Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jan 8, 2016

Tak Sabar Nak Pindahkan Stok!!

Kelam kabut nak update jugak blog walaupun sendu je pembacanya, haha! Selalunya aku update malam-malam. Then buat auto publish esoknya. Semalam tak menyempat nak update, bukak komputer pun tak sempat. Qaiser tido pun dah dekat pukul 1pagi.

Memula packing produk Seqy Beauty masuk dalam kotak. Sebab nak bawak pindah keluar dah. Akhirnya dah ada gak tempat nak letak barang-barang semua, haha! So kena cepat-cepat packing walaupun semalam sempat buat 10% je. Lagi 90% tu kena kerah tenaga Qery jugak. Semalam buat sorang-sorang sambil menjaga Qaiser yang tak sihat tu. Jadinya buat kerja slow lah macam masuk gear 1 je, huhu!

Qery pulak semalam ada hal kat sekolah, nek mengecat lah apa lah. lantok sana. Qaiser semalam memang satu hari tu tak nak makan. Minum susu pun sikit sikit je. Pastu cam tak boleh jadi, aku buat gak sup ayam yang ala kimball tu. Oh dia suka sangat makan sampai habis. Huhu! Tapi still minum kureng. Rasanya dia sakit tekak kot, sebab kalau dia terbatuk, macam perit je aku tengok.

Malam nanti nak gi klinik, terpaksa lah tunggu malam, doktor tu ada malam je, huhu! Dah serik pegi klinik biasa, entah apa-apa je ubat dapat pun. Huhu!

So semalam punya cerita, lepas Qery balik sekolah tu kitorang berdesup ke kilang. Qaiser tinggal jap rumah mertua sebab dia tak sihat kan. Sampai sana pun dah petang dekat pukul 4 gitu kot, tak tengok jam pulak. Ambik stok Sakura Mask je, Stok Skincare tak boleh ambik lagi sebab tak muat kereta. Haha! Masih lagi menggunakan khidmat kereta sendiri ambik stok. Kesian. =P

Yang bestnya, kali ni stok takyah simpan kat rumah dah. Yahuuuu!! Terus bawak simpan tempat lain. Senang hati aku, senang juga mata aku kat rumah ni, kalau tak pegi dapur nampak kotak, naik tangga nampak kotak, bukak store nampak kotak, kat ruang makan nampak kotak, masuk bilik nampak kotak. Sekarang ni ruang tamu pun terusun kotak. Huhu!

Tu yang kelam kabut aku packing cecantik susun balik. Tak sesabor nak pindahkan. Hihi! Harini kalau tak, ada appointment dengan sorang ni, tapi cancel pulak. Haih suka nau cancel appointment last minit tau. Geram je rasa, dah dua kali pulak tu cancel secara mengejut camni. Nasib baik harini takde terkejar ke mana-mana. So okay la kalau dia cancel. Macam haritu, dia cancel last minit, pukul 3 nak jumpa, pukul 2 cancel. Tak ke sakit hati, huhu! Pulak tu kalau tau dia nak cancel aku boleh jumpa orang lain dulu. Grrrrr. 


Stok yamg ambik semalam. Mujur muat kereta. Tapi dia buat lowered takyah cite la. Paling menakutkan bila nampak bumper, haha!

Alhamdulillah, makin ramai yang percaya dengan produk Seqy Beauty ni. Ramai jugak yang bagi feedback and testimoni. So uolls yang still belum cuba tu, jangan memalu contact je 011-2107 6726 atau agen Seqy beauty berdekatan.

*********************************************************************


Contact 
011-2107 6726 
Atau 
Agen Seqy Beauty berdekatan anda!

4 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Alhamdulillah dah dapat tempat menyimpan barang2 tu ye sepet..
Tak lah menyempit kat rumah kan..
Semoga perniagaan sepet terus suksess

Yana Libra said...

baguslah :)

black_mel said...

Banyak stock..Alhamdulillah..Semoga murah rezeki ;)

eliz land said...

Watsap 0173945948 utk COD area #putrajaya #cyberjaya #portdickson #posseluruhmalaysia #freepos #freegift utk pembelian lebih dari RM100 dan Butik Vendor : butik #thepopulous, seksyen 8, bangi, #popdonnabangi, seksyen 9, bangi, #sistersvendeur, PD Waterfront, Port Dickson (sblh Pizza Hut) dan #sarradhyya (alam avenue 2, seksyen 16 shah alam berdktan Pusapakom/JPJ padang Jawa) #Hudsiedaisy (next to UITM Seremban 3) (tester bbcreamsqb disediakan) FB Page : Estrella Muslimah