Jan 5, 2016

Kat Mana Beli Mainan Izz Qaiser?

Padahal boleh je aku balas kat komen orang yang tanya, tapi sebab ramai sangat nak tau. Meh la kita share secara berjemaah kat sini. So lebih ramai lagi yang boleh singgah, kot-kot la dekat.

Ekceli kalau korang ingat entry aku cerita pasal kat mana aku beli stroller, ha kat situ jugak la aku beli mainan anak. Ni LINK dia, klik kat situ. 

Aku suka ke sini bila nak beli stroller je, huhu! Sebab dorang banyak koleksi stroller kekecik and murah. Murah tu dah tak murah macam dulu lah. Dulu aku dapat stroller kecik dalam RM64 gitu. Tapi sekarang ni aku tengok harga dah RM80 gitu. Kira okay lah lagi bawah RM100. Kedai termurah la yang aku pernah jumpa.

Kelmarin memang kitorang nak beli stroller baru pun. Stroller lama-lama kitorang bagi orang. Sekarang ni stroller kecik senang nak bawak. Takyah nak guna seluruh tenaga nak angkat, bukak semua. Lagi-lagi kalau super mom ni kan. Kecualilah kalau anak ada 2 3 orang, memasing nak mengendeng kat stroller, yang tu kena beli kukuh sikit lah. Kalau setakat sorang je nak masuk stroller, better beli yang kecik, mudah nak naik turun eskelator. Bukan taknak naik lif, kadang ramai yang selfish, dia nampak stroller ada budak, dorang taknak bagi naik. Nak jugak berebut. Lols.

Mainan kat sini pun lebih murah dari kedai-kedai yang jual barang baby. Kalau nak compare dengan kedai yang dah ada nama tu, opkos la mahal 2 3 kali ganda kot. Kalau kat sana korang boleh beli satu mainan, tapi kat kedai ni korang boleh beli 2 3 jenis mainan. Gitu.

Dorang punya owner, tak silap aku mamak Ameen Bistro ni jugak. Huhu! Sebab yang jaganya pun staff dorang jugak. Masa aku naik tu, casher dia tengah baca yasin. Sejuk hati bila nak beli tu, hahaha! Kiranya dorang ni agak islamik sikit lah. Kawasan dia tak ada lah besar gila, tapi banyak jugaklah mainan kalau korang nak pilih. Kalau lepaskan anak tu, tak ada lah kelam kabut sangat nak kejar. 





Stroller ni lah kami beli, huhu!

Haaaa, kitorang pun pernah beli pagar yang lekat kat tangga tu. Pun murah dari kedai-kedai lain. Kukuh la tangga tu sampai ke harini. Dulu cari kat Jusco ke mana entah, dorang kena paku ke apa entah, yang ni takyah paku-paku pun, dia macam ketatkan pusing tombol ke dinding sampai tak boleh gerak dah. Eh paham ke tak? Haha! Lantakkan =P

So, nama kedai dia KIDZ' WORLD. Aku try google kot lah ada direction nak gi sana kan, tapi takde pulak. Tapi korang boleh taip kat google Restoren Ameen Bistro Alam Damai. Haaaaa nanti dia bagi direction sana, kedai tu tingkat atas restoren tu je. Sederet dengan Maybank. 

Selamat membeli. Huhu!

2 comments:

Liyana Anuar said...

banyaknye mainannn...mak2 yg rambang mata kalo camni..hehe

Syamimi Saad said...

Ni klau zahra dpt masuk ni, laju je dia membelek. Pstu trus bwak lari. Bilq suruh letak, confirm melalak level up.. Hihi