Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Nov 14, 2013

Anje anje hangattttt....

Sebenarnya dah 2 hari Qery demam. Dan dah 2 hari aku belikan panadol. Panadol biasa tu. Aku tak suka sangat belikan yang jenis lain-lain. Hari pertama demam, malam tu baru sempat beli panadol.. Qery ni dia jenis kalau demam pun still nak buat kerja banyak-banyak. Bila tak larat baru mengadu kat aku. Muka dah merah-merah, badan dah lembik tu baru la 'yaaanggggg....yaaanggggg' Gitu kan. Huhu!

Panadol dah ada. Haih tapi Qery ni memang sejak lahir payaaaaah gila makan ubat. Aku ingat lagi, masa belum kapel dengan Qery, Qery call kata demam.Aku suruh la makan ubat, dia cakap dia tengah cairkan panadol. Der?? Telan je la panadol tu kan.  Ko nak cairkan buat apa. Lagi pahit. Tak paham aku. 

Tapi bila dah lama-lama, redha je. Semua ubat, dia akan cairkan dulu. Sebab dia tak sanggup nak telan seketul. Dia tak kisah cair, dia akan minum cepat-cepat. Ok fioneee... Lantak la. Asalkan makan ubat. Malam tu aku tertido sebab letih sangat. Esok pagi tengok panadol dah kurang 2 biji. Tak nak la tegur Qery, kang dia manja sangat. Hahaha. Dia tu bukan boleh tanya demam ke tak. Kalau tanya kang dia lagi nak itu nak ini kan...ter hek hek hek... Kekekeke

Semalam petang, dia balik dengan badan lemah-lemah. Bila tanya dah makan ke belum, rupanya tak makan lagi. Dia balik pukul 4.30 macam tu la. Sebab sekolah ada meeting. Dah bagi dia minum, aku tanya la nak makan ke tak, kalau nak makan aku masak kejap. Pastu Qery kata dia nak makan pun tak larat. Nak tido je. Ok la. Pegi la baring atas sofa. Lagi 15 minit pukul 5. Aku rasa la badan dia. Badan dia tak panas,tapi muka dia merah-merah. Kipas tak nak. Badan dah peluh-peluh. Aku pun ambik la air, lepas tu gerakkan dia. Suruh makan panadol. 

S : Bangun sekejap, makan panadol eh.
Q : Tak nak..tak nak makan panadol. Pahit..hek hek *sabojela*
S : Semalam tu boleh makan je.
Q : Semalam tu kite cairkan. kamu mana tau..tidooooo je...
S : Ala sekejap je. Telan cepat-cepat tak pahit la.
Q : Tak nak
S : Ok kalau makan sekarang, kite belikan kamu kasut eh.
Q : Tak nak kasutttttttttt.... tak nak ubattt...

Pfttttttt.....

S : Tak sayang kite la tu *ayat biasa, haha*
Q: Sayaaaanngggggg... 
S : Kalau sayang kenapa tak nak makan ubat..
Q : Ok pukul 5 kite makan ubat. Bagi kite lelap kejap.

Hishhhhh.. Ikut je la. Tapi aku rasa badan Qery lemah sangat ni mesti sebab tak makan lagi. So aku pun bisik la tanya dia nak aku masak tak..  Sekali dia kata nak nasi goreng. Laju-laju aku masak.  Bukan apa.. sapa tak sayang laki oii..  Hahaha! 

Masak nasi goreng, goreng ayam semua. Pukul 5.30 siap. Aku baru je nak gerak Qery, rupanya dia tak tidur. Dia bangun terus duduk, terus makan. Eh eh..lapar rupanya. Lepas makan tu dia baring balik. Aku apa lagi.  Paksa lagi dia makan ubat.

S : Makan la ubat. Sekejap jeeee... *dengan nada yang anje anje, hahaha*
Q : Hurm yela, tapi sebiji je.
S : Mana boleh sebiji. Orang dewasa kena makan 2 biji la..
Q : Tapi kamu dah janji nak bagi makan sebiji je

Entah bila-bila la aku janji kan..hihi!

Punyela payah. 2 biji panadol sampai 2 gelas air. Stress betul. 

Lepas tu aku sambung la buat kerja, dia baring kat sofa tu. Aku tulis alamat kat meja. Tangan aku tu aku tepuk2 la kaki dia suruh tido. Tengah khusyuk tetiba aku dengar sayup-sayup je...

'bagitau mak kiteeee'
'kite tak suka makan ubat'
'lain kali kena la cairkan dulu'

Aku toleh-toleh, tengok Qery tengah cakap pelan-pelan,dia tak tidur lagi. hahahaha! Tak puas hati kena makan ubat. Boleh??

S : Kan dah makan, hihi! Tido la, rehat sekejap. 
Q : Kalau kite mati tercekik telan panadol tu macam mana?

Kahkahkah!! Adoi la.. Lawak betul la Qery ni.

S : Ok ok, lepas ni kite cairkan yeah. 
Q : Erm... kite dah makan panadol kan.
S : Haah
Q : Kamu dah janji nak belikan kite kasut kan.
S : Iyeeeeeeee *pasrah*

Oooooooooooooo... yang tu dia ingat pulak. Hahaha!

Nasib laki sendiri. 


Layankan aje

Visit : My Shop

******************************************************

Glitter Shawl ni dari

Email : coversbynea@gmail.com
wasap : 0193505428

Shawl ni memang tersangat best. Lepas tu ada telekung yang cantik-cantik. Haritu ada orang tanya aku mana nak dapat telekung warna-warna yang cantik dan selesa kan. Korang boleh cari kat tempat yang sama k.


Aku punya warna dark purple. =)

17 comments:

ieda iedana said...

Adoi la Qery. manja overdose ni. ini kalau sehari 3 kali makan ubat, 3 pasang kasut dapat... sayang punya pasal kan sepet? hek hek *eh, tetiba*

Petak Bunga said...

nak ubat deman anak akak?..cair punyer

MamaFarah said...

hahaha..homei2 anjer cam gitu..layan jer la sepet..nak wat camner dah jadi suami kamu kan..pasrah kene belikan kasut...

maia-zach said...

hi sepet..akak ni silent reader..terpanggil nk komen..qery ada geng la..akak dulu pun cenggitu..cairkan dulu ubat bru leh makan..rela telan ubat cair yg pahit dr telan pill huhu..tu la manja sangat katanya..tp sejak dah tuoo ni kan..nk2 dh ada anak dua ni dah pandai telan ubat wuwuwu..

Sue Sopian said...

ni.. Qery ni kena amek ubat kanak-kanak ni.. siap makan ubat pakai picagari (kot namanya) terus.. haha.. comel je kamu berdua neh..

Filla said...

qery ni kalau dapat haku yang jaga.. mmg haku ikat dia.. pastu ngangakan mulut dia.. sumbat panadol 8 bijik.. hahahahahaha... sorry qery, tergangster plak hahahha.. getwellsoon!

:: Cik Viva :: said...

Tapi kalau cairkan panadol lagi pahit kot..baik lah telan terus je..hehe

Safarina Shaari said...

hehe...ade2 je kn si qery tu.... nsib baik bakal hubby kite x ssh nk mkn ubat....hehe

noryda jaafar said...

hahaha..tang nak report mak tatahan tu..!

atoyissan said...

sepet husband akak pon susah nak telan ubat tapi dia ni lain sikit..tak cair2kan ubat tapi dia kunyah terus ubat tu...tak kesah la kapsul ke tak suma dia kunyah..dia kata kalau tak kunyah tak blh telan....ha lagi advance...dah ghupa mcm makan nasik dah...lepas ni suruh la qery try plak

dari sisi hidupku said...

haha. kita pon susah nak makan ubat. klo boleh nak ubat cair je tapi dah besar gini, mana nak cari ubat cair.
so sweet of uollss. haha.

Si Tracey said...

Haha XD kalau ada lagi Qery junior amcm ek? hihihi

Oshin Kecik said...

lebih rela makan panadol sebijik dari cairkan huhuhu

Shazwani Ramly said...

hahahahaha comelnyaaa suami isteri ni :)

mrs kayrul said...

anjer2 betul qery nie...pasrah la lepas nie klu qery demam kena bagi panadol cair lagi...hehehe

Anis Shafeera said...

Alalalalala...anje sgt tuh hubby n wifey ni...heheheh..
tpi xpe abe qery...ade je org lain yang sama pesen..
kak sepet..redho je la...hehehe

Sya Mimie said...

amboi.. bukan kemain mnja lagi husband dia ye.. :)