Dec 31, 2015

Nak Kulit Cam Kak Sepet Jugak!!

Amboi, hahaha! Tajuk cam menipu je kan. Tapi itulah ayat yang aku selalu terima kat mesej (facebook). Kebanyakkan customer, sebelum dorang nak beli kat agen Seqy, dorang nak tanya Kak Sepet dulu. Nak Kak Sepet suggest mana yang patut dia mulakan. BB ke? Sakura ke? Skincare ke? Gitu.


Aku sebagai founder ofkos lah tak kisah nak jawab soalan korang. Maaf sangat kalau ada yang pm kat facebook tapi tak berbalas-balas. Ada tu kadang dah terbukak, tapi tengah makan. Atau dah baca tapi tetiba anak nak itu nak ini. Atau dah baca tetiba ada hal lain yang urgent. Last-last lupa langsung nak balas. 

So meh la kita cerita kat sini terus. So korang boleh refer entry ni. Mana yang Kak Sepet suggest tu tak semestinya betul-betul serasi dengan jenis kulit korang. Tapi Insyaallah Kak Sepet akak bagitau mengikut pengalaman selama menjual produk kosmetik ni.

Soalan : Saya tak ada apa-apa masalah dengan kulit. Tapi nak cuba produk Seqy, produk mana yang saya boleh cuba dahulu?

Kalau kulit memang tak ada apa-apa masalah langsung. Maksudnya kulit korang bukan jenis yang allergy atau sensitif. Korang boleh guna mana-mana produk mengikut kemampuan. Selalunya Kak Sepet akan suggest BB Cream, sebab harga yang mampu milik, tahan lama, dan mudah di gunakan. Orang kata BB Cream Seqy ni macam magic jugak, haha! Mana taknya, pakai seminit tapi LAWA SEHARI. Ha kemain lagi pujian tu. =P

Soalan : Boleh tak kalau nak guna Sakura Mask dulu?

Untuk Sakura Mask, Kak Sepet perlu tau jenis kulit awak macam mana dulu. Sebab Sakura Mask ni formulasinya lebih kepada kulit kering/normal. Untuk pertama kali penggunaan, Kak Sepet tak suggest awak pakai Sakura Mask semasa tidur. Cukup sekadar 20 minit, lepas tu basuh. Boleh guna dua kali sehari atau tak kisah seberapa banyak kali nak pakai. Yang penting jangan bawak masa tidur. Biarkan dia serasi dulu dengan kulit kita. Dah lama-lama tu, bila kulit dah tak kering, dah sebulan pakai 20 ke 30 minit macam tu and kulit tak ada apa-apa masalah. Barulah awak pakai masa tidur. Itupun Kak Sepet tak suggest pakai setiap malam. Seminggu 2 kali pun dah cukup.

Soalan : Habis tu kalau kulit berminyak tak boleh pakai Sakura Mask ke?

Untuk kulit jenis berminyak, boleh pakai Sakura Mask. Tapi jangan pakai setiap hari. Cukuplah 15 minit selang sehari. Tapi selalunya Kak Sepet suggest pakai Set Skincare Seqy dulu, bila dah seminggu dua pakai, dah rasa kulit dah better, baru pakai Sakura Mask.

Soalan : Kulit berminyak sesuai pakai produk yang mana dulu?

Untuk kulit berminyak, Kak Sepet memang suggest Set Skincare Seqy sebab formulasinya memang untuk merawat kulit berminyak. Dalam set ada Cleanser, Toner, Serum dan Krim yang boleh membalancekan pH kulit korang. Tak kisahlah jenis kering, normal atau berminyak. Kombinasi dalam set Skincare Seqy Insyaallah boleh membantu masalah kulit yang korang hadapi tu.

Soalan : Kulit saya sensitif, produk mana yang saya perlu cuba dahulu?

Untuk kulit sensitif, Kak Sepet selalunya akan mintak dia JANGAN PAKAI SEMUA PRODUK SEQY DALAM SATU MASA. Haaaa gitu. Hihi! Sebab Kak Sepet ada pengalaman, sorang customer ni dia beli kombo set, then dia pakai semua sekali gus. Tapi ada salah satu yang dia allergy, cuma tak tau yang mana satu. So customer ni nasib baiklah dia pun paham dengan problem kulit dia yang memang jenis sensitif. So dia cuba satu-satu produk dulu, then baru dapat detect mana satu yang tak serasi dengan kulit dia. Jadi Kak Sepet sarankan, untuk kulit sensitif, cuba satu-satu produk dulu. Contoh BB Cream dulu, then tengok ok tak dengan kulit, pakai seminggu dua. Kalau ok tu boleh teruskan cuba produk Skincare pulak, then kalau ok cuba pulak Sakura Mask. Macam tu.

Soalan : Macam mana nak tau kulit kita allergy atau tak?

Ada beberapa customer yang confius sama ada allergy atau tak serasi. Allergy ni kategori teruk jugak lah. Sekali pakai terus naik merah, atau terus naik jerawat, atau terus gatal-gatal, bengkak dan sebagainya. Allergy takkan tunggu 3 4 hari untuk kita tengok kesan dia. Dia akan nampak terus. Korang boleh refer blog ni untuk tengok KESAN ALLERGY, so korang boleh paham inilah allergy. 

Kalau jenis yang dah pakai 2 3 minggu, then baru naik jerawat seketul dua pun belum lagi di panggil tak serasi. Sebab kita kena paham jugak, hormone yang tak balance pun memainkan peranan penting dalam pertumbuhan jerawat. Ada masa kita stress, tak cukup tidur, sistem aliran badan tak berapa lancar, gaya pemakanan tidak sihat. Itu semua faktor-faktor pertumbuhan jerawat jugak. Selalunya Kak Sepet terima banyak kes jerawat naik bila datangnya BULAN PUASA, dan HARI RAYA.

Kenapa? Sebab badan kurang air, tapi kita duk makan supplement itu ini. Tetiba Set Skincare jugak yang dipersalahkan, ha gitu. Hihi! Bila datangnya raya pulak, makan bermacam jenis makanan berminyak. Oh tak boleh nak control makan itu ini, pegi raya open house sana sini then minyak pun naik sekali kat muka, then selamat datang jerawat baru. Hihi! Ofkos kita pelik, kita dah rasa skincare tu ok, kenapa tiba-tiba keluar jugak jerawat.

Macam tu kena tanya diri sendiri dulu, apa yang kita makan. Cukup tak air dalam badan. Ada makan kekacang berlebihan tak, atau makanan bergoreng melampaui batas ke. Kalau ada tu cecepat kurangkan, and teruskan je pakai Skincare.

Tapi kalau jenis sebelum ni kulit memang licin tanpa jerawat, then pakai Skincare dah seminggu tetiba jerawat datang silih berganti, bukan seketul dua tiga, dah pakai Skincare lebih 3 minggu pun still tak ada perubahan yang positif, jadi disarankan STOP pakai, ini barulah namanya TIDAK SERASI.

Soalan : Kulit saya tak ada problem, then nak cuba SEMUA PRODUK SEQY, macam mana cara pemakaian terbaik?

Kalau korang kulit tak ada apa problem, cuma nak bagi lembut, bersih dan sihat, ofkos korang boleh cuba semuanya sekali gus.

Caranya.

1. Pakai Set Skincare (Basuh muka dengan CLEANSER, sapu TONER di ikuti dengan SERUM, dan last sekali pakai KRIM)
2. Tunggu sehingga krim meresap (dalam seminit pun dah ok), sapu BB Cream.
3. Balik rumah, boleh cuci muka guna CLEANSER. Sapu SAKURA MASK 20 ke 30 minit.
4. Bilas dengan air biasa. Sapu TONER, SERUM dan KRIM.

Soalan : Lepas solat perlu tak apply Skincare semula?

Tak perlu, cukup sekadar apply BB Cream untuk protect kulit dari sinar UV.

Ok ini dulu lah setakat ni, kalau ada apa-apa penambahan soalan popular nanti Kak Sepet update lagi ye. So kalau ada yang dah terjawab di hati korang tu, dah yakin nak guna yang mana dulu. Silakan jangan malu-malu contact HQ 011 2107 6726 atau agen-agen Seqy Beauty berdekatan =)

TQ semua. Muah!

1 comment:

Unknown said...

Watsap 0173945948 utk COD Putrajaya Cyberjaya Port Dickson Pos Seluruh Malaysia Freepos Freegift utk pembelian lebih dari RM100 dan walkin ke Butik: #thepopulous seksyen 8, Bangi
#Popdonna Bangi, seksyen 9, Bangi
#sarradhyya Alam Avenue 2, seksyen 16, S.Alam
#hudsiedaisy Seremban 3 (sblh UITM S3)
#sistersvendeur PD Waterfront, PD (sblh Pizzahut)