BOOTH SEQY BEAUTY 1.0 2016

Assalamualaikum semua!

Wah semangatnya aku update blog harini, haha! Aku tau korang bosan nak kerja hari Isnin ni, jadi meh la baca blog dulu. Nak cerita dari mana entah. Khamis lepas aku pegi Ikea Cheras nak beli rak untuk letak barang-barang display kat booth.

Yelah, kitorang tak pernah bukak booth kat kawasan open macam ni, penganjur cuma bagi khemah, kerusi and meja panjang. So kami nak hias-hias sikit lah kemah, nampak semenggah sikit, nak kerja pun happy tengok booth cantik. Gitu kononnya, huhu!

Aduhai nak masuk Ikea Cheras pun, memang membuatkan iman ku hampir-hampir habis melayang. Dengan banyak jalan tutup, constuction sana sini, dah la takde signboard langsung, dah terpusing2 menggagau nak masuk celah mana. Aku dah cakap kat Qery kalau pusing kali ni tak jumpa jugak jalan nak masuk, kita balik je, pegi je la cari kedai perabot tepi jalan tu ha. Baru habis bebel, terus nampak lorong masuk, nasib baik, huhu!

Nasib baik jugak aku pegi tu tak ramai orang. Boleh la nak pilih dengan tenang. Banyak rak cecantik. Pening nak pilih mana satu. Rasa cam nak beli semua pun ada. huhu! Tapi kami pilih yang murah-murah je la. Yang cantik tapi murah, gitu. Yang mahal terus nampak tak cantik, haha! Dasarrrrrr sangat perangai tu.

So esok malam tu, mintak tolong adik Qery pasangkan rak. Adik Qery ni selalu lah jadi mangsa pasang2 rak bila Qery beli rak, haha! Laki aku ni dia tak pandai sangat pasang2 benda alah ni. Pagar kat tangga tu pun aku yang pasangkan. Jadi kau jangan harapkan apa2 untuk kerja2 bertukang ni kat dia, kekekeke! Tapi tak ngape lah, banyak lagi kepakaran lain yang dia boleh buat seperti bermain bola dan bermain badminton. Kahkahkah! Matiklahhhhh kutuk laki sendiri, kompom jap lagi kena pujuk.

So import lah Syah and Fieya ke rumah, mintak tolong dorang pasang2 barang sikit, pastu Fieya tengok2 produk and nak tau sikit-sikit info produk sebab esok dia nak tolong jaga booth sekejap. Sekejap tak sekejap sangat, lama jugak dia stay, hahaha! Aku pun tak prepare apa sangat, nak redah je bukak booth.

Kali ni event yang kami join ni tak besar pun. Seriuslah, ekceli ada 4 booth je kot yang sewa tapak kat situ. Maksudnya 4 booth besar lah. Booth Seqy Beauty salah satu penaja cabutan bertuah kat sana, so dapatlah kami tapak yang besar dari kedai lain. Yang lain tu, ada sederet pameran-pameran apa entah, aku pun tak sempat jenguk, haha! Sibuk kat booth sendiri, tapi nampak lah ada nurse-nurse, mungkin ada kempen derma darah ke apa tak tau lah. Pastu ada sederet gerai makanan. And ada la booth kecik dalam 2 3 camtu kot, itupun jual insurance and gerai jual dadih kot. Aku memang tak sempat langsung nak buat round. Duduk booth je sibuk nak bergambar dengan customer. Haha!

Event tu bermula jam 10 pagi sampai 11 mlm. tapi disebabkan itulah pertama kali penganjur ni buat event, so cam kelam kabut sikit. Banyak benda yang pending. Patutnya gerai makan bukak pukul 12 tengah hari, tapi lepas Zohor baru bukak. Takpe lah, semoga lepas ni kalau buat event lagi dah lancar gitu. Hihi! Tapiiiii booth kami tetap bukak mengikut masa yang kami tetapkan, ewah! Hahaha!

Pukul 9 lebih macam tu dah sampai sana, set up barang-barang. Angkut stok, pasang itu ini, susun-susun. Aku takde lah membantu mana pun. Aku tolong menyibuk je, pastu ambik gambar, ngadap fon update instagram, hahaha! Sabtu tu, aku rasa ada kot 30 gambar aku upload, itu je la kerja tetap aku selain bergambar dengan customer, kahkahkah!

Kitorang ni memang tak ada apa-apa pengalaman langsung bukak booth, so adik ipar iolls ni memang kerja dia dulu jaga booth manjang dengan company, selalu lah dia set up sana sini, and boleh nak kata dia jenis yang hu ha hu ha lah, riuhkan keadaan, sama jugak dengan biras aku tu, dua2 jenis banyak cerita and peramah. Event kecik pun jadi bising, huhu!

Aku tak expect apa-apa pun untuk booth kali ni, sebab aku pun paham 16 haribulan tu orang tengah takde duit sangat. Lagipun banyak duit dah habis beli barang anak sekolah. Kiranya bukak booth ni untuk suka-suka je. Nak perkenalkan Seqy Beauty kat orang ramai. Sekurang-kurangnya orang yang lalu-lalu tu, kalau dia taknak beli lagi pun takpe, asalkan dia pernah dengar nama produk Seqy Beauty tu. Yela produk ni kan baru lagi, masih kecik lagi, banyak benda yang kitorang kena buat untuk perkenalkan nama. Tapi kitorang buat ikut budget lah. Sewa tapak yang murah-murah, kiranya ukur baju badan sendiri, gitu.

Yang sangat terharu, booth tengah set up, dah ada pembeli. Rasa nak nangis tau. Hahaha! Terus ambik gambar dengan customer pertama kita ni ha. Datang-datang memang terus beli je, tak tanya banyak pun. Ni mesti dah tengok blog kita suruh datang beli kat booth, hihi!

Then tak putus-putus orang datang beli, bukan setakat regular customer, ramai jugak customer baru yang datang beli. Ada satu family ni, pakcik tu belikan untuk isteri dia. Wow and sweet sangat. Selalunya suami-suami ni jarang lah nak dengar sekali explaination pasal produk, dia lantakkan je isteri dia dengar, sebab bukan dia nak pakai pun kan, haha! Tapi pakcik ni duduk sekali dengar, siap sporting ambik gambar sesama lagi. Huhu! Semoga bahagia lah family ni sampai bebila.

Ada ramai gak customer yang kelakar2. Sorang kakak ni datang dengan anak dia. Anak dia kecik lagi, rasanya darjah2 kot ada dua orang. Maknya beli BB Cream, kitorang cuma jual code natural and brown je kat booth. So mak dia nak code natural lah, sekali anak dia cakap dia nak code brown, nak pakai gi sekolah. Tak nak kena cahaya matahari. Amboi sangat kekecik dah pandai jaga kulit. Hahaha!  Dah bergaduh anak branak tak nak kongsi BB Cream punya pasal, keke! Takde lah gaduh, ala biasalah mak and anak gaduh2 manja.

Dah beli tengah hari tu, petang datang booth balik nak tunjuk kulit dia lepas pakai BB Cream. Ya ampun, cantik gila memang berubah kulitnya, hahaha! Anak dia pun cakap, memang cantik lah mama, nampak berseri-seri. Tergelak2 kitorang. Memang kakak tu puas hati sampai datang balik nak tunjuk kat kami. Huhu! Katanya nanti skincare dia habis, nak beli set Seqy Beauty pulak. Gituuuu.

Ada sorang kakak ni lagi lah, dia cakap dia datang booth sebab terpikat dengan tagline 'PAKAI SEMINIT CANTIK SELAMANYA', hahaha! Team Seqy approach dia beli, memula tu cam nak tak nak jugak, yela sebab first time kan. Pastu terpengaruh jugak dia bila tengok testimoni semua, huhu! Siap dah pakai, and nak promote kat kawan2 tempat kerja. Sekali rupanyaaaaaaa kakak tu isteri owner Mee Kari Udang Galah tu, hahahaha! Sabar je la, kalau tau aku paksa beli semua sekali. =P

Memang macam-macam ragam customer yang lawak-lawak. Tapi memang semuanya sporting habis. Serius tau tak tipu. Ada ramai jugak pembaca blog yang datang, semua kena paksa ambik gambar dengan aku, hahaha! Ada tu termalu-malu nak ambik gambar, kena pujuk rayu terpaksa jugak bergambar. Hihi! Tq tau semua yang datang, memang tak sangka langsung ramai jugak pembeli kat Cheras ni ha, ada tu datang dari Shah Alam.

Ada jugak yang taknak bergambar, malu katanya. Hihi! Takpe lah malu ambik gambar pun, asalkan beli, kahkah! Paling tak boleh bla, disebabkan booth kami memang betul2 tepi jalan. Aku punya team Seqy beauty selamba lek lek pi ketuk pintu kereta orang yang lalu2 tu edarkan flyers, hahaha! Siap ada yang beli drive thru okay. Tak boleh bla. Yela susah nak cari parking, senang drive thru je lah kan. Pun dapat gak produknya. =P

Walaupun tengah hari tu cam hujan gerimis and petang tu hujan lebat, booth Seqy Beauty tetap ada customer. Aku petang tu balik kejap, nak ambik stok yang tak cukup and nak makan sekali. Rehat sekejap pastu datang balik booth, rehat kan take turn kan. Alhamdulillah dapat TEAM yang sangat membantu, pandai approcah orang, pandai expalin kat customer, tak merungut pun walaupun panas berdentinggggggg petang tu, berhujan bagai. Sampai lewat malam pun masih senyum muka manehhhhhhh je memasing.

Tq sangat kat staff kami yang banyak close sale, yang jujur amanah pegang duit, yang tak berhenti2 bercakap, yang semangatnya sama dari pagi sampai malam. Huhu! Kalau nak harap kami laki bini, rasanya tak mungkin kitorang boleh bukak booth ni, memasing tak boleh kerja penat sangat, kahkahkah! Gurau hambar.

Malam tu family aku ramai yang datang. Mak, Ceera, Kaklang, Ayie, Ode, Kak Ninie, Kak Ida. Ha Kak Ida siap beli lagi support bisnes adik ipar, huhu! Siapa lagi datang, Ciput, Banglang, Ajai, Ayin, anak-anak buah, mertua aku pun datang malam jenguk. Izz Qaiser pun datang bersama mertua. Huhu! Kesian mertua aku kena jaga cucu dari pagi sampai malam. Esoknya Cepul cakap memasing baring tak gi joging, hahaha! Mertua aku ni rajin jog pepagi. Agaknya penat sangat lettew, kesian betul. Huhu!

Ada gak kawan-kawan yang datang membeli, kawan aku and kawan Qery, jiran sekampung pun ada datang, hihi! And korang yang risau-risau eh boleh ke Sepet ni ngandung2 bukak booth. Aku banyak duduk je pun, berdiri kalau nak bergambar and salam-salam orang je, haha! Mungkin sebab semalam ramai datang booth, kiranya macam penat tu tak rasa langsung. Rasa puas hati je dan rasa bersyukur yang teramat sangat.

So aku kepilkan BANYAKKK gambar untuk korang tengok kot-kot lah ada sedara mara korang yang beli produk Seqy Beauty Sabtu lepas, hihi! 

 Masa ni tengah susun2 barang.



 Masa ni Qery balik rumah jap, boleh pulak tertinggal BB Code 3, huhu!


 Biras iolls yang menyusun, harapkan aku.. krik krik krikkkk la jawabnya, huhu!



 Rak beli kat Ikea


 Dah sampai BB Code 3, ok bergambar dengan Qery jap.

 Tak cukup korum ni, ada yang memalu nak masuk camera. Huhu!



 Tengah briefing kat adik-adik ni sikit.

Siap ada buku testimoni uolls, senang customer baru nak tengok, semua yang tengok tu kompom terus beli, haha!
 
 Customer pertama yang beli, sebelum booth siap dah datang tau. =P
Tq awak!

 Masa ni semua orang pun belum bukak kedai, tapi dah ada orang datang berkunjung kat booth Seqy Beauty. 






 Kakak ni lah isteri owner Mi Kari Udang Galah yang aku cerita tu, tengok tu memula datang singgah je. Tak puas hati, petang datang balik nak beli. Malam pun datang lagi nak tunjuk dah pakai BB Cream. Hihihi!

 Akak ni pulak yang tengah hari datang beli BB Cream, petang datang balik bagitau puas hati pakai. Tu anak dia tengah puji mak dia la tu, haha!

So bawah ni antara customer yang berjaya kita pujuk untuk ambik gambar sesama, kekeke!










  Eh rasanya cam ada lagi lah, gambar Asmar, gambar Kak Ida, tak snap kat camera, snap kat fon je. Aku transfer gambar dari camera je, malas nak transfer gambar dari fon, kang pening tengok ada banyak nau gambar, huhu!

 Dasat team Seqy Beauty, sampai payungkan customer lagi, haha!

 Cabutan bertuah, kitorang sponser 20 hamper.

 Kejadian drive thru ittew.

Kesian 2 orang team Seqy ni ha, kitorang buat baju tak kena dengan size dorang, haha! So merasa lah pakai sling bag Seqy, semata-mata nak bagitau dia tu team kami, hihi!


Bawah ni suasana di hari kejadian.





Antara stokis Seqy beauty yang sempat singgah booth.

Family aku yang datang malam2 bagi support.

Bawah ni gambar nak tutup kedai dah. Kitorang tutup pukul 10.30malam. Patutnya pukul 11, tapi risau pulak anak dara dua orang tu haaaaa kalau balik lambat sebab dorang naik motor. Cukuplah harini, jangan tamak nau. Huhu!

 



So next booth korang nak aku bukak kat mana, yang korang senang nak datang. Dan kalau boleh SEHARI PUNYA EVENT. Hahaha! Pahamlahhhhh aku ni ha, sehari boleh la buat masa ni. Kalau berhari-hari tu rasanya patah gak pinggang. Tapi kalau dekat-dekat apa salahnya kan. Kalau korang rasa ada booth yang harga sewanya berpatutan tu contact la 011-2107 6726. Insyaallah kami akan fikirkan untuk join.

So kesimpulannya, TERIMA KASIH kat semua yang datang, yang membeli, yang mencuba, yang menyokong, yang membantu. TQ jugak untuk Team Seqy Beauty yang sporting habis, yang bersemangat waja sampai ke malam. Nanti kita bekerjasama lagi tauuu.. Again, TQ cutomers, i love uolls! Muah! 

p/s : Kalau aku typo, mohon pahamkan sendiri, malas nak cek balik. Huhu!

Comments

Rizziela said…
bestnya.. ku lihat hijau
Liyana Anuar said…
meriahnye :)

kalau nk jd agen camne ye?
ika said…
dtangla johor sepet..buka booth kat johor..gerenti ramai dtg..
Juls Julie80 said…
Putrajaya pelissssssssss...kalau ade jualan puspanita tiap kali gaji tu sepet nak tak..?
Juls Julie80 said…
sewa tapak rm50 jer kali x silap...
mrs kayrul said…
x sempat nak terjah masa buka kat situ...huhuhu