Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jan 14, 2016

Tips Berniaga Kak Sepet

Ramai di antara kita ada problem tak boleh tengok ADA DUIT dalam bank kan. Hihi! Ok lah ni aku cerita berdasarkan pengalaman aku sendiri. Kalau korang berfikiran positif, maka perkara baiklah yang korang dapat. Kalau korang nak berfikiran negatif, maka yang buruk lah dapatnya. Gittew.

Masa aku kerja full time jadi Penolong Pegawai Farmasi, aku memang dah start buat part time online. Kiranya suka-suka je la. Suka tengok ada pendapatan lebih. Tak pernah pun aku devide kan mana modal, mana untung. Kadang tu termakan gak duit modal. Dah kata pun tak serius, saja suka-suka sebab tak terdesak nak buat apa-apa pun. 

Then sampailah satu hari aku berhenti kerja. Ha yang ni tak boleh main-main dah. Sebab memang TAK AKAN ADA INCOME TIAP-TIAP BULAN kalau aku tak kerja keras. Gitu. Dalam akaun bank memang ada berapa je yang tinggal. Ratus kot. Rasanya ratus-ratus je yang ada. Sebab kebetulan aku berhenti tu masa nak raya. So banyak gak pakai duit. Tinggal ratus tu je lah bekalan nak menampung makan-makan and modal nak meniaga.

Mula-mula aku buat pre-order sahaja. Sebab takde duit modal. Kumpul order lah, 2 hari order baru pegi ambik barang. tapi dah bagitau kat customer awal-awal pos lambat sikit sebab dah kata pun pre-order.

Haaaaaa, ada orang tak tau beza dropship dengan pre-order.

Pre-Order, kita ambik order dengan orang, dan pastikan orang tu buat payment dulu. Kita tetapkan tarikh bila kita akan pos barang, atau keep update dengan customer bila barang akan ada. Gitu. Then ofkos kita akan keluarkan modal (hasil payment customer tadi) untuk beli barang tu, dan kita sendiri kena pegi pos.

Dropship ni kerja palinggggggg senang. Promote je barang, kalau ada orang beli, kita akan inform stokis/agen (orang yang setuju untuk ambil kita sebagai dropship), and stokis/agen ni yang akan poskan. Dropship cuma ambik order and terima payment. Tak perlu modal langsung. 

Ok, habis cerita tu. Huhu! 

Modal pertama yang aku perlu laburkan untuk satu produk ni adalah RM1750. Uih takde duit tau. Serius lah mana nak datang duit banyak tu. Itu macam sebulan punya gaji tau. Huhu! So aku buat pre-order. Kumpul duit dari situ. Dapat je duit tu terus beli brg and pos ke customer. Alhamdulillah la masa tu memang ramai membeli. So bila ramai membeli, lebih cepatlah aku dapat duit modal. Seminggu je buat pre-order. Bila dah ada duit untuk rolling produk, aku tak guna langsung duit tu untuk enjoy ke apa.

Mula-mula aku restock 50pcs, then bila duit bertambah, next aku order pulak 100pcs, pastu makin lama makin naik, 150pcs dan bertambah-tambah. Gitu. 

Masa tu baru 2 minggu buat bisnes online. Lepas dah bayar barang semua, saja lah nak cek akaun ada tinggal berapa. Terkejut sangat ada balance RM8000+. . Oklah fine mungkin bagi orang yang gaji besar, rasa nak gelak je tengok amaunt RM8000 tu kan, huhu! Mungkin ada orang memang tiap2 bulan dapat gaji RM8k. Tapi untuk aku yang sebelum ni terima gaji bulanan RM2k, rasa nak nangis tau sebab tak pernah pun ada duit dalam bank banyak camtu.

Simpan duit, simpan taknak enjoy pun. Kalau nak merasa mewah pun aku akan ajak Qery makan tempat yang mahal sikit sebab nak merasa. Gitu. Hihi! Bulan pertama aku buat online ni, dengan bersungguh-sungguh, dengan tak pernah berehat walaupun sehari, dengan promote dan study setiap malam, tak cukup tidur sebab nak keep update dengan customer, aku dapat lebih dari RM30K. Tapi ni modal bercampur untung lah ye. Huhu!

Ok dah stop sampai situ je aku boleh share, haha! Ini kisah aku, bulan pertama aku berniaga. kalau korang rasa aku nak berlagak ke apa, terpulang lah. Pemikiran masing-masing, aku tak dapat nak mengawalnya. Huhu!

KLIK SINI kalau nak baca kisah dan cara aku menambah produk

Ceritanya kat sini, aku nak bagitau korang. Disiplinkan diri, duit modal tak perlu usik. Kalau nak bisnes berkembang, modal pun kena berkembang. Kalau bulan ni modal RM50, takkan bulan depan pun modal RM50.

Kena buat target. Jual barang RM100, untung RM30. So RM70 JANGAN USIK! Contohlah kalau bulan pertama korang dapat jual 10 barang. So keuntungan RM300. Separuh tu simpan lah pegi mana-mana tempat yang susah nak keluarkan. Lagi separuh boleh belanja. 

Kalau ikutkan aku, aku buat sistem bergaji. Aku hanya ambik gaji yang aku perlukan je. Contoh sebulan aku nak guna berapa. Duit nak bagi Mak , Abah, Bil Telefon, Duit Makan, Duit Shopping , Bla Bla Bla RM2000. Kononnyalah. So aku hanya ambil RM2000 tak kiralah keuntungan aku bulan tu berapa. Yang lain aku rolling modal dan tambah lebih banyak produk. Gitu.

Makin tinggi target, makin tinggi lah usaha korang.

Nak ceritakan APA USAHA yang aku pernah buat.

1. Setiap malam tidur lambat. Aku study setiap satu produk yang aku jual. Aku banyakkan membaca. Masa tu jual vitamin, jual produk kurus. Aku belajar kenapa orang ni pakai tak sesuai, kenapa ada orang pakai sesuai. Apa puncanya, macam mana cara atasi, macam mana cara jawab dengan customer, apa yang boleh buat sesuatu produk tak berkesan, apa punca2 lain, dari sekecil2 sebab aku cari dan belajar. Bukan satu produk je tau aku terhegeh2 buat camtu, huhu! 

Sebelum jual tu aku memang dah study sesiap. Sebelum jual kat orang memang dah kena tau apa fungsi utama, apa fungsi sampingan, sesuai dengan siapa, macam mana cara nak guna dengan baik. Setiap orang tak sama cara penggunaan. Semua tu aku belajar sendiri, tanpa tanya kat orang.

Bagi aku, kalau kita nak menjadi penjual, kita mesti ada ilmu. Kita pun kalau pegi mana2 shopping mall, kalau kita tanya seller tu, kita harapkan dia tau jawab setiap soalan. Contohnya kalau pegi kedai handbag, mesti seller tu ada pengetahuan, tahu jenis fabrik, tahu macam mana nak pasang tali, macam mana nak cuci bag, ada berapa compartment, apa beza bag ni dengan beg tu. Kalau seller tu jawab semua soalan yang kita nak tu dengan bagus, kita suka lah kan. Sekali beli mesti nak beli lagi.

Kalau kita tanya seller tu bag ni jenis fabrik apa, dia jawab TAK PASTI LAH RASANYA ....... datang dari mana, ERM NANTI SAYA TANYA SUPERVISOR SEKEJAP.... korang rasa?????? Yakin tak nak beli? Huhu!

Sebab tu lah pentingnya ilmu ni. Bila kita ada ilmu, customer yakin dengan kita. Barulah dia nak beli. Ini kalau jawab pun KEJAP YE, KEJAP YE, memang kejap je lah customer tu contact korang, hihi!

2. Reka Gambar Sendiri. Walaupun gambar aku boleh ambil je dari mana-mana page Official Produk tu, tapi aku jaranggggg buat macam tu. Selalunya aku gigih ambil gambar dari pelbagai sudut, haha! Lantaklah orang nak kata bilik aku bersepah ke, aku punya posisi produk nampak kelakar ke, gambar aku tak terang ke, gambar aku tak sharp ke. Aku tetap bersungguh setiap hari keluarkan gambar yang berlainan. 

Sebab apa? Sebab aku nak yakinkan customer yang aku ada simpan barang. Dan customer pun tak boring tengok gambar yang sama setiap hari. Macam harini dia tengok gambar tu kat instagram, esoknya tengok gambar posisi yang sama. Lusa dia dah malas nak tengok, komfem scroll laju2, haha! Customer ni pun kita tak jangka, gambar mana yang betul2 boleh pikat hati dorang. So pelbagaikan lah imaginasi korang. Aku suggest selalu keluarkan gambar sendiri sebab kalau korang asik copy gambar dari HQ, customer was-was yang korang ni ada ke tak stoknya. Entah2 jual gambar je, takutlah dorang seller tipu ke apa kan. Sesekali atau kerap lah tayang produk korang dengan kreativiti sendiri.

3. PR kena bagus. PR ni Public Relation, cara korang menyampaikan sesuatu, cara korang berinteraksi dengan seseorang. Cara korang tu bukan setakat cara percakapan, tapi merangkumi semua, mimik muka, bahasa tubuh badan, bla bla bla. 

Yang ni, korang kena belajar sejak di bangku sekolah kot. Huhu! Kalau customer marah-marah, macam mana cara layanan dia, kalau customer terlalu peramah, macam mana layanan dia. Kalau customer yang straight to the point macam mana layanan dia. Semua tak sama ye. Mengikut kesesuaian lah. Kalau PR kita hancur, suka jawab emosi, customer tanya sikit pun dah sakit hati, customer ada masalah dengan produk pun dah tak tau nak jawab apa, itu kita kena belajar sikit-sikit lah.

Customer ni banyak je pilihan nak beli dengan orang lain, tapi sebab kita layan dia bagus, sebab tu dia suka beli dengan kita. Gitu.

4. Sedekah! Eh? Boleh ke sedekah kat customer? Haha! Dulu aku suka bagi free gifts. Free gifts tu aku niatkan sedekah kat customer, atau anak-anak dorang. Aku suka bagi lunch box yang kekecik tu, botol air, beg kecik2 letak duit. Selalunya mak-mak ni memang suka lah dapat barang2 tu, sebab boleh bagi anak dorang. Hihi! So free gifts tu aku niatkan sedekah je. Even orang cakap eh mahalnya free gifts kau sampai RM5 RM10, nanti nak untung berapa je. Tak apa lah untung berapa pun, asalkan tak rugi. Asalkan customer happy, aku pun happy. Gitu.


5. Update kat Instagram and facebook SETIAP HARI. Mula-mula tu aku risau gak kot orang menyampah ke apa. Haha! Tapi daripada aku risau orang menyampah, baik aku risau kalau aku tak ada sale. Yang menyampahnya mungkin lah ada, tapi yang membelinya pun Insyaallah ada jugak. Hihi!

Aku tak kisah kalau orang tak like produk2 yang aku up kat instagram atau fb. Ada certain orang bila dia update then tak dapat like, mulalah rasa down. Dia fikir tak ada orang pun baca apa yang dia tulis. Baru up seminggu and tak ada orang like, minggu depan terus taknak up dah. Terus terasa hati. Nak terasa hati dengan sapa tak tau lah aku. Huhu! Kita kena fikir, siapa kita? Artis? Nak orang like sampai beribu-ribu? Aku fikir macam ni je, aku pun beli barang online. Dan aku JARANG LIKE kat gambar yang aku nak beli tu. Kalau aku nak beli, selalunya aku terus printscreen je. Takpun aku terus contact seller. See? Even aku tak like, tapi aku membeli. Sama jugaklah dengan orang lain. Walaupun dorang tak like, tapi kalau dorang suka, dorang akan beli. Ini tak, tengok takde orang like, terus merajuk taknak jual. Pelik tau perangai macam ni. Huhu!

Minggu ni mungkin ada customer nak beli, sekali tengok minggu depan korang dah tak up langsung (sebab merajuk ingat tak ada orang baca). Terus customer tu lari pi carik seller lain. Haha! Kan dah rugi tu.

Ada banyak lagi nak share dengan korang. Nanti kita sambung okay. Setakat ni je, semoga ilmu ni korang boleh aplikasikan dengan kehidupan korang. Mana yang boleh ikut, ikutlah. Kalau kita ada rasa tanggungjawab kat diri sendiri dan keluarga, selalu niat betul, tak putus2 doa dan usaha. Insyaallah ada rezeki menanti.

Alhamdulillah aku dah ada produk sendiri. Tak pernah menyesal pun jual produk orang lain. Bangga lagi adalah. Dari situlah aku belajar, dari tak tau apa-apa, belajar banyak pengalaman, terlalu banyak lah. Huhu! TQ jugak kat customer lama-lama yang selalu bagi feedback positif atau negatif. Dari korang jugaklah aku belajar, kenapa tak ok, kenapa ok. Semoga korang pun terus success! Doakan produk Seqy Beauty terus maju ye. TQ =)


6 comments:

nadiah hanum said...

seronok baca pengalaman awak berbisnes..nice sharing..:)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

terima kasih atas tips nya Sepet!
suka tengok perniagaan Sepet makin maju.. Alhamdulillah..

Yana Libra said...

baguslah..muda2 dah ada produk sendiri :)

CikLily Putih said...

thanks for the tips, bagus ni ek

Syamimi Fatin said...

nice sharing, kak sepet! seronok tgk akak berniaga :)

The Mash Up World said...

Write up yang jujur and spot on, Sepet! Perkara yang hampir sama saya selalu brief team butik saya :) Jangan underestimate small gesture, hatta seketul smiley face masa tengah whatsapp dengan customer hehe.

Apa2 pun saya tumpang bangga dengan kejayaan awak, pompuan boleh! Begituuuu.

Salam from Ipoh :)