Aktiviti Bersama Anak (Tampal)

Aku sangat paham emak-emak yang 'bukan taknak bawak anak keluar', tapi risau sekarang macam-macam kes.

OFKOS, sekarang ni memang menakutkan. Aku kalau ternampak orang share apa sahaja kaitan dengan budak, tak kisah la budak kena pukul ke, kena tarik ke, apa je lah. Aku akan cepat-cepat hide status tu. Bukan lah tak berpijak dibumi yang nyata. Tapi tak sanggup nak tengok sebab mood satu hari boleh merudum terok. Anak kita sakit perut pun kita risau, inikan pulak kalau jadi benda yang tak di ingini. Moga dijauhkan.

Tapi korang boleh cuba, setiap kali keluar rumah. Bacalah doa. Aku sejak dulu zaman anak dara memang setiap kali keluar rumah akan baca ayat kursi. Pergi mana-mana aku akan baca ayat kursi (sebab ayat kursi je mak hapal, hahaha). Dengan harapan Allah jagakan diriku. Jauhkan mata-mata kejahatan dari keluargaku. Butakan mata mereka (siapa yang berniat jahat) dari melihat keluargaku. 

Qery selalu nampak mulut aku kumat kamit sebelum masuk kereta, hahaha! Aku akan baca sampai masuk kereta. Baca doa dan yakin Allah akan jaga family kita. Tapi kau baca tu jangan la lepas tu ko biar je anak main mana-mana, haha! Kena lah tengok jugak.

Kalau korang tau ayat lain, baca lah ayat apa yang korang tau, tak kisah lah asalkan baca doa, niatkan untuk jaga dan pelihara keluarga kita. Amalkan sebelum keluar, dan sebelum masuk rumah. Balik rumah tu aku baca supaya syaiton atau iblis tak ikut masuk rumah. Walaupun perangai sendiri boleh tahan harom. hahahaha! 

Inilah senjata kita orang Islam, jadi gunakan dengan bijak... #ustajahkembalilagi.

 Tapi jangan risau, kalau selalu dapat keluar, korang boleh buat aktiviti dalam rumah. Selain menyepahkan mainan, korang boleh cuba main tampal-tampal ni dengan anak. Selalu kita buat masa Pendidikan Seni je kan. Jadi korang boleh la jadi cikgu PS kat rumah. Aku rasa anak kita happy dah buat aktiviti santai macam ni. Macam kita dulu lah, waktu paling best adalah Pendidikan Seni, sebab tak stress, sebab santai, sebab sambil buat boleh main-main. So sama je konsep dia dengan bebudak. Tapi jangan lah push, takat mana yang dorang boleh. Prektis sampai pandai.

 Modal dia tak besar sangat, kiranya mampu la untuk korang beli. Kertas besar, mahjong pun takpe. Lukis sendiri, dan takyah la beli kertas warna gam bagai. Leceh sebab belum lagi tahap anak kita umur 3 tahun ke bawah boleh buat. Beli je sticker, terus tampal. Mudah, mak pun takyah leceh nak lap gam sana sini tumpah.

 Runako masa ni baru setahun enam bulan kot, kecik lagi badan je beso, haha! Pun join skali abang dia, tapi tah mana hala sticker dia aku pun tak tau. 


 Qaiser memang cermat, dia buat apa pun kemas. Memang dari dia kecik lagi perangai camtu.

 Tengok eskem Runako tu, hahaha!




 Muka lagak sangat. Qaiser aku tak tau lah kalau besar nanti macam mana. Kalau kemas memang kemas, kalau terabur satu hape tak jadi, hahaha!

 Bangga sangat dah Ako.



 Kitorang simpan kertas kerja dorang ni, nanti boleh tengok beza dia macam mana.

 Runako punya hasil.

 Qaiser punya hasil. 



Hahaha! Sticker love habis. 

Ada banyak lagi aktiviti korang boleh buat, aku share yang ni dulu. Next kita share yang lain pulak eh.

Comments

Warisan Petani said…
Nampak kemas hasil kerja mereka.