bukak Quran. Kekekeke! manusiaaa...

Paling latest, ini mimpi la, tapi mimpi tu dalam rumah aku. Aku mandi, sekali rambut aku panjang mengurai macam dot dot dot. Lepastu badan aku tak boleh gerak. Aku bangun, betul2 berdiri depan cermin ootd aku tu. Tapi  dalam cermin tu tak nampak apa la. Pastu masa baring dia tarik tarik kaki aku. Eh eh geram betul lah rasa. Hahaha! 

Mak aku cakap, benda-benda tu memang suka ikut aku sejak dulu lagi. Boleh?? Tapi memang dari bila aku pun tak ingat la. Aku selalu je kena kacau macam tu. Aku ni nak kata penakut takde la sangat. Cuma kalau lebih-lebih tu, aku takut la jugak. Sekarang ni belum masuk tahap takut lagi. Masih kat tahap bengang. Aku bengang jugak la sebab penat tau kena kacau2 ni. Qery toksah cite la.

Masa masuk sekolah teknik pun, sebelum pergi tu mak kata dia akan baca ayat pendinding untuk lindung aku ni haaa.. Berapa kali jugak la berubat. Masa orang B***** tu nak kawin dengan aku, masa tu paling teruk sekali. Nak tarik aku dalam mimpi. Very the scary. Yang tu aku memang tak tidur seminggu kot. Sebab tatut tiap kali tidur mesti mimpi. 

Bila kena kacau macam ni kat rumah, still takde pape lagi la. Rasa macam masa kat rumah mak je. Sebab rumah mak pun begini jugak perasaannya. Haha! Cuma jangan la mimpi hari-hari. Penat den. 

Haritu jalan-jalan, nampak telekung ni cantik sangat. Ala kalau korang jalan kat Alamanda, dia macam kiosk la, jual kat tengah2 tu. Ada jual telekung. Cantiknyeeee... Terus beli 2, untuk mak satu, untuk mak mertua satu. Telekung tu macam kain baju kurung tau.. 

Semalam bagi la mak, suruh mak cuba terus. Ololoooo.. Macam comei je..macam cantik je..


Mak : Mak pegi masjid haritu nampak orang pakai kain macam ni la.
Aku : Warna apa mak?
Mak  : Pink jugak, tapi lain sikit. Mak kata cantiknya. Tak sangka tetiba dapat pulak.

Ngeh ngeh. Rezeki mak. Aku ni kalau beli untuk orang lain aku tak kisah. Beli untuk diri sendiri je kedekut. Rasa mahal je kalau nak beli untuk diri sendiri. Tapi kalau beli untuk orang lain tak terasa sangat. Korang pun mesti ada yang perangai macam tu kan. Kekeke!

***********************************************************

 Baju n Seluar dari
Contact : 017-379 1202

Baju-baju dia memang ohsem n berkualiti. Baju tu dah pakai banyak kali sebab best. Haha! Kbye

11 comments:

Felis Domestica said...

Buat kenduri doa selamat n baca yasin... lagi ramai lagi bagus, family n orang surau semua, panggil reades pun ok jugak..he..he... biar dia pergi cara baik....

InsyaAllah...

yayang laling said...

comey nye adik sepet ni.
da cantik, kurus plak..
so jeles..

Suwaibah YS said...

eiii.. berapa kali dh baca citer antu sepet ni..tapi sepet rilek lagi kan..klu akak x tau la.. tgh baca [pun dh rase seraaammmm.....

me suya said...

sama-sama.. TAng rasa nka beli kat org lain xkisah pun tp bila part diri sendiri mesti rasa kedekut gila. Sampai husband pun ckp benda yg sama.. Hahahahaaha

MamaFarah said...

pergh! takutnya..seram plak baca.. tapi berani la kamu ni..kalo akak dah tak berani dok umah sensorang..hehehe..

umikelly said...

banyak2 berdoa ye dik.. scary plak akak bc entry awk dis time :(

Shazwani Ramly said...

macam seram je entry kali ni. kira akak masih berani lg la eh? huyooooo. dah la dok rumah sendiri. duhhh berani gila. mgkn sbb akak cantik sgt kot :) hahaha.

Mimy Hamid said...

sepet brani giler kot...huwaaaaaaaaa

nasaoji said...

dik nonn, baca ni time buka pintu rumah tika xda org dlm rumah "assalamualaina wa 'ala ibadillahissolihin"...

lbh kurang maksudnya bende tak elok dr luar xmsuk, bende dlm xelok, kuar..

leh gugel makna n bacaan tulisan jawi.. amalkan..insyaAllah.

edlidza said...

serammmmmmmmmmmmmmmmmsssss...

dari sisi hidupku said...

buat bacaan yaasin beramai-ramai dan ikhtiar pergi jumpa perubatan islam. saya selalu pergi darussyifa' bangi.