Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jan 6, 2016

Nak Bukak Booth!


Actually, aku dah lama nak mencari booth-booth untuk dibuka ni. Tapi badan tu macam larat tak larat je nak join. Kandungan dah masuk 6 bulan lebih ni, rasa macam ada gak sakit pinggang kalau berdiri lama-lama. Masa mengandung Izz tak ada macam ni. Rilek je seharian duduk tak ada apa masalah pun. Kali ni cam sakit pinggang, mungkin sebab kali ni gemok sikit kot, hahaha!

Serius tau, kali ni punya tebiat memang lain sikit. Aku still muntah kalau salah makan and kalau perut kosong. Lepas tu terasa cepat beno lah penatnya. Mungkin dulu mengandung je. Tak ada anak nak di jaga. Kali ni dengan mengandung, dengan anak still kecik lagi, pulak tu masih lagi menyusu sikit-sikit. Oh aku dah mix dengan FM sebab susu badan tak berapa nak banyak. Tapi effect kepenatan dia masih di situ lah. Huhu!

So haritu kawan Qery ada nak bukak Food Fiesta kat area Cheras. Dia ajak join bukak booth sekali. Fikir-fikir, eh cuba je lah. Lagipun sehari je. Tak ada lah nak survive sangat untuk permulaan ni kan. Boleh la aku join menyibuk kengkonon beramah mesra dengan orang yang datang nanti. Ini pun dah suruh Qery sediakan pembesar suara yang heller tu. Aku nak menjerit-jerit sekali nanti, hahaha!

Nak cerita lelebih, macam lambat lagi. Nanti bila dah dekat dengan tarikh nak bukak booth tu, aku war-war kat sini eh. Sapa yang dekat-dekat area tu nanti mohon datang beramai-ramai. Hihi!

Pastu kalau ada sesiapa yang nak ajak Kak Sepet join mana-mana booth, tak kisahlah kat mana pun. Boleh la contact Kak Sepet, direct pm kat facebook, atau wasap je 011-2107 6726. Kalau kami berdua (Kak Sepet + Qery) free, memang kita akan join. Carboot Sale pun kami boleh join asalkan tarikh tu free, kita ON. Hihi! Tapi bagitau awal lah ye. Takmo la minggu depan nak bukak, then minggu ni baru tanya. Nanti kelam kabut dibuatnya, huhu!

Okey tu je, nanti sambung lain. Baru duduk kejap aku dah sakit pinggang. Mak aku pun tak camni, haha! Bye

3 comments:

Yana Libra said...

moga semua urusan dipermudahkan ye

Amyz Azlie said...

Insya Allah semuanya akan baik2 je. Jaga diri baik2. Banyakkan rehat gak ok. ☺

yaya cendana said...

assalamualaikum...yaya dah follow sini....follow back yek...
mohon kunjungi dan tinggalkan komen di sini
http://www.yayacendana.com/2016/01/pergi-seminar-di-agrofarmstay-durian.html

tq ^_^