Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jan 7, 2016

Anak Demam

Semalam cerita pasal nak bukak booth, ada beberapa orang pm kat facebook ajak join booth. Tq Tq. Insyaallah kalau tak ada apa-apa, memang kami nak join. Dapatlah merasa pengalaman pahit manis kat booth nanti. 

Tak boleh tidur, sekarang aku tengah update ni pukul 3 pagi. Baru setel kerja-kerja sikit, pastu risau Izz Qaiser demam. Agaknya demam nak tumbuh gigi la kot. Susu pagi-pagi je minum banyak. Dah petang bawak ke malam terus cam kurang. Ubat aku bagi then on off la, kejap ok kejap panas. Esok kang nak mandikan dengan air asam jawa. Huhu!

Habislah terabur asam jawa kat bilik air, kompom nanti Qery balik dia pelik bilik air berbau asam jawa. Kekeke!

Semalam bawak Izz Qaiser gi Aeon, Qery kata bawak dia keluar jalan bagi peluh-peluh sikit. Konon nak bagi panas keluar, tapi kita jalan tempat ada aircond. Luls, huhu! Tak kisah la, sebab aku meroyan nak gi beli cili giling. Semalam beriya nak masak sambal sotong, sekali cili giling tinggal ciput je. Terus urut dada, sabar dan tabahkan hati. Dengan anak demam, asik la nak berdukung. Pastu nak peluk kat kaki je. Nangis tanpa sebab. Haha! 

So, boleh la aku singgah pasaraya gi beli kejap. Sambil nyelam minum air. Izz Qaiser duduk dalam stroller tu muka toya gila. Konon badan tu lemah habis dah. 



 Hihi! Lawak sangat aku tengok muka dia ni. Rasa nak tampo je. =P

Pastu agaknya Qery suruh smile, baru lah nak smile.

Barulah maneh sikit mami tengok. 

Pastu gi makan kat Food Court jap, bungkus roti Aunty Anne. Then Qery ajak balik. Sebab dah tak larat nak kejo anak, haha! Nak sangat bagi peluh anak keluar, last-last peluh sendiri menjadi korban. Aku lek-lek je tolak stroller. Mihmihmih!

Aku rasa ni, kalau orang lain tengok aku dengan Qery kat luar. Mesti dorang fikir Qery yang banyak jaga anak. Maknya pemalas lipas. Haha! Ehhh lantok sana. Pedulik hape aku, itu je lah masanya pun aku nak berlenggang kangkung. Kalau kat rumah Qaiser memang nak berkepit je dengan aku. Bila kat luar, automatik dia melekat kat Qery, sebab dia tau bapaknya rajin bawak gi tempat mainan.Kalau dengan maknya, asik kena bebel je, hahaha!

****************************************************************

Sapa-sapa yang jenis pemalas nak make up, mohon gunakan BB Cream Seqy Beauty. Mudah sangat nak guna, long lasting lagi. Siap ada Effect wajah kemerahan cam pakai blusher. Takyah susah-susah dah nak beli pemerah pipi. 

Contact 011-2107 6726
atau 

5 comments:

Yana Libra said...

moga anak cpt sihat ye

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Alahai kesiannya dia..
Semoga cepat sembuh ye sayang..

f.i.e.z.a said...

boleh tak cita kita sama nak masak tapi takde cili giling? hahahha tetibe plak

get well soon baby yg hensem kecik tu :D

eliz land said...

Watsap 0173945948 utk COD area #putrajaya #cyberjaya #portdickson #posseluruhmalaysia #freepos #freegift utk pembelian lebih dari RM100 dan Butik Vendor : butik #thepopulous, seksyen 8, bangi, #popdonnabangi, seksyen 9, bangi, #sistersvendeur, PD Waterfront, Port Dickson (sblh Pizza Hut) dan #sarradhyya (alam avenue 2, seksyen 16 shah alam berdktan Pusapakom/JPJ padang Jawa) #Hudsiedaisy (next to UITM Seremban 3) (tester bbcreamsqb disediakan) FB Page : Estrella Muslimah

Suriya Majid said...

mesti dah sihat anak hari ni kan? lamanya akak tak singgah ke sini. dah besar anak dia rupanya.