Jan 1, 2016

Selamat Tahun baru 2016!!

WOW!! Macam tak percaya je aku update harini. Huhu! Anak tengah tidur, so slow-slow bukak komputer. Konon nak siapkan kerja-kerja tergendala, tapi nanti kejap lah. Kita borak-borak dulu. Dah alang-alang harini tahun baru kan, jom la kita mengimbau kembali kenangan tahun 2015.

Untuk aku, banyak benda yang manis-manis terjadi, tapi ada jugak yang pahit. Yang manisnya, bila dapat tahu Izz Qaiser bakal dapat adik. Seronok tu Allah je yang tau. Tak sabar nak bagi dia main dengan adik dia, sebab kesian dia tak ada kawan. Asik aku tengok muka dia, dia tengok muka aku. Haha! Kehidupan pun Alhamdulillah, lancar je. Kot ada sikit-sikit tu, biasalah. Orang kata langit tak selalu cerah, mendung hitam beralih jua. Gittew, hahaha!

Yang terpaling pahit sekali bila mak kena rompak kat kedai. Rasanya sorang pun adik beradik aku tak ada cerita lagi, walaupun kat facebook. 2 bulan lepas kot, dapat wasap dari family mintak semua balik, sebab mak kena rompak. Perompak tu pijak badan mak, pusing dan hempas badan mak ke dinding, siap bawak parang. Kejadian tu jadi petang lepas solat Jumaat. Terus Ode bawak mak ke hospital sebab dada mak sakit. Yelah mak kan pernah buat pembedahan buang ketumbuhan kat jantung, so risau lah kot ada apa-apa effect ke, plus memang badan habis lebam-lebam.

Then boleh nak dikatakan sampai sekarang ni mak melalui fasa trauma, stress, tak boleh duduk sorang. Dah la still nak serasikan diri bila arwah abah dah tak ada. Itupun masih terbayang-bayang katanya. Sunyi, cakap sorang-sorang cuma bayangkan je arwah abah ada. Tetiba tambah pulak dengan kena rompak semua. 

Haritu aku dah bawak mak ke hospital untuk cek mental fizikal, memang confirmlah yang mak stress and trauma. Gitu. Itulah yang paling pahit sekali untuk tahun 2015.

Azam untuk tahun 2016, memang tak ada terfikir apa sangat pun. , aku doa perkara baik je lah yang berlaku untuk kita semua. Fikir yang baik-baik, buat yang baik-baik. Macam tu. Lama dah aku tak ada azam, haha! Dulu masa tak kawin lagi, tiap tahun pasang azam nak kawin, kahkah! Aku nak kawin tu bukan lah sebab dah gatal sangat, eceh cover diri sendiri pulak kan. =P

Aku nak kawin, sebab tak sabar nak keluar dari rumah dan berdikari hidup sendiri tanpa menyusahkan orang tua. Pulak tu umur mak abah aku dah berapa dah. Masa aku kawin mak dah 62, abah dah 71. Kan dah tua tu. Rezeki aku lah masa kawin mak and abah ada lagi. Kalau tak mungkin masa nikah tu aku nangis cam onggila. Huhu!

Cuma 6 bulan lepas kawin, abah dah mengadap Ilahi. Tak sempat nak tengok cucu anak bongsu kesayangan dia ni, huhu!

Eh ok lah, aku sambung buat kerja jap. Kang kalau tetiba Izz Qaiser bangun, lagi satu hape tak boleh buat. Kbye.




4 comments:

All About AnaYna said...

Alaa kesiannye mak sepet...tp syukurlah mak selamat.alhamdulillah

cik nur said...

Selamat tahun baru moga tahun 2016 di permudahkan untuk kita semua :)

Amyz! said...

Mak ok tak? Allahu akhbar. Dugaan. Hrp adik dgn family sentiasa tabah.

attyfir said...

ya allah sian makcik..
kedai kty aritu pun kena rompak nov 2015 ..
nasib staff x di apa2kan sbb tgh pregnant.
smoga 2016 makcik diberi kesihatan yg baik, bahagia bersama anak2 dan cucu ,amen..takecare tu sepet