Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Nov 13, 2013

Honeymoon Fasa 1 (Grand Lexis + Johor)

Update secara nak cepat. Sebab aku ngantuk nak tido. hehe!

Hari kedua kami masih di Grand Lexis ye. Lepak-lepak breakfast semua..

Kebanyakkan penginapan mesti provide breakfast kan. So kami ke Duyung lagi untuk makan buffet. Aku ni la satu masalah. Aku tak makan pagi.. Bukan sebab aku tak bangun pagi. Kihkih! Tapi memang sejak dulu lagi aku jenis tak makan pagi. Kalau makan perut akan memulas sampai ke tengah hari. Itu la aku malas. 

Tapi rugi pulak kalau tak makan. Jadinya, nak tak nak. Makan je la ringan-ringan.


 First round. Huhu!

 Second round. Ini je yang aku mampu. Tapi Qery takyah tanya. Dia memang betul-betul makan. 

 Makanan kat Duyung semua sedap. Pagi tu memang ramai gila la orang. Aku datang pun dah lambat. Breakfast sampai pukul 11 pagi. Aku datang pukul 10 macam tu. Qery tu liat sangat nak bangun. Aku dah jadi singa, jerit sambil bulatkan mata. Itupun dia tak takut. Dia bangun sebab kesian agaknya tengok aku ke sana ke sini sambil hentak kaki. Pastu ter hek hek hek. Hahaha! Stress gila gerak tak bangun2. 

 Nasib laaaaaaa suami sendiri ye tak. Liat bangun pun takpe rasa comel je.

(-_-)

 Second day banyak jalan-jalan. Cerita pasal dulu-dulu mula-mula bercinta. Gittew. Bajet romantik sangatla jalan-jalan sambil pegang tangan. Kuikuikui!


 Korang tengok gambar je tau.





Esoknye, pagi-pagi tu berdesup ke Johor. 


Qery dulu dia belajar kat Johor. Pastu berlagakla dengan aku konon JB tu tempat dia.


Aku ni sebenarnya jenis masuk kereta je tido. Tapi jangan nak kongajo sangat. Hihi! Baiklah kite dengar lagu sambil berkaraoke.


Terbaik la lagu KRU. Dia punye joget tu Kpop sangat. Huhu!

 Singgah rnr, aku nak membuang, sekali ada pulak Al-ikhsan kat sini. Hadoiii... terpaksa la berhenti. Kat Al-ikhsan ni je dah 30minit. Tapi semua size Qery mintak takde. Haha! Takde rezeki.. Selamat wang ringgit. Mihmihmih!

Kat JB kitorang menginap kat Hotel New York. Suggestion dari kawan dia. Aku tak kisah la mana-mana. Yang penting boleh tido.


 
 Gambar ni la yang ramai nak kata aku pregnant. Ish ish ish. kalau ada alhamdulillah la. Tapi takde rezeki lagi. Kekeke!

 
Tak boleh bla Qery masa ni, dia cakap sesuatu yang sangat lawak. Aku nak ambik gambo pun tertahan2 gelak.

Pastu ingat nak keluar jalan-jalan JB city Mall. Kitorang pun keluar la.

 Sebelum tu ambik gambar kat sini dulu. 

 Tapi takde luck la. Mana-mana shopping complex kat sini semua full. Aku masuk cari parking dengan 30 minit. Grrrr

Last-last kite pegi mana entah. Angsana kot. Yang free tax tu. Coklat dia murah2. Aku beli untuk Qery. Qery tu dia pencinta coklat, aiskrim.

Dah takde buat apa sangat kat JB, sebab terlalu sesak. Musim cuti kan. Agaknya semua orang balik JB. Jadi aku duduk hotel je. Sampai hotel. Aku suruh Qery pegi berurut. Kesian badan dia dah sakit-sakit. Kat hotel tu ada tempat urut.

 Aku lepak sampai malam. Tunggu Qery habis urut. Malam tu kite tengok bola sesama. Kelantan lawan Pahang kan. 

Sampai tertido.....

Esoknye nak pegi Singapore!!

to be contiune...

**********************************************************************

 
Sapa nak beli produk herbalife dgn harga ahli 35% boleh visit 

ig herbalifemurah atau 
fb fanpage Shake Murah atau
website www.shakemurah.shoppy.my atau 
direct 0184746941

shake n take ni pun boleh beli. Mmg best gila. Blend n terus minum pakai tumbler tu.

12 comments:

Chekgu Azrine said...

Bestnya nk pegi universal studio ek

Farah Aien said...

romantik !

Farah Aien said...

romentik !

Farah Aien said...

romentik!

Farah Aien said...

romentik!

Amyz Azlie said...

Yg ada free tax tu The Zone, sayang. Hihi. Next time gi JB, tanya akak nak gi mana k? JPO pegi tak ni? Tmpt shopping tuuu. Hihi.

honey said...

As salam sepet, should tell earlier dtg JB boleh ajak makan he2.

Shazwani Ramly said...

wahhh kemain byk tempat akak pergi ni. best ok best

Nour Eyza said...

dekat johor duduk hotel apa??

♥nurul♥ said...

romantiknya honeymoonnn hihik

thah salleh said...

best nya grand lexis tu. :)

mrs kayrul said...

hamboi jauh betul sambung cuti honeymoon nie...hehehe