Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jan 13, 2017

Mintak Tips Anak Tak Nangis Pleaseeee

Sejak masuk opis ni, biasalah rutin pagi-pagi nak hantar anak tu drama sikit. Yang Runako tu okay la tak paham apa-apa lagi. Yang Izz Qaiser ni, uihhhh dia memang boleh keluar air mata dalam masa satu saat je. Hahahaha!

Kita ni kadang nangis tu cebek-cebek dulu, tunggu jap baru keluar air mata kan. Dia takde ye, terus berjujuran air mata dia. Sekali pakej muka merah kat dahi. 

Asikla nak ikut mami, nak duduk rumah mami je, nak ikut mami work. Huhu! Setiap hari la macam tu. Jenuh la atoknya memujuk. Setiap pagi ayah mertua aku akan ambik cucu-cucunya, then hantar aku pergi opis. Iolls kan manja suka nyusahkan orang. Hahaha!

Permulaan nak bukak opis kan macam banyak benda nak buat, banyak barang nak kena beli. dalam seminggu tu ada la 3 kali kot balik lewat. Nak maghrib baru ambik anak. So Qaiser cam stress je dia. huhu! 

Korang ada tak tips nak buat macam mana. Macam mana nak bagi anak tak nangis, hahaha! Aku punyalah letak mainan best-best. Pastu kadang tu janji belikan mainan. Semua tak jalan. Huhu!

Ke memang konsepnya kena redho je. Haha!

Adududu Izz Qaiser

5 comments:

ain.ya.nun. said...

Konsep hati kering dan bersangka baik pun boleh ditambah juga :D

IQ = Iez Qis said...

huhu, xde pengalaman lagi anak menangis kaw2, sebab anak baru 1tahun 3bulan, dia menangis nak ikt tapi pengasuh umpan dengan tgk didi & friends..huhu

Nory Zoulkefle said...

Mula2 je tu...lama2 nnt dia akan biasa dan mula redha.....hehehhe...

shedevil said...

Haah betul kena hati kering at the same time kita berdoa la semoga anak2 kita okey tak nges dalam keadaan baik2 jk. kena tawakal. anak2 pon lama2 nanti dah biasa depa pon redha. hehe.

ellanadjla said...

mak ella ajar.. biar anak yang tinggalkan kita bukan kita yang tinggalkan dia.. contohnya atuk datang ambil babai tinggalkan mommy.. kalo tak menjadi jawabnya redho je lah..